- Details
-
Category: Warisan
-
Hits: 1423
- Menyediakan maklumat terperinci (melalui inventori) profil- profil bangunan yang ada di Kawasan Pemeliharaan serta menggariskan tindakan-tindakan khusus bagi menjaga kepentingan nilai warisan bangunan-bangunan ini.
- Membuat cadangan penyesuai gunaan (guna bangunan) kepada bangunan-bangunan di kawasan pemeliharaan supaya setimpal dengan konteks nilai warisannya. (zon lama-revitalise semula zon ini).
- Membuat cadangan peningkatan corak sirkulasi dalaman di Kawasan Pemeliharaan untuk memastikan satu sistem pergerakan kenderaan dan pejalan kaki yang lancar dan tidak konflik. Memastikan jenis rekabentuk jalan yang setimpal dengan konteks kawasan warisan mengikut keutamaan kenderaan atau pejalan kaki di mana yang sesuai.
- Membuat garispanduan peningkatan kualiti visual Kawasan Pemeliharaan dari segi cara penjagaan bangunan, pengiklanan, landskap bandar, perabut jalan dan ameniti bandar untuk pengguna-pengguna dan penduduk tempatan.
- Menyediakan satu garispanduan berkaitan cara-cara pengurusan pemeliharaan bangunan-bangunan di dalam kawasan pemeliharaan.