Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

KAWALAN PERANCANGAN DAN REKABENTUK BANGUNAN WARISAN KATEGORI 2

Terdapat tiga garis panduan kaedah pelaksanaan yang disediakan bagi tujuan kawalan perancangan dan rekabentuk bangunan warisan kategori 2. (Rujuk Jadual 5.1 dan Rajah 5.1) Panjang bangunan-bangunan warisan kategori 2 bagi tujuan rujukan kaedah pelaksanaan adalah seperti di Rajah 5.2.

 

Ruj. Garispanduan Kaedah Pelaksanaan Tujuan
1 Kaedah A
Garis Panduan Pemuliharaan  Bangunan Warisan Kategori 2.
Kerja-kerja pemuliharaan bangunan yang perlu dikekalkan kepada signifikasi warisan dan skap bandar.
2 Kaedah B
Garis Panduan Kerja-kerja Pindaan Dan Tambahan Kepada Bangunan Warisan Kategori 2.
Kerja-kerja pindaan dan tambahan kecil untuk meningkatkan jumlah ruang lantai dan ketinggian bangunan.
3 Kaedah C
Garis Panduan Kerja-kerja Pindaan Kepada Bangunan Warisan Kategori 2 Dengan Menggunakan Kaedah Reinstate.
Kerja-kerja pindaan untuk mengembalikan bangunan warisan Kategori 2 kepada rupabentuk fasad/ elemen senibina asal.

Jadual 5.1:    Garis Panduan Kerja-kerja Pindaan dan Tambahan Bangunan Warisan Kategori 2. 

 

 

Kaedah A

GARIS PANDUAN KAEDAH A - GARIS PANDUAN PENGEKALAN PEMULIHARAAN WARISAN KATEGORI 2

Garispanduan Kaedah A

  1. Garis panduan ini terpakai untuk keseluruhan kawasan RKK Pekan Ipoh termasuk bagi core zone dan buffer zone.
  2. Garis panduan ini terpakai untuk Bangunan-Bangunan Warisan Kategori 2  yang mempunyai nilai senibina yang menarik, unik dan bernilai sejarah signifikasi nasional, negeri dan tempatan menurut kajian sejarah bangunan yang lebih terperinci mengikut merit kes dan Kajian Heritage Impact Assessment.
  3. Bangunan Warisan Kategori 2 yang layak diangkat menjadi bangunan warisan Kategori 1 dengan kajian-kajian lanjutan.
  4. Bangunan Warisan Kategori 2  yang mempunyai  panjang kurang dari 50 kaki dan dengan ciri-ciri berikut :
  1. Terletak di dalam deretan kedai lebih 70% berada di dalam keadaan baik
  2. 100% bangunan adalah bangunan utama tanpa bangunan sekunder
  3. Lebih 70% dari panjang bangunan dibentuk oleh bangunan utama  
  4. Bangunan sekunder mempunyai panjang kurang dari 12 kaki panjang (<12’) Justifikasi seperti berikut:
    • Berdasarkan undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984,  Seksyen 42(2) (ms 37); Ruang tambahan akan menjadi ruang tidak sesuai dihuni (non-habitable space) iaitu :
    • Kurang dari 6.5 meter persegi (70 kaki persegi)*, setelah ditolak ruang sirkulasi bangunan (15-20% dari ruang lantai) dan anjakan kelegaan antara bumbung bangunan utama dan binaan baru (4 kaki @ 1.2m). 

Contoh Bangunan Terpilih Kategori 2 Core Zone

Bil Nama Premis
1 Kedai Makanan Nam Heong
2 Perniagaan Soo Cheong Heng
3 Perak Chan Kedai Kasut
4 Indah Perak Sdn Bhd
5 Sinhalese Bar
6 Han Chin Pet So
7 Tenaga Nasional
8 Elken
9 Bangunan Sztolee
10 Perak Bar
11 Perniagaan Nam Hong Heong
12 Kedai Kopi Weng Seng
13 Perniagaan Lokking
14 Ipoh Goldsmith Sdn Bhd
15 Ipoh Traders Co. Sdn Bhd.
16 Syarikat Malaya Pilicat
17 Perak Coffee Keepers Association
18 Pertubuhan Thalassemia Perak
19 St. Mike's
20 Kedai Lim Po Ki
21 Old Town White Coffee
22 Perak Chinese Mining Association

Contoh Bangunan Warisan Kategori 2 Untuk Pengekalan Sepenuhnya.

Pemakaian Kaedah A

Kaedah A adalah untuk semua bangunan rumah kedai warisan pelbagai ketinggian yang mempunyai panjang lot yang terhad iaitu KURANG DARI 50 KAKI atau 15.24 meter.


Dua jenis kawalan yang terlibat adalah seperti berikut :


Jenis A1

  1. Bangunan Utama dengan plinth 100%, iaitu bangunan tersebut adalah tanpa bangunan sekunder.
  2. Panjang bangunan kurang dari 50 kaki @ 15.24 meter. 


Jenis A2

  1. Bangunan Utama dengan plinth > 70%
  2. Bangunan sekunder dengan panjang kurang dari 12 kaki

 

Kawalan Kaedah A

  1. Hanya kerja-kerja pemuliharaan sahaja dibenarkan
  2. Kerja-kerja pemuliharaan mengikut spesifikasi garis panduan pemuliharaan Bangunan Warisan Kategori 1.
  3. Kerja-kerja Pindaan Dan Tambahan Bangunan TIDAK DIBENARKAN.

 

Kaedah B

 

GARIS PANDUAN KAEDAH B - GARIS PANDUAN PINDAAN DAN TAMBAHAN BANGUNAN WARISAN KATEGORI 2

GARIS PANDUAN KAEDAH B

Kaedah B (B1, B2 dan B3) terpakai untuk bangunan-bangunan warisan Kategori 2 sahaja dan terletak di dalam dan diluar kawasan kawalan iaitu di Core Zone dan Buffer Zone.

Kaedah B1 dan B2 adalah untuk bangunan sedia ada 2 tingkat tetapi;

  1. B1 adalah bagi pemohonan pindaan yang dibuat oleh rumah-rumah kedai dengan bukaan hadapan fasad bangunan kurang 12 meter,  manakala
  2. B2 adalah bagi pemohonan pindaan yang dibuat oleh rumah-rumah kedai dengan bukaan yang lebih besar iaitu lebih 40 kaki @ > 12 meter.

