Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

GARIS PANDUAN PAPAN TANDA DAN PAPAN IKLAN

GARIS PANDUAN PAPAN TANDA DAN PAPAN IKLAN


Papan tanda pada bangunan warisan mempunyai gaya dan ciri-ciri unik yang menggambarkan cara hidup, adat resam dan budaya satu-satu masyarakat.  Penggunaan gaya bahasa, warna dan mesej yang mahu disampaikan adalah sangat unik dan menarik. Papan tanda yang dipasang tanpa mengambilkira persekitaran warisan dan bangunan warisan akan menimbulkan konflik visual yang tidak harmoni dan kerap dilihat mencacatkan pemandangan.  Papan tanda asal menggambarkan juga nilai pertukangan dan ketelitian kerja masyarakat pada masa-dahulu.  Papan tanda terbahagi kepada dua, iaitu :

  1. Papan Tanda Komersil
  2. Papan Tanda Pengiklanan.

 


Ciri Utama Papan Tanda

CIRI UTAMA PAPAN TANDA DAN PAPAN IKLAN


Papan tanda dalam Core Zone terbahagi kepada dua ciri utama, iaitu :

  1. Papan Tanda Asal Bangunan Rumah Kedai Tradisional
    • Papan tanda jenis ini adalah terdiri dari tulisan terus huruf – huruf dan ukiran, logo di atas dinding fasad hadapan atau sisi bangunan atau ukiran di atas pintu kayu yang dilekatkan frieze, di tiang tingkat bawah bangunan (column) sama ada dengan tulisan rumi, tulisan jawi atau tulisan cina. Penggunaan papan tanda jenis ini masih terdapat di sebahagian bangunan-bangunan rumah kedai lama dalam Core Zone.  Tulisan timbul yang digunakan tersebut dibuat dari pelbagai bahan di antaranya, besi, lepaan kapur atau konkrit (Shanghai Plaster untuk Art-Deco).  
  2. Papan Tanda Berciri Moden
    • Papan tanda dan papan iklan berciri moden yang digunakan sebagai papan tanda komersil atau pengiklanan dipasang tanpa melihat kepada reka bentuk bangunan dan selalunya dipasang dengan saiz yang besar dan melindungi pandangan ke arah fasad bangunan.  Papan iklan dan papan tanda ini akan diterangi dengan pelbagai konsep lampu yang akan memberi kesan kepada fabrik bangunan.  Pemasangan papan tanda dan papan iklan yang seperti ini hendaklah dikawal dari segi saiz, reka bentuk dan warna supaya persekitaran warisan terpelihara.  Papan tanda iklan yang terlalu besar yang diletakkan di bahagian ‘frieze’ didapati menghalang karakter bangunan, ‘cornice’ serta ukiran-ukiran di bahagian bawah tingkap di tingkat atas bangunan.  Saiz minimum yang mengikut saiz tanda nama tradisional yang terdapat pada bangunan-bangunan asal dan ciri-ciri huruf hendaklah dipatuhi.

       

         

Garispanduan Papan Tanda

GARIS PANDUAN PAPAN TANDA DAN PAPAN IKLAN PADA BANGUNAN DALAM KAWASAN WARISAN CORE ZONE


Pada bangunan warisan, ruang untuk papan tanda seperti asal hendaklah digunakan sepenuhnya, sama ada di bahagian tiang, bahagian rasuk hadapan, bahagian di atas pintu masuk utama, iaitu di bahagian fasad tingkat bawah dan bahagian ruang pejalan kaki.  Dikenalpasti beberapa posisi yang sering digunakan untuk menggantung papan tanda khususnya iklan. Setiap posisi papan tanda iklan ini memberi implikasi tersendiri.  Pemasangan papan tanda dan papan iklan hendaklah tidak menghalang elemen-elemen hiasan yang tedapat pada fasad bangunan.  Untuk rumah kedai yang digunakan sebagai premis komersil yang memerlukan papan pengiklanan, perletakan papan tanda hendaklah diletakkan pada bahagian rasuk hadapan dan boleh dibiarkan tergantung dengan ketinggian bersih tidak kurang dari 2.5m.

