Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

Profil Am Kawasan Pemeliharaan Majlis Bandaraya

Kawasan Pemeliharaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) adalah kawasan warisan yang telah dikenalpasti di dalam Rancangan Struktur Ipoh 1998-2020 sebagai potensi pembangunan pelancongan berteraskan warisan sejarah dan telah diperincikan di dalam Rancangan Tempatan Kawasan Perancangan Pusat, RTKPP dengan penetapan sempadan Zon Pemeliharaan di kawasan terawal pembangunan bandar Ipoh yang mewarisi sebahagian besar ciri-ciri sejarah Bandaraya Ipoh.