Kaedah B3 pula adalah untuk bangunan sedia ada dengan ketinggian 3 tingkat dan lebih dan mempunyai bukaan lebih 40 kaki @ > 12 meter

 

KAEDAH B

Pindaan dan Tambahan

Bangunan Warisan Kategori 2 > 50 kaki panjang (> 15.24 meter)

B1

Bangunan 2 tingkat <40' @ <12 meter lebar

B1

Bangunan 2 tingkat >40' @ >12 meter lebar

KAEDAH B3

Bangunan 3 tingkat dan lebih >40' @ 12 meter lebar

 Perincian garispanduan di tunjukkan di dalam para seterusnya, namun bagi mempermudahkan rujukan, kaedah-kaedah ini diringkaskan di dalam Jadual 5.2

 

Kaedah-kaedah Ketinggian Bangunan Sediada Yang Memohon Pindaan dan Tambahan Lebar Bukaan Bahagian Hadapan Kedai Prasyarat Ketinggian Bangunan Di Barisan Belakang (Selepas Lorong Belakang) Tambahan Ruang Lantai dan Ketinggian Kepada Bangunan  Dibenarkan Di Bahagian Belakang (Selepas Bangunan Utama atau Airwell)
B1 2 Tingkat Kurang 12m -
  • Sehingga aras  tertinggi bumbung sedia ada yang lain di dalam bangunan yang sama.
  • Maksimum 2 ½ tingkat termasuk lantai mazennine.
B2 2 Tingkat Lebih 12m Melebihi 2 tingkat
  • Melebihi aras tertinggi bumbung sedia ada yang lain di dalam bangunan yang sama.
  • Maksimum 3 tingkat.
B3 3 Tingkat dan lebih Lebih 12m Melebihi 3 tingkat
  • Melebihi aras tertinggi bumbung sedia ada yang lain di dalam bangunan yang sama.
  • Maksimum 5 tingkat bagi kawasan Core Zone
  • Maksimum 6 atau 7 tingkat bagi kawasan buffer zone (Rujuk Garis Panduan Kawalan Ketinggian)

Jadual 5.2:     Kaedah B: Pindaan dan Tambahan Kepada Bangunan Rumah Kedai Warisan Kategori 2

KAEDAH B1 - PINDAAN DAN TAMBAHAN KEPADA BANGUNAN RUMAH KEDAI WARISAN KATEGORI 2  BERKETINGGIAN DUA TINGKAT DAN BERKELEBARAN KURANG 40 KAKI ATAU 12 METER.

 

Pemakaian Kaedah B1

Pemakaian Kaedah B1

  1. Bagi tujuan pemohonan pindaan dan tambahan kecil kepada bangunan rumah kedai warisan.
  2. Digunapakai untuk sebuah bangunan rumah kedai 2 tingkat kategori 2 yang mempunyai kelebaran saiz lot kurang dari 40 kaki atau 12m
  3. Tambahan melibatkan sebuah bangunan sahaja.
  4. Tujuan kawalan ialah mengekalkan skap jalan dan kesinambungan fasad bangunan sedia ada di deretan rumah kedai dengan lebih 70% dari bangunan dalam deretan merupakan bangunan warisan kategori 2.
  5. Kaedah ini boleh juga dipakai bagi rumah kedai di dalam deretan kurang 70% bangunan warisan kategori 2 di deretan yang sama, tertakluk kepada merit bagi mengekalkan nilai OUV dan nilai sejarah bangunan terlibat.  

 

Kawalan Ketinggian Kaedah B1

Kawalan Ketinggian Kaedah B1:

Ketinggian tingkat antara lantai hendaklah sama dengan ketinggian tingkat antara lantai sedia ada/asal bangunan warisan (Rujuk gambarajah).

  1. Bangunan utama sedia ada hendaklah dikekalkan sepenuhnya pada ketinggian asal, dan dibaikpulih selaras dengan reka bentuk asal.
  2. Bangunan sekunder boleh dibenarkan dibuat tambahan tingkat sehingga aras tertinggi garisan bumbung sedia ada bangunan utama.
  3. Anjakan kelegaan 4 kaki atau 1.2 meter perlu disediakan antara bumbung bangunan lama dan binaan baru bagi mengelakkan resapan air ke dinding bangunan warisan dari gutter.
  4. Ketinggian melebihi ketinggian asal bangunan TIDAK dibenarkan kerana kesan “towering” akan terbentuk di sekitarnya yang masih didominasi oleh bangunan 2 tingkat.

 Profil Pengubahsuaian Bangunan Menggunakan
KAEDAH B1

 

Lain-lain Kawalan  Kaedah B1

Lain-lain Kawalan  Kaedah B1

  1. Kemasan bumbung, tingkap, kemasan lantai dan lain-lain hendaklah sama dan sesuai dengan bangunan asal.
  2. Laluan pejalankaki ( five footway ) hendaklah dikekalkan dan tidak dihalang atau ditutup.
  3. Mematuhi Garis Panduan Perletakan Papan Tanda.
  4. Menggunakan skima warna yang sesuai dan seragam dengan bangunan warisan. Skima warna asal yang diperolehi dari kajian ditapak adalah digalakkan.
  5. Unit luar kompressor pendingin hawa tidak boleh diletakkan dibahagian fasad hadapan. 

 

  

Pindaan dan tambahan pada bangunan seperti ini dibolehkan dengan menggunakan kaedah ini di mana ciri senibina dan ketinggian bangunan asal dalam deretan yang masih dalam konteksdan keadaan yang baik. Walaubagaimanapun, profil asal tanpa tambahan bangunan sepatutnya digalakkan.

 

 

Pengekalan ciri-ciri asal bangunan yang berada dalam deretan yang masih berkeadaan baik.

 

 

Lain-lain Input Profesional dan Insentif

 Lain-lain Input Professional dan Insentif :

  1. Jurutera bertauliah hendaklah mengesahkan kaedah pembinaan dan meroboh tidak akan mengganggu bahagian hadapan yang dipulihara dan bangunan warisan bersebelahan.
  2. Laporan Heritage Impact Assessment hendaklah dikemukakan oleh arkitek yang mengemukakan pelan.
  3. Boleh memohon untuk mendapatkan insentif, iaitu tertakluk kepada budibicara pihak MBI dan keperluan agensi teknikal berkaitan (Rujuk panduan insentif perancangan).

KAEDAH B2 - PINDAAN DAN TAMBAHAN KEPADA BANGUNAN RUMAH KEDAI WARISAN KATEGORI 2  BERKETINGGIAN DUA TINGKAT DAN BERKELEBARAN LEBIH  12 METER

Pemakaian Kaedah B2

  1. Bagi tujuan pemohonan pindaan dan tambahan kecil kepada bangunan rumah kedai warisan.
  2. Digunapakai untuk sebuah bangunan rumah kedai 2 tingkat kategori 2 yang mempunyai kelebaran saiz lot lebih dari 40 kaki atau 12m
  3. Rumah kedai boleh dimajukan serentak 3 lot dan lebih.
  4. Prasyarat penggunaan kaedah B2 ialah JIKA terdapat bangunan melebihi 2 tingkat di barisan belakang (selepas lorong belakang).  

