Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

KAWALAN KETINGGIAN


KAWALAN KETINGGIAN CORE ZONE, BUFFER ZONE  DAN ZPP

 

Kawalan ketinggian bangunan Core Zone, Buffer Zone dan ZPP di sediakan bagi meringkaskan kawalan kepada ketinggian latar langit yang di sediakan mengikut keperluan memelihara persekitaran kawasan Pekan Lama Ipoh.  

Kawalan ketinggian bangunan adalah merupakan satu kaedah menentukan had ketinggian bangunan yang sesuai bagi cadangan pembangunan yang dicadangkan dalam kawasan warisan.

Kawalan ketinggian ini diperincikan mengikut kategori yang boleh dijadikan sebagai satu garis panduan kepada pihak MBI, golongan professional, pemilik bangunan dan pihak yang mempunyai kepentingan semasa mencadangkan pembangunan yang melibatkan bangunan warisan.


Kawalan Ketinggian di Core Zone


Ketinggian maksima bangunan di Core Zone adalah lima (5) tingkat, tertakluk kepada pemakaian Kaedah A1, A2 atau A3 mengikut merit kes.  Bagi pembangunan baru secara infill dan free standing juga di Core Zone, hanya ketinggian sehingga 5 tingkat dibenarkan.  

 

Kawalan Ketinggian di Buffer Zone


Buffer zone hendaklah mempunyai ketinggian bangunan baru yang bersesuaian supaya core zone mempunyai penampan dari segi peningkatan ketinggian gradual.  Terdapat dua had ketinggian maksima, iaitu Buffer Zone B1 (berwarna hijau) adalah 6 tingkat dan Buffer Zone B2 (berwarna jingga) adalah 7 tingkat tertakluk kepada skap jalan dan merit kes.


 


Kawalan Ketinggian Di Zon Promosi Perancangan


Kawalan ini tidak terpakai bagi kawasan yang telah dikenalpasti sebagai Zon Promosi Perancangan (ZPP) Bandar Padat Berdaya Huni. Ketinggian bangunan di ZPP tertakluk kepada Draf Garis panduan Bandar Padat Berdaya Huni dan pertimbangan ZPP di peringkat MBI dan negeri.

Perincian kawalan adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.12.

 

Rajah 2.12

  • p40
  • p50

*Keratan rentas menunjukkan Core Zone dan Buffer Zone serta had peningkatan ketinggian secara gradual.

 

Ipoh

Bangunan Bulan Bintang 1940
Bangunan Chevrolet
Bangunan Chung Thye Phin
Bangunan Overseas Bank
Bangunan SPA Perak Muzium
Bangunan awal stesen keretapi
Bomba lama ipoh
Hugh Low Street 1887
HughLowStreet
Ipoh Club
Jalan Panglima
Jalan Sultan Yusuf 1962
bangunanpersekutuan
lam looking bazar
market- jalan laxamana
ntmarket
pejabat pos lama ipoh
simee