  1. Garis Panduan Am Untuk Rumah Kedai Tradisional:
    1. Pemasangan papan tanda hanya pada lokasi yang dibenarkan (lihat rajah di sebelah).
    2. Had ketinggian bersih (clearance height) untuk pemasangan di kawasan laluan pejalan kaki adalah 1700mm dan tidak boleh menutup bentuk arch.
    3. Pemasangan hendaklah dilakukan dengan kaedah yang sensitif supaya tidak merosakkan fabrik bangunan.
    4. Penggunaan sistem pencahayaan yang panas adalah tidak dibenarkan kerana haba boleh merosakkan integriti fabrik.
    5. Penggunaan pemasangan berbentuk huruf adalah digalakkan, warna yang digunakan hendaklah bersesuaian.
    6. Lokasi dan reka bentuk hendaklah mendapat kelulusan dari MBI.
    7. Pemasangan papan iklan di atas bumbung adalah tidak dibenarkan.
    8. Kaedah pemasangan papan tanda tergantung hendaklah menggunakan bahan binaan dan reka bentuk yang sesuai serta kukuh.
  2. Garis Panduan Am Papan Tanda Dan Papan Iklan Untuk Rumah Kedai (Komersil)
    1. Papan tanda dan papan iklan yang besar yang menutupi elemen istimewa fasad adalah tidak dibenarkan.
    2. Bahan dan warna yang digunakan untuk membuat kotak iklan hendaklah sensitif dengan bangunan warisan, bahan yang berkilat adalah tidak digalakkan.
    3. Hanya lokasi yang ditandakan sahaja boleh digunakan.
    4. Kaedah pemasangan hendaklah sensitif dengan fabrik bangunan supaya tidak merosakkan lepaan dan struktur bangunan
    5. Papan tanda dan papan iklan hendaklah tidak terlalu berat dan tidak menggunakan bahan bercahaya/lampu yang boleh merosakkan fasad. Papan tanda atau papan iklan yang berbentuk huruf adalah digalakkan.
    6. Papan tanda yang digantung diluar dari garisan bangunan sediada hendaklah tidak melebihi 800mm.  
    7. Hanya satu papan tanda atau papan iklan yang dibenarkan.
    8. Kelulusan pemasangan hendaklah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa tempatan.
    9. Had ketinggian bersih (clearance height) hendaklah tidak kurang dari 1700mm.
  3. Garis Panduan Am Untuk Pembangunan Infill
    1. Saiz papan tanda yang boleh dibenarkan adalah 450mm x 3000mm sahaja.
    2. Warna dan pencahayaan hendaklah bersesuaian.
    3. Penggunaan iklan berbentuk huruf adalah digalakkan.
    4. Kelulusan MBI hendaklah diperolehi sebelum pemasangan dibuat.
    5. Permohonan untuk membaharui lesen perlu melalui proses kelulusan yang sama.
    6. Papan tanda atau papan iklan di atas bumbung adalah tidak dibenarkan.

  • p64
  • p65
  • p66
  • p67

 

Kaedah Pelaksanaan

Bagi mempamerkan papan iklan dan papan penerangan sama ada kekal atau sementara di dalam kawasan warisan atau pemeliharaan atau pada bangunan yang diwartakan (bangunan yang telah tersenarai sebagai bangunan warisan), sokongan kelulusan perlulah diperolehi daripada Unit Warisan MBI sebelum diluluskan oleh Jabatan Perlesenan MPI. Permohonan perlu disertakan dengan empat salinan lukisan menunjukkan lokasi papan tanda pada bangunan, ukuran, tulisan dan lukisan, serta warna cadangan papan tanda tersebut.  Lukisan perlu dilengkapi dengan nama penuh, alamat dan nombor telefon serta tandatangan pemohon dan atau pemilik.  Pemohonan juga digalakkan menghantar lakaran, foto berwarna dan/atau katalog iklan tersebut. Prosedur ditunjukkan di Rajah 7.1

 

Ipoh

Bangunan Bulan Bintang 1940
Bangunan Chevrolet
Bangunan Chung Thye Phin
Bangunan Overseas Bank
Bangunan SPA Perak Muzium
Bangunan awal stesen keretapi
Bomba lama ipoh
Hugh Low Street 1887
HughLowStreet
Ipoh Club
Jalan Panglima
Jalan Sultan Yusuf 1962
bangunanpersekutuan
lam looking bazar
market- jalan laxamana
ntmarket
pejabat pos lama ipoh
simee