KAWALAN NISBAH PLOT
- Details
- Category: Garispanduan Warisan
- Hits: 6397
Kaedah-kaedah pengawalan nisbah plot, plinth dan ketinggian di sediakan bagi setiap satu sub enclave bagi menjadi panduan kawalan perancangan kawasan RKK Pekan Ipoh. Ia telah disediakan dengan mengambil kira faktor-faktor berikut :
1. Kepentingan enclave di dalam warisan bandar.
2. Kedudukan enclave samada di dalam core atau buffer zone.
3. Mengikut kategori bangunan warisan/zon.
4. Kepentingan mengawal latarlangit, kawalan pandangan ke bangunan dan kawasan warisan.
5. Keperluan memelihara jajaran semulajadi fasad bangunan dan lorong belakang bagi kawasan-kawasan warisan.
6. Keperluan penyediaan kawasan lapang dan kemudahan bagi kawasan Zon Promosi Perancangan.
Perincian kawalan adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 2.3 dan Rajah 2.1 berikut :
Jadual 2.3
Kawalan Perancangan Mengikut Enclave
SUB ENCLAVE |
NAMA SUB ENCLAVE |
LOKASI SUB ENCLAVE |
BANGUNAN WARISAN/ ZON |
KAWALAN NISBAH PLOT MAKSIMA(*) |
1.1 | Enclave Pentadbiran: Pekan Lama |
Dalam Kawasan Kawalan (Core Zone) |
Kategori 1 | Tidak Berkaitan |
Kategori 2 | 1: 3.5 | |||
Infill dan Replacement |
1: 3.5 | |||
Reinstate | Kekal | |||
1.2 | Enclave Pentadbiran: Kawasan Rezab Keretapi Tanah Melayu, Medan Kid dan Ibu Pejabat Polis |
Luar Kawasan Kawalan (Buffer Zone) |
Plot 1.2 (A1) | 1: 3.5 (Terminal pengangkutan bersepadu) |
Plot 1.2 (A2) | 1: 4.5 | |||
Plot 1.2 (A3) | 1: 4.5 | |||
Plot 1.2 (B) | 1: 4.5 | |||
Plot 1.2 (C) | 1: 4.5 | |||
2.1 | Enclave Perkhidmatan : Jalan Lahat |
Buffer Zone | Kategori 2 | 1: 4.5 |
3.1 | Enclave Pelbagai Budaya : Pekan Lama |
Core Zone | Kategori 1 | Tidak Berkaitan |
Kategori 2 | 1: 3.5 | |||
Infill dan Replacement |
1: 3.5 | |||
Reinstate | Kekal | |||
3.2 | Enclave Pelbagai Budaya : Kg. Kuchai Tebing Sungai Kinta |
Buffer Zone | Tertakluk kepada kelulusan HIA mengikut merit |
1: 4.5 |
4.1 | Enclave Komersil Bercampur : Kalan C.M Yusof |
Buffer Zone | Plot 4.1(A) (ZPP) |
1:6 |
Plot 4.1(B) | 1: 4.5 | |||
5.1 | Enclave Komersil Tradisional Bersejarah : Pekan Baru Ipoh |
Core Zone | Kategori 1 | Tidak Berkaitan |
Kategori 2 | 1: 3.5 | |||
Infill dan Replacement |
1: 3.5 | |||
Reinstate | Kekal | |||
5.2 | Enclave Komersil Tradisional Bersejarah : UTCJln Sultan Idris Shah |
Buffer Zone | Tertakluk kepada kelulusan HIA mengikut merit |
1: 4.0 |
6.1 | Enclave Komuniti | Buffer Zone | Plot 6.1(A) (ZPP) |
1: 6 |
Plot 6.1(B) | 1:4.5 |
(*) Ketinggian bangunan di kawasan warisan (core zone dan buffer zone) di kawal oleh Garis panduan Ketinggian Bangunan. di dalam keadaan pemakaian nisbah plot di pemajuan bangunan baru menyebabkan ketinggian melebihi dari yang diperuntukkan oleh GP Ketinggian, ketinggian yang mana rendah adalah terpakai.