Kawalan Ketinggian Kaedah B2

  1. Membenarkan bangunan sekunder dibuat tambahan tingkat melebihi aras tertinggi bumbung sedia ada yang lain di dalam bangunan yang sama
  2. Ketinggian sehingga 3 tingkat dan tingkat mazennine dibenarkan jika ruang yang boleh disediakan di bawah bumbung menepati UBBL. Ketinggian melebihi ketinggian asal bangunan (iaitu 2 tingkat) dibenarkan kerana dengan adanya bangunan yang lebih dari 2 tingkat di bangunan barisan belakang (selepas lorong) akan mengurangkan kesan “towering” apabila di kumpulkan bersama.
  3. Anjakan kelegaan 4 kaki atau 1.2 meter perlu disediakan antara bumbung bangunan lama dan binaan baru bagi mengelakkan resapan air ke dinding bangunan warisan dari gutter.
  4. Ketinggian tingkat antara lantai hendaklah sama dengan ketinggian tingkat antara lantai sedia ada/asal bangunan warisan.  

Lain-lain Kawalan Kaedah B2

  1. Bangunan utama hendaklah dikekalkan dan dibaikpulih selaras dengan reka bentuk asal.
  2. Kemasan bumbung, tingkap, kemasan lantai dan lain-lain hendaklah sama dan sesuai dengan bangunan asal.
  3. Laluan pejalankaki hendaklah dikekalkan.
  4. Mematuhi Garis Panduan Perletakan Papan Tanda.
  5. Bahagian tambahan menggunakan skima warna yang seragam dengan bangunan warisan yang dipelihara.
  6. Unit luar kompressor pendingin hawa tidak boleh diletakkan dibahagian fasad hadapan.

Lain-lain Input Professional dan Insentif

  1. Jurutera bertauliah hendaklah mengesahkan kaedah dan method pembinaan dan meroboh tidak akan mengganggu bahagian hadapan yang dipulihara dan bangunan warisan bersebelahan.
  2. Laporan Heritage Impact Assessment hendaklah dikemukakan oleh arkitek yang mengemukakan pelan.
  3. Boleh memohon untuk mendapatkan insentif, iaitu tertakluk kepada budi bicara pihak MBI dan keperluan agensi teknikal berkaitan (Rujuk garispanduan).

 


KAEDAH B3 - PINDAAN DAN TAMBAHAN KEPADA BANGUNAN RUMAH KEDAI WARISAN KATEGORI 2 BERKETINGGIAN TIGA TINGKAT DAN LEBIH

Pemakaian Kaedah B3

  1. Bagi tujuan pemohonan pindaan dan tambahan kecil kepada bangunan rumah kedai warisan.
  2. Digunapakai untuk sebuah bangunan warisan kategori 2 yang mempunyai ketinggian 3 tingkat dan lebih dan masih mengekalkan fasad bangunan sedia ada.  
  3. Pindaan bagi permohonan di atas satu lot dan lebih dengan kelebaran saiz lot lebih dari 12m (>12m) Rumah kedai boleh dimajukan serentak 3 lot dan lebih.
  4. Prasyarat penggunaan kaedah B3 ialah JIKA persekitaran skap jalan (pada deretan atau kedai barisan belakang) telah mempunyai bangunan melebihi 3 tingkat.

Kawalan Ketinggian Kaedah B3

  1. Membenarkan tambahan dan tukarguna bangunan dilakukan pada bangunan warisan, bahagian belakang bangunan dipinda dan dibuat tambahan tingkat tertakluk kepada kawalan ketinggian kawasan; sehingga:
    • a. Maksimum 5 tingkat sahaja bagi core zone.
    • b. Maksimum 6 atau 7 tingkat bagi buffer zone.
  2. Anjakan kelegaan 4 kaki atau 1.2 meter perlu disediakan antara bumbung bangunan lama dan binaan baru bagi mengelakkan resapan air ke dinding bangunan warisan dari gutter.
  3. Ketinggian tingkat antara lantai hendaklah sama dengan ketinggian tingkat antara lantai sedia ada/asal bangunan warisan.  

 

Lain-lain Kawalan Kaedah B3

  1. Bangunan utama sediada hendaklah dikekalkan dan dibaikpulih selaras dengan rekabentuk asal.
  2. Kemasan bumbung, tingkap, kemasan lantai dan lain-lain hendaklah sama dan sesuai dengan bangunan asal.
  3. Bahagian tambahan menggunakan skima warna yang seragam dengan bangunan warisan yang dipelihara.
  4. Laluan pejalankaki hendaklah dikekalkan.
  5. Mematuhi Garis Panduan Perletakan Papan Tanda.
  6. Unit luar kompressor pendingin hawa tidak boleh diletakkan dibahagian fasad hadapan.

Lain-lain Input Professional

  1. Jurutera bertauliah hendaklah mengesahkan kaedah dan method pembinaan dan meroboh tidak akan mengganggu bahagian hadapan yang dipulihara dan bangunan warisan bersebelahan.
  2. Laporan HIA hendaklah dikemukakan oleh arkitek yang mengemukakan pelan.

 

Kaedah C


BANGUNAN WARISAN KATEGORI 2 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH REINSTATE – KAEDAH C.


Reinstate

REINSTATE  bermaksud :

  1. Mengembalikan sesuatu kepada keujudan atau kegunaan asal.
  2. Mengembalikan sesuatu kepada kedudukan atau keadaan asal.

Di dalam keadaan ketiadaan kawalan yang jelas sebelum ini, banyak bangunan warisan kategori 2, atau bangunan rumah kedai lama yang telah mengalami perubahan-perubahan yang tidak wajar kepada fasad tetapi masih mengekalkan struktur asal dan profil asal bangunan.  

Kerja-kerja berkenaan adalah seperti menukar rupa rekabentuk tingkap, membuang elemen-elemen senibina yang melambangkan gaya senibina dan era bangunan, menukar fasad pada kemasan lain seperti dinding kaca, menutup tingkap sediada dengan papan, konkrit, papan tanda dan lain-lain.

Untuk itu, Kaedah C: Reinstate diperkenalkan sebagai satu kaedah untuk melakukan pindaan-pindaaan semula kepada kepada bangunan warisan kategori 2 tersebut kepada bentuk / keadaan asalnya.  

Pemakaian Kaedah C

  1. Kaedah C terpakai untuk bangunan-bangunan warisan Kategori 2 sahaja yang terletak di Core Zone dan Buffer Zone.
  2. Kaedah ini adalah perlu digunapakai dengan mengadakan semakan kepada bangunan warisan bersebelahan kerana rumah kedai selalunya dibina dalam deretan.
  3. Semua perincian dan kemasan dan warna hendaklah sama dengan asal.
  4. Pindaan dan tambahan lain tertakluk kepada Garis Panduan Bangunan Warisan Kategori 2 (Kaedah A mengikut kesesuaian merit kes).  

 

Input Professional Lain

  1. Jurutera bertauliah hendaklah mengesahkan kaedah dan method pembinaan dan meroboh tidak akan mengganggu struktur asal bangunan warisan sediada dan bersebelahan dan berhampiran.
  2. Laporan HIA hendaklah dikemukakan oleh arkitek yang mengemukakan pelan.

