KAWALAN PERANCANGAN DAN REKABENTUK BANGUNAN WARISAN KATEGORI SATU (1)
- Details
- Category: Garispanduan Warisan
- Hits: 5028
Garispanduan Kawalan Kerja Kategori 1
GARIS PANDUAN KAWALAN KERJA-KERJA PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN KATEGORI SATU (1).
Jadual 4.2
Perincian Garis Panduan Kerja-Kerja Pemuliharaan Bangunan Kategori 1
ITEM | REKABENTUK | BAHAN BINAAN/KEPERLUAN | NOTA |
1.1 Halaman / compound |
Bangunan Kategori I adalah merupakan bangunan yang mempunyai halaman dan/atau dalam tipologi rumah atau bangunan sesebuah yang mempunyai kawasan persekitaran dalam lot berkenaan. |
Semua landskap dan binaan skuptur dan lain-lain yang asal hendaklah dikekalkan. |
|
1.2 Dinding Pagar dan Pintu |
Saiz asal dan hiasan pada pintu pagar dan dinding haruslah dikekalkan dan dibina kembali seperti yang asal atau dengan bahan yang sepadan dengan bahan asal. |
Sebarang penghalang seperti perhentian bas, tempat letak kereta dan sebagainya di hadapan pintu masuk hendaklah dielakkan. |
|
1.3 Lantai |
Bahan asal untuk lantai haruslah dikekalkan dan dibina dengan bahan yang sepadan dengan bahan asal. | Bahan binaan asal adalah penting bagi mengenalpasti asal usul budaya sesuatu tamadun. Setiap usaha perlulah dibuat untuk memahami kepentingan budaya. |
Contoh struktur dinding pagar lama yang harus dikekalkan seperti asal |
1.4 Perparitan |
Perparitan asal dari bangunan ke jalan adalah penting bagi Bangunan Kategori I dan rekaan halaman. Ia haruslah dipulihara dan dibina seperti yang asal | Aliran air membawa makna yang penting dalam sesuatu budaya dan haruslah dihormati. Penambahan perparitan dibenarkan untuk mengelakkan banjir daripada berlaku. | |
Bumbung | |||
2.1 |
Bahan tradisional asal bumbung, peincian atap haruslah dikekalkan dan dibina seperti yang asal |
Cara pemasangan asal, kaedah dan profil jubin haruslah seperti sedia ada. |
Warna, kaedah, bahan & profil hendaklah selaras dengan yang asal. |
2.2 Struktur Bumbung Utama |
Profil asal, kecuraman, ketinggian, dinding pemisah dan unjuran atap dan juga struktur dalaman hendaklah dikekalkan dan/atau dibina semula, dibaikpulih seperti yang asal. |
Bentuk asal haruslah dikekalkan. Semua pindaan awal yang tidak selaras hendaklah di kaji dan dikeluarkan. |
![]() |
2.3 Jack Roof |
Bahan tradisional asal bumbung, peincian atap, papan muka,kekisi kayu atau kaca haruslah dikekalkan dan dibina seperti yang asal. |
Jack Roof yang asal haruslah dikekalkan. Jubin bumbung haruslah sama seperti bumbung utama. |
|
2.4 Bumbung rata |
Senibina dan reka bentuk asal hendaklah dikekalkan. |
- |
Peralatan mekanikal dibenarkan dikawasan ini dengan syarat terlindung dari penglihatan tapak hadapan dan sisi pengguna sekitarnya / jalan kaki. |
2.5 Papan Fasia/papan muka |
Ukiran, saiz dan ketebalan, warna hendaklah dikekalkan. |
Ciri-ciri asal haruslah dikekalkan. |
Ukiran dan hiasan pada papan muka hendaklah dikekalkan. |
2.6 Dinding parapet, dinding pembahagi, perabung, longkang air hujan & salur air hujan |
Ciri-ciri asal haruslah dikekalkan dan dibaikpulih seperti asal. |
Tambahan baru adalah tidak dibenarkan. Bahan asal, teknik/kaedah pembinaan asal hendaklah dikekalkan dalam proses pulihara jika perlu. |
- |
Bangunan | |||
3.1 Bangunan |
Setiap bangunan kategori 1 adalah unik dari segi budaya dan seni bina dan ia haruslah dipulihara untuk mengekalkan setiap keunikannya. |
Bahan binaan asal hendaklah dikekalkan, kerja-kerja baik pulih hendaklah mematuhi komposisi asal dan kaedah pembinaan asal. |
|
3.2 Bahan |
Semua kerja-kerja baik pulih hendaklah mematuhi garis panduan dan menggunakan bahan asal dengan komposisi yang betul. |
Elemen yang hilang dan rosak haruslah digantikan dengan saiz, jenis, rekaan dan bahan yang sama. |
|
3.3 Pengubahsuaian dan Penambahan |
- |
Pengubahsuaian dan penambahan adalah tidak dibenarkan. |
Pindaan-pindaan dalam bahagian dalam boleh dibenarkan tertakluk kepada kelulusan majlis |
3.4 Utiliti dan Perkhidmatan |
Kebanyakan Bangunan Warisan Kategori I direka sebelum wujudnya elektrik. Bangunan yang dipasang elektrik sebelum ini memerlukan ia dinaiktaraf semula. Pengudaraan dalaman dikawal melalui elemen rekaan yang sesuai seperti air well dan fanlights dan ia haruslah dipulihara dan dikekalkan. Kebanyakan Bangunan Warisan Kategori 1 dibina sebelum paip dicipta. Jika tangki air dan perigi yang digunakan untuk mengumpul air masih lagi sebahagian daripada bangunan ia haruslah dipelihara dan dikekalkan.
|
Dibenarkan jika terlindung daripada daripada pandangan dan membenarkan laluan ke bahagian bumbung untuk penyelenggaraan. Fungsi asal setiap bahagian bangunan perlu dikenalpasti dan dikekalkan.
|
Pemasangan elemen perkhidmatan baru adalah dibenarkan tetapi hendaklah tidak mengubah rupa bangunan dan tidak mendatangkan mudarat pada bangunan. Lembapan akan merosakkan bangunan. |
3.5 Bangunan annex, rumah pekerja, guard house, rumah penyembahan, terowong, dan lain-lain |
Bangunan kategori 1, mempunyai bangunan annex yang digunakan bagi menempatkan pekerja, stor, garaj kereta, dan elemen-elemen bangunan yang lain. |
Bangunan-bangunan ini hendaklah dikekalkan bagi melengkapkan bangunan dalam kategori ini. |
|
3.6 Dinding bahagian dalam, dinding pembahagi ruang, ruang sembahyang, ruang dapur, tangga, ruang telaga udara |
Ciri-ciri asal haruslah dikekalkan dan dibaikpulih dan dibina semula. |
Tambahan elemen adalah tidak dibenarkan. Kemasan, bahan, reka bentuk, perincian, lokasi dan lain-lain adalah tidak dibenarkan. |
Pindaan untuk tujuan penggunaan semula yang berpadanan bagi sesuatu bangunan akan dibenarkan selagi keadaan rupa luaran bangunan tidak terjejas atau berubah. |
Bangunan Keagamaan. |
Bangunan Institusi kewangan. |
Bangunan pejabat kerajaan. |
Fasad bangunan, struktur bangunan, fungsi dan ruang-ruang juga perlu dikekalkan pada keadaan asal bangunan