Matlamat
- Details
- Category: Warisan
- Hits: 1631
Berdasarkan kepentingan dan nilai warisan, pendekatan keseluruhan akan dibuat dalam bentuk tindakan pemeliharaan bandar (urban conservation) yang mana matlamatnya adalah seperti berikut,
" Untuk menahan dan memperlihatkan kembali kepentingan aktiviti kawasan pemeliharaan dengan peruntukan bagi penjagaan kawasan dari aspek keselamatannya, kedudukannya di hari ini dan di masa hadapan. Pemeliharaan dapat menjamin fabrik yang terkandung tidak ditinggalkan dalam keadaan terancam dan kepentingan pertalian budaya kawasan ini tidak termusnah."
Melalui pengumpulan sumber-sumber maklumat terperinci berkaitan sumber warisan yang terdapat di bandar Ipoh, penonjolan identiti Ipoh sebagai Bandaraya Warisan Bijih Timah Negara mampu di hasilkan bagi memperlihatkan kesinambungan antara aktiviti ekonomi dan perubahan bandar ini.