 

Garispanduan Kategori 2

 

GARIS PANDUAN KAWALAN KERJA-KERJA PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN KATEGORI 2.

Garis Panduan Kawalan Kerja-Kerja Pemuliharaan Bangunan Kategori 2 diperincikan didalam Jadual 5.3 berikut :

Jadual 5.3: Garis Panduan Kawalan Kerja-Kerja Pemuliharaan Bangunan Kategori 2

1.0 Enclosure

ITEM REKA BENTUK ASAL - KAEDAH PEMBINAAN KEPERLUAN / KEADAAN  NOTA
1.0  ENCLOSURE

1.1 Halaman Hadapan

  • Banglo yang terletak di dalam kompaun atau perkarangan dengan ditutupi dengan dinding dan pintu. Rumah Terrace/ Town dengan halaman dan pagar konkrit .
  • Bahan, rekaan dan kemasan asal hendaklah digunakan. Saiz asal dan hiasan pada pintu dan dinding haruslah di kekalkan dan dibina kembali seperti yang asal atau dengan bahan yang sepadan dengan bahan asal.
  1. Warna yang digunakan hendaklah bersesuaian
  2. Tambahan struktur baru dalam kawasan ini adalah tidak dibenarkan.

 

2.0 Luaran / Dinding

ITEM REKA BENTUK ASAL - KAEDAH PEMBINAAN KEPERLUAN / KEADAAN  NOTA
 2.0  LUARAN / DINDING

2.1 Kemasan dan warna

  • Setiap tempoh sejarah reka bentuk mempunyai pilihan warna skim tersendiri.   Warna dan bahan untuk pemuliharaan hendaklah berdasarkan penemuan warna asal yang dibuat melalui kaedah yang sesuai ditapak.
  • Skema warna   yang digunakan haruslah sesuai dan harmoni dengan dengan watak bangunan warisan dan streetscape.  Jenis cat yang berasas air sahaja yang boleh digunakan.
  1. Warna yang digunakan hendaklah bersesuaian
  2. Tambahan struktur baru dalam kawasan ini adalah tidak dibenarkan.

 

3.0  Bumbung

ITEM REKA BENTUK ASAL - KAEDAH PEMBINAAN KEPERLUAN / KEADAAN  NOTA
 3.0  BUMBUNG

 

   

 

 

3.1 Jubin

Bahan tradisional asal perincian kaedah pemasangan dan papan muka fasia:  Jenis bahan bumbung :

  1. Rumah Kedai dua atau tiga tingkat:Banglo, bangunan kediaman, gereja, masjid,  bangunan berciri neo - klasikal.Banglo, bangunan kediaman,
    • Profil V atau U   tidak berkilat, warna natural tanah liat sahaja.  
  2. gereja, masjid, bangunan
    berciri neo - klasikal.
    • Jubin Terracota, clay, dengan profil Marseilies (Indian atau French),    
    • Slate.

Profil, kecuraman,  ketinggian, dinding pemisah yang asal hendaklah dikekalkan.

Kaedah – kaedah pemasangan yang asal dan profil jubin haruslah dikekalkan dan dipelihara.

 

 

  1. Pindaan pada kecuraman bumbung adalah tidak dibenarkan.
  2. Jubin berkilat adalah tidak dibenarkan.
  3. Kemasan bumbung asbestos, keluli adalah tidak dibenarkan.

3.2   Struktur Bumbung Utama

Jenis struktur bumbung:

  1. Pembinaan rumah kedai melibatkan pembinaan kayu purlin dipasang mendatar antara dinding pembawa beban yang bertindak sebagai pengikat antara struktur dinding pemisah. 
  2. Kayu purlin dipasang (rasuk bumbung) mendatar diantara load bearing wall.
  3. Penggunaan sistem truss samada menggunakan kayu atau keluli.
  • Bentuk asal hendaklah di baikpulih dan dikekalkan. Kaedah pembinaan yang salah hendaklah ditukar dan digantikan dengan kaedah dan saiz yang sepadan dengan yang asal. Penggunaan truss keluli bagi menggantikan truss kayu   adalah  tidak dibenarkan kecuali ia adalah sepadan dengan yang asal.  
 

3.3   Perabung bumbung

Roof ridge sehingga puncak bumbung. Dinding pembahagi, kemasan, hiasan atau perincian yang terdapat atas perabung.

  1. Rumah kedai   awal pembahagi dinding tidak dinaikkan- bumbung yang berterusan dengan jiran
  2. Rumah kedai peralihan dan ekletik -  pembahagi dinding dinaikkan .
  • Bentuk asal hendaklah dikekalkan dan dipelihara. Elemen yang hilang haruslah diletak kembali.  
 

3.4 Jack Roof

  • Jack roof adalah bumbung jubin yang dinaikkan atas daripada garisan bumbung ridge yang sedia ada untuk membenarkan pengaliran udara ke dalam ruang bumbung utama. Struktur kayu adalah berbeza dari setiap bangunan ke bangunan. Jubin bumbung adalah sama dengan bumbung utama.
  • Ketinggian kepentingan budaya asal haruslah dipulihara. Kebanyakan rumah kedai di Ipoh mempunyai Jack Roof.  Elemen ini merupakan satu elemen yang melambangkan ketinggian senibina yang mampan  pada zaman tersebut. 
  • JackRoof yang telah dirobohkan hendaklah dibina semula mengikut rekabentuk yang asal.  
 3.5   Skylight
  •  Skylight baru tidak dibenarkan. Rekaan asal jika ada hendaklah dikekalkan.
 

3.6 Unjuran Bumbung

  • Unjuran, dan elemen-elemen sokongan dibawah unjuran bumbung adalah merupakan elemen yang penting yang melambangkan era bangunan berkenaan dibina. Elemen yang menyokong unjuran bumbung melambangkan faktor teknologi binaan pada masa berkenaan.
 
  • Bangunan dan rumah kedai hendaklah mengekalkan fasad termasuk semua elemen yang terdapat pada unjuran bumbung dan elemen yang menyokong unjuran bumbung. 
   
 

3.7  Unjuran Bumbung

  • Unjuran, dan elemen-elemen sokongan dibawah unjuran bumbung adalah merupakan elemen yang penting yang melambangkan era bangunan berkenaan dibina. Elemen yang menyokong unjuran bumbung melambangkan faktor teknologi binaan pada masa berkenaan.
  • Bangunan dan rumah kedai hendaklah mengekalkan fasad termasuk semua elemen yang terdapat pada unjuran bumbung dan elemen yang menyokong unjuran bumbung.  
 3.8   Longkang air hujan / gutters & downpipes
  • Gutter dan downpipes tidak dan jarang terdapat pada bangunan rumah kedai, kecuali bangunan bercirikan kolonial atau neo-klasikal kerana diperkenalkan oleh bangsa Eropah.  Gutters dan downpipes adalah sebahagian daripada keseluruhan rekaan daripada awal tahun 1900.
  • Pemasangan gutter baru bagi tujuan penyelenggaraan bangunan yang lebih baik dibenarkan. Pemasangan gutter di bangunan warisan dan binaan tambahan adalah di kawasan anjakan 1.2 meter di antara kedua bangunan. Ini adalah bertujuan untuk memastikan dinding bangunan warisan kekal kering dari kelembapan.  

4.0  Fasad

ITEM  REKA BENTUK ASAL - KAEDAH PEMBINAAN  KEPERLUAN / KEADAAN  NOTA

 4.0 FASAD

 

4.1 Fasad   Hadapan, Sisi dan  Belakang

  1. Jenis-jenis ciri hiasan : bawah rasuk bumbung dan rasuk tingkat pertama
    1. Penceritaan sejarah melalui cat / mural atau
    2. Ukiran bermotif flora dan fauna.
    3. mouldings.
  2. Jenis-jenis tingkap kekisi boleh laras.
    1. Tingkap  pada ketinggian dan saiz tingkap biasa.
    2. Tingkap tinggi dengan keikisi boleh laras dibahagian atas dan panel dibahagian bawah.
  3. Susur tangan atau balustrade   dari bahan kayu atau cast iron.
  4. Dinding rendah (spandrel) iaitu bahagian dibawah tingkap saiz biasa. 
    1. Spandrel yang dihasilkan dengan penggunaan lepaan plaster kapur, dan mouldings.
  5.  Kanopi atau awning – yang diunjur dari atas rasuk laluan kaki lima.
  6. Kanopi kayu berbentuk kipas atau Slab konkrit – (art deco).
  • Fasad asal haruslah dikekalkan dan dibaikpulih atau dibina kembali. Perobohan, pengubahsuaian, penambahan tidak dibenarkan.  Bahan asal, mortar, dan plaster haruslah dikekalkan.   Hanya kerja-kerja baik pulih dan mengembalikan rupa asal sahaja yang dibenarkan.  Fasad asal adalah bermaksud fasad awal seperti yang dibina.
  • Diperlukan, atau memulihkan semula menggunakan bahan asal.
  • Elemen yang hilang haruslah mengikut rekaan asal.
  • Kayu dan jubin kanopi asal haruslah dikekalkan dan dipelihara dan mengikut reka bentuk asal kerana elemen-elemen ini merupakan dokumen sejarah yang boleh dijadikan rujukan.
 
  1. Ini adalah merupakan elemen senibina yang sangat penting dalam menentukan gaya bangunan. Sebarang pindaan pada fasad akan menyebabkan penilaian gaya bangunan terjejas. Adalah penting untuk mengekalkan fasad asal pada bangunan termasuk bahan binaan dan elemen-elemen lain yang terdapat pada fasad bangunan termasuk tingkap, pintu, lubang angin dan lain-lain.
  2. Tingkap  kaca  baru – dibelakang tingkap asal  boleh dibenarkan untuk ruang-ruang yang menggunakan pendingin hawa.
  3. Kerja-kerja memulihara dan membaikpulih hendaklah menggunakan bahan dan rekabentuk yang asal. Elemen yang telah ditukar dengan bahan yang tidak sepadan hendaklah diganti semula kepada rekabentuk yang asal.
  4. Penggunaan tingkap kaca menggantikan tingkap kekisi kayu boleh laras adalah tidak dibenarkan.
  5. Lubang udara asal hendaklah dikekalkan dari segi bentuk, bahan binaan dan saiz. Lubang udara boleh ditutup dengan menggunakan kaca dibahagian dalam yang dibina dengan kaedah yang sesuai.
  6. Bukaan baru pada fasad hadapan adalah tidak dibenarkan. 

5.0  Laluan Kaki Lima

ITEM REKA BENTUK ASAL - KAEDAH PEMBINAAN KEPERLUAN / KEADAAN  NOTA

 5.0  LALUAN KAKI LIMA

(FIVE-FOOTWAY)

5.1 Dinding

Laluan kaki lima adalah laluan awam selebar 5 kaki yang disediakan dibahagian tingkat bawah rumah kedai.

  1. Jubin dinding hiasan – Elemen ini tidak banyak didapati di Ipoh. Walaubagaimanapun hiasan ini sangat menarik dan melambangkan nilai budaya pada satu-satu masa.

Jenis-jenis: lihat bahagian gaya rumah kedai apabila setiap enis digunakan.

    • 4” x 4” ceramic tiles (Japanese)-Teraace house circa 1930s
    • Mosaic, berbentuk kecil di rekabentuk dalam bentuk sheet-Circa 1950s
  1. Bahan dinding - Dinding laluan kaki lima asalnya menggunakan plaster kapur/ limewash. Untuk bangunan bercirikan Art – Deco, kemasan dinding luar menggunakan shanghai plaster

Lantai laluan kaki lima -

  1. Jenis-jenis: lihat bahagian lembaran gaya rumah kedai apabila setiap jenis digunakan.
    • Granite slab/ sleepers/ blocks
    • Jubin Terracota  
    • Kemasan simen licin
    • Mosaic,  
    • Terrazzo  
  2. Granite slab edging - Menandakan sempadan jalan bagi laluan kaki lima
  3. Granite steps dan jambatan melalui longkang – tepi longkang asal- engineering bricks
  4. Jalan motorsikal bersebelahan dengan steps across drain

Jenis-jenis:

  1. Papan kayu struktur tingkat atas dan kayu gelegar terdedah.
  2. Siling jalur kayu dengan hiasan ukiran
  3. Lantai konkrit tetulang yang terdedah 

 

Kemasan tradisional, contoh terracotta tiles, terrazzo tiles, dan mosaic melambangkan era satu-satu bangunan. Kadang-kadang terdapat mesej dan maklumat yang ingin disampaikan oleh pereka kepada masyarakat. Oleh itu elemen ini sangat perlu untuk dikekalkan.

  • Gloss ceramic tile tidak dibenarkan
  • Elemen ini sangat perlu untuk dikekalkan untuk kajian dan rujukan oleh pakar.
  • Elemen ini hendaklah dikekalkan dan dipulihkan. Jika rosak hendaklah dipasangkan dengan yang baru.
  • Motorsikal tidak dibenarkan menggunakan laluan ini tidak dibenarkan.
  • Aras lantai asal hendaklah dikekalkan
  • Lemasan lantai berkilat (polish) adalah tidak dibenarkan
  • Bentuk asal  dan warna hendaklah dikekalkan dan diselamatkan (salvage)
  • Kemasan jubin terracotta adalah digalakkan
  • Profil siling yang asal & rekaan & hiasan hendaklah dikekalkan hendaklah dikekalkan dan dikembalikan. 

  1.  Laluan kaki lima ini tidak dibenarkan ditutup dengan sebarang elemen sementara atau kekal
  2. Binatang peliharaan adalah tidak dibenarkan diletakkan dalam kawasan ini
  3. Jubin dan sebarang kemasan seperti kerja-kerja mouldings, lubang udara, hiasan pada lantai dan dinding hendaklah dikekalkan, dibaikpulih dan dibina semula.

 

6.0  Halaman Dapur

ITEM REKA BENTUK ASAL - KAEDAH PEMBINAAN KEPERLUAN / KEADAAN  NOTA
6.0 HALAMAN DAPUR

6.1 Penutup bumbung

Kawasan dapur adalah tambahan kepada kesemua bentuk bangunan-bangunan satu tingkat yang direka untuk membenarkan pengudaraan dan perparitan yang baik. Terdapat beberapa jenis backyards atau dapur.

Bumbung yang meliputi dapur bangunan satu tingkat mengambil beberapa jenis bentuk.

  1. Dalam rumah kedai tradisional selalunya terletak dibahagian bawah lantai tingkat 1 rumah kedai
  2. Dibawah bumbung jubin dengan jack roof untuk pengudaraan – bersebelahan dengan air well – rumah bandar
  3. Kawasan yang mempunyai dinding tinggi dan mempunyai pintu keluar. Digunakan sebagai tempat menjemur pakaian, telaga, memasak dan lain-lain aktiviti harian.
  • Profil bumbung curam baru di bahagian dapur belakang adalah dibenarkan tertakluk kepada keperluan ketinggian bumbung.
  • Nota: Rujuk garis panduan untuk ketinggian bangunan yang dibenarkan.
  • Bahan bumbung hendaklah sepadan dengan bumbung utama.
  • Bahan seperti zink, asbestos, metal deck dan sebagainya adalah tidak dibenarkan.
 
 
 

 

6.2 Tangga  

 

  • Tangga adalah merupakan elemen yang menarik dalam rekabentuk bangunan rumah kedai dan bangunan sesebuah. Terdapat banyak nilai seni pada rekaan tangga termasuk bahan binaan yang digunakan.
  • Terdapat tangga yang unik seperti saiz pada jejak dan susur tangan. Tangga asal selalunya direkabentuk menggunakan bahan kayu dengan rekabentuk dan susurtangan yang menarik iaitu bergantung kepada era senibina. Lapik granit atau bata pada bahagian tiga atau empat anak tangga bawah menambahkan keunikannya.

 

  • Tangga utama asal hendaklah dikekalkan pada lokasi asal.

 

  1. Tangga utama hendaklah dikekalkan,   tangga baru dibenarkan jika untuk kecemasan dan untuk mematuhi kehendak Pihak MBI.
  2. Bahan binaan dan rekabentuk dan lokasi tangga baru hendaklah sesuai dengan rekabentuk bangunan asal.
  3. Tangga baru boleh dicadangkan untuk mematuhi kehendak badan-badan berkanun dan boleh disesuaikan dengan rekabentuk. 

7.0  Fasad Belakang

ITEM REKA BENTUK ASAL - KAEDAH PEMBINAAN KEPERLUAN / KEADAAN  NOTA
7.0 FASAD BELAKANG 

7.1   Tingkap, Pintu dan Lubang (vents)

  • Elemen ini adalah merupakan elemen penting kerana konsep rekabentuk bandar melibatkan pembangunan pada lorong belakang. Mengekalkan bahagian ini adalah digalakkan bagi mengekalkan nilai warisan bagunan asal.
  •  Bahan yang haruslah dikekalkan dan dipelihara.
  1. Jika pembangunan dan tambahan baru dibenarkan, rupa fasad belakang tambahan baru hendaklah selaras dengan fasad hadapan dan hendaklah bersesuaian
  2. Bahagian lorong belakang hendaklah dibaikpulih dan diindahkan.
  3. Perletakan tong sampah hendaklah dalam ruang bertutup. 

7.2  Dinding sempadan belakang

  • Asal adalah dinding hiasan.
  •  Ketinggian asal dan hiasan hendaklah dikekalkan dan dibaikpulih.
  • Tambahan baru hendaklah dilakukan dengan sensitif.

8.0  Lantai

ITEM REKA BENTUK ASAL - KAEDAH PEMBINAAN KEPERLUAN / KEADAAN  NOTA

 8.0 LANTAI

8.1 Aras tingkat bawah

Kemasan lantai asal menggunakan bahan semulajadi adalah untuk memastikan keseluruhan dalam bangunan sentiasa selesa. Diantara kemasan lantai yang digunakan adalah:

  1. Jubin terracotta
  2. Mosaic
  3. Granite
  4. Terazzo
  1. Aras asal  hendaklah dikekalkan
  2. Perbezaan aras lantai antara ruang utama dengan ruang dapur atau rear court  boleh disesuaikan
  3. Perbezaan aras  antara lantai utama dengan lantai telaga udara hendaklah dikekalkan. 
  1. Laporan kajian dari jurutera bertauliah adalah diperlukan untuk kerja-kerja penambahan struktur dengan berat beban baru kepada struktur asal. Struktur asal hendaklah dikekalkan. Baikpulih adalah dibenarkan.
  2. Kerja-kerja menaiktaraf sistem perpaipan hendaklah diminimakan jika melibatkan kerja-kerja mengorek dan merosakkan struktur asal. 
 

8.2 Tingkat atas

Jenis-jenis: lihat bahagian gaya
Tradisional lantai kayu di atas kasau kayu bertindak sebagai sebahagian daripada struktur asal bangunan bracing dan memisahkan dinding pembahagi.

  1. Paras lantai sedia ada dan struktur  yang asal termasuk rasuk kayu utama atau I beam steel, kasau kayu, dan lantai papan kayu
  2. Struktur lantai members sedia ada termasuklah rasuk kayu utama atau I beam steel, kasau kayu lantai dan papan kayu lantai
  3. Keperluan baru lantai kayu untuk perlindungan kebakaran
  4. Penambahan dalaman tandas pada aras lantai pertama. Struktur sokongan baru, dari aras bawah harus dielakkan daripada merosakkan bata, granite, footing dan bakau piles sedia ada.
  5. Tambahan  tandas atau bilik airdi bahagian belakang bangunan  boleh dibenarkan.
  • Kemasan asal haruslah dikekalkan dan baikpulih.
  • Penggantian untuk bahan rosak haruslah sama atau hampir dengan fungsi bahan asal, saiz
  • Untuk kawasan basah sebagai contoh tandas dan dapur, lantai konkrit dengan lapisan kalis lembab boleh digunakan.
  • Rekabentuk yang asal haruslah dikekalkan dan dibaikpulih.
  • Lantai kayu yang dalam keadaan baik hendaklah dikekalkan. Pematuhan kepada kehendak BOMBA hendaklah dilakukan dengan sensitif dan kreatif.

 

8.3 Lantai mezanin

 

  • Lantai mezanin bukan sebahagian daripada susun atur asal bangunan dimana siling tinggi menyejukkan ruang pengudaraan secara semula jadi. Lantai mezanin yang baru tertakluk kepada ketinggian lantai sedia ada dengan keperluan UBBL atau pematuhan kepada jabatan berkenaaan.

 

Hendaklah dikekalkan

  • Sebarang bahan yang digunakan kecuali konkrit tetulang boleh digunakan.
  • Pemilihan bahan haruslah bersesuaian dan harmoni design struktur asal dan tertakluk kepada UBBL / Badan-badan berkanun.

9.0  Siling

ITEM REKA BENTUK ASAL - KAEDAH PEMBINAAN KEPERLUAN / KEADAAN  NOTA

 9.0 SILING

9.1 Siling Tingkat Bawah dan Tingkat atas

  • Bahan asal adalah kayu yang terdedah dan boleh dilihat dari tingkat bawah yang merupakan lantai tingkat atas.
  • Terdapat hiasan pada bahagian Cornices dibawah gelegar.
  • Profil siling dan hiasan sediada hendaklah    dikekalkan dan dibaikpulih   
  • Siling baru dibenarkan jika jumlah ruang dalaman dikekalkan dan ciri-ciri asal seperti cornices, gerbang, capitals dan decorative stucco tidak dilindungi.
  • Pemasangan bingkai aluminium atau metal  tidak dibenarkan.
 
  • Jenis cat yang sesuai hendaklah digunakan. Kaedah mengecat dan menyediakan permukaan yang perlu dicat hendaklah dilakukan dengan betul. 

10.0  Dinding

ITEM REKA BENTUK ASAL - KAEDAH PEMBINAAN KEPERLUAN / KEADAAN  NOTA

 10.0 DINDING

 

 

10.1 Dinding pemisah

  • Rumah kedai dan teres atau rumah Bandar berkongsi dinding pemisah (party wall).

 

  • Kerja-kerja baik pulih adalah dibenarkan tetapi mestilah mengikut rekaan asal, bahan dan kaedah pembinaan.
  • Penambahan baru adalah tertakluk kepada laporan jurutera yang bertauliah.
  • Bahan yang digunakan tidak merosakkan integriti struktur dinding dan menyebabkan gangguan kepada bangunan sebelah
  • Dinding pemisah dan dinding – dinding lain adalah dinding pembawa beban. Gangguan pada mana-mana bahagian akan melemahkan struktur.
  • Hendaklah  dikekalkan dan  dibaikpulih dengan kaedah yang betul menggunakan bahan yang sama dan kaedah tradisional.
 
  • Gangguan pada struktur asal adalah tidak dibenarkan kecuali kaedah rekabentuk yang telah diluluskan oleh jrutera bertauliah. 

10.2 Bukaan baru

  • Bukaan pada dinding pemisah ke  unit bersebelahan

10.3 Ciri-ciri hiasan

  • Ciri-ciri kayu –    ukiran  pada  dinding ,      lattice/   dinding sesekat dengan pintu , mouldings,  jubin lama,  dan lain-lain

11.0  Telaga Udara (air well)

ITEM REKA BENTUK ASAL - KAEDAH PEMBINAAN KEPERLUAN / KEADAAN  NOTA

 11.0 TELAGA UDARA (AIR WELL)

    
  1. Satu Airwell atau satu telaga udara
  2. Dua Airwell dua
  3. Telaga Udara . Tertutup atau terbuka
  • Elemen ini sangat penting untuk sistem pengudaraan dalam bangunan. Sistem ini membolehkan ruang dalaman sentiasa sejuk dan nyaman.  Ruang ini digalakkan untuk dikekalkan dan berfungsi dengan baik bagi mengurangkan penggunaan pengudaraan mekanikal. 
  • Gangguan pada struktur asal adalah tidak dibenarkan kecuali kaedah rekabentuk yang telah diluluskan oleh jurutera bertauliah. 

 

11.1 Saiz

  • Bergantung kepada saiz premis.
  • Hendaklah dibaikpulih  dan dikekalkan

11.2 Kemasan lantai

  • Lantai ruang telaga udara ini adalah lebih rendah dari lantai utama. Selalunya dari bahan yang tahan basah. Slab granit atau edging granit adalah elemen utama.  Rekabentuk asal untuk ruma kedai dengan satu airwell. Ruang ini selalunya digunakan untuk kerja-kerja mencuci, tandas dan memasak.
  • Penggantian bagi yang rosak atau pemasangan bahan baru hendaklah sama dengan bahan yang asal. Kemasan lantai licin dan berkilat adalah tidak digalakkan.

11.3 Tingkap, Shutters, & vents, papan muka,ukiran,  balustrade mouldings dan lain-lain

  • Pada bahagian tingkat atas terdapat dinding sekeliling ruang udara yang tediri dari kekisi kayu boleh laras atau tetap.
  • Hendaklah dibaik pulih dan dikekalkan Penggantian bagi yang rosak atau pemasangan bahan baru hendaklah sama dengan bahan yang asal..

11.4 Penutup bumbung

  • Air well pada asalnya adalah bukaan tanpa bumbung yang membenarkan airhujan, matahari sampai ke lantai tingkat bawah.
-
  • Bumbung boleh laras ringan atau yeng bersifat fleksibel untuk ruang ini boleh dipertimbangkan atas aspek keselamatan tetapi tertakluk kepada rekabentuk dan bahan binaan yang digunakan. Struktur bersifat kekal dari bahan konkrit adalah tidak dibenarkan.

12.0  Mekanikal dan Elektrikal Sistem

ITEM REKA BENTUK ASAL - KAEDAH PEMBINAAN KEPERLUAN / KEADAAN  NOTA

 12.0 MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL SISTEM

 

 

 

 

 

 

 

12.1 Pengawasan keselamatan

  • CCTV dan sistem pengawasan lain.
  • Kedudukan dan lokasi pemasangan hendaklah tidak mengganggu fasad dan pemasangan kabel hendaklah dibuat secara sensitif dan tidak mengganggu fabric bangunan. Tidak dibenarkan dalam laluan kaki lima. 
 

12.2 Saluran Elektrik

Saluran paip elektrik di atas permukaan fasad –  kabel TNB dan pendawaian meter.

  1. Pemasangan permukaan.
  2. Pendawaian dalam conduit ditanam didalam dinding.
  • Saluran yang diletakkan haruslah dengan metal clips,  dan menggunakn warna yang sesuai dengan warna dinding.
 

12.3 Unit Penghawa Dingin

  1. Kompressor Unit luar  penghawa dingin   
  2. Unit Dalam Menara Penyejuk
  • Tidak dibenarkan dibahagian fasad hadapan samada tingkat bawah atau fasad atas atau fasad sisi.  Ruang bumbung boleh digunakan untuk meletakkan compressor dan hendaklah direkabentuk dengan baik bagi menjaga struktur bumbung sediada dan mengawal lembapan yang dihasilkan oleh sistem ini.
  • Perletakan unit dalam hendaklah TIDAK dilakukan pada dinding sediada kerana ia akan menyebabkan lembapan pada dinding. Perekabentuk dan jurutera hendaklah mencadangkan satu sistem yang sesuai.
  • Menara penyejuk untuk pembangunan baru adalah tidak dibenarkan. Pereka boleh menggunakan sistem sepadan yang lebih sensitif.
 
12.4 Piring satelit TV
  • Perletakan piring TIDAK boleh dilakukan dibahagian fasad hadapan.
 

12.5 Tangki air atau panel solar

  • Tangki air dan pemasangan luar yang lain hendaklah dihalang dari pandangan visual dengan menggunakan dinding sesekat/skrin dan berbumbung.
-
  • Tangki air hendaklah dilingdungi dari pandangan visual. Bumbung curam atau trellis adalah digalakkan.
  • Pemasangan pada bumbung baru adalah dibenarkan bergantung kepada saiz dan teknologi yang lebih sesuai untuk persekitaran warisan.

12.6 Lif

  • Pemasangan lif untuk bahagian selepas ruang telaga udara atau annexed bangunan oleh dibenarkan. Bilik motor yang menonjol dari aras bumbung adalah tidak dibenarkan.
-
  • Lubang Pit, saiz lif yang besar dan struktur tambahan yang menyokong lift hendaklah minima dan tidak mengganggu struktur lantai, dinding dan lain-lain. Penggunaannya hendaklah dihadkan kepada orang-orang kelainan upaya sahaja.

12.7 Ekzos kipas dapur

  • Ekzos kipas hendaklah diletakkan pada bahagian belakang dapur courtyard atau jalan belakang.
  • Saiz duct hendaklah tidak terlalu besar dan menimbulkan bunyi bising yang ketara.
  • Pemasangan pendingin udara adalah tidak digalakkan.
  • Walaubagaimanapun, jika sistem pengudaraan semulajadi  dan  kipas kurang berkesan,  pemasangan aircond boleh  dibenarkan tetapi penggunaan ‘ducting’ adalah dilarang.
  • Bahagian tambahan baru dibahagian belakang hendaklah menyediakan satu ruang untuk kompressor pendingin udara. (elemen ini hendaklah ditunjukkan dalam pelan semasa membuat permohonan ke Majlis Tempatan.)

12.8 Pencahayaan

  • Pemasangan sistem pencahayaan hiasan pada bangunan sepeti lampu bulb, kalimantang dan lain-lain adalah tidak digalakkan pada fasad bangunan kerana suhu panas yang dihasilkan boleh merosakkan fabrik bangunan. Pencahayaan untuk tujuan pengiklanan juga akan menghasilkan susu panas pada fabric sediada.
  • Pemasangan lampu yang minima pada tiang/dinding boleh dibenarkan.
  • Suhu panas boleh digunakan dengan minima pada fasad. Pemasangan hendaklah dilakukan berhati-hati dan meminimakan kerosakan pada fabrik bangunan.
  • Pemasangan lampu boleh dilakukan sebagai sebahagian elemen perabut jalan dan tidak dilekatkan pada fasad bangunan.
  • Pemasangan lampu-lampu dan sistem pencahayaan yang moden dan fancy adalah tidak dibenarkan.

13.0  Sanitari, Perpaipan dan Perparitan

ITEM REKA BENTUK ASAL - KAEDAH PEMBINAAN KEPERLUAN / KEADAAN  NOTA

 13.0 SANITARI, PERPAIPAN DAN PERPARITAN

 

 

13.1 Kerja Paip

  • Bekalan paip air disembunyikan didalam dinding.
  • Paip bekalan air dipasang pada permukaan - dengan menggunakan metal clips.
  •  Dibenarkan dengan kaedah pemasangan yang sensitif dan meminimakan kerosakan pada fabrik dan batu-bata pada dinding.
  • Saluran hendaklah dipasang pada sudut dan lokasi yang sesuai.
 

13.2  Paip sisa buangan

  • Paip sisa dan perangkap lantai haruslah mengikut peraturan yang dikehendaki.
  • Pemasangannya hendaklah dilakukan dengan berhati-hati, jurutera yang terlibat hendaklah memastikan kerosakan adalah minima dan pada lokasi yang sesuai.
 

13.3  Perparitan

  • Menyediakan saliran yang betul pada bahagian perimeter bangunan   dengan saiz yang bersesuaian.
  • Longkang sediada hendaklah dikekalkan dan dibaikpulih
  • Semua jenis saliran dan longkang, scupper drain sediada hendaklah dikekalkan dan dibaikpulih. Longkang baru hendaklah mempunyai rekabentuk dan kedalaman yang sesuai.
 

14.0  Pengubahsuaian

ITEM REKA BENTUK ASAL - KAEDAH PEMBINAAN KEPERLUAN / KEADAAN  NOTA

 14.0 PENGUBAHSUAIAN

 

 

14. 1 Basemen

  • Basemen atau satu tingkat bawah tanah adalah bukan merupakan  karakter bangunan warisan.
  •  Basemen baru pada bangunan warisan  adalah tidak  dibenarkan.
 

14.2  Water Features

  • Water feature dibahagian dalam mungkin menambahkan kelembapan dan menggalakkan kulat dan pertubuhan berbahaya.
  • Water feature dalaman boleh dibenarkan bergantung kepada rekabentuk, lokasi dan saiz. 
 

14.3 Tambahan Fitur Asing

  • Tambahan fitur asing yang menutup fasad bangunan sepenuhnya seperti wiremesh,  papan iklan billboard dan lain-lain struktur sementara.
  •  Tambahan fitur asing yang menutup fasad bangunan sepenuhnya seperti wiremesh, papan iklan billboard dan lain-lain struktur sementara yang tidak bersesuaian dengan bangunan asal dan persekitaran bangunan warisan TIDAK DIBENARKAN.
 

15.0  Tambahan (Extension)

ITEM REKA BENTUK ASAL - KAEDAH PEMBINAAN KEPERLUAN / KEADAAN  NOTA

 15.0 TAMBAHAN (EXTENSION)

 

 

 

 

 

 

15.1  Tambahan  Bumbung

  • Tambahan   bumbung baru dibahagian hadapan.
  • Tambahan bumbung baru pada bahagian belakang . 
  • Bumbung  rata (flat roof).
  •  Tambahan pada bahagian hadapan adalah tidak dibenarkan.
  • Tambahan bumbung curam pada bahagian belakang yang mematuhi garis panduan ketinggian yang dibenarkan adalah boleh dibenarkan. Bahan untuk bumbung dan kecuramannya   hendaklah sesuai dengan bumbung utama dalam segi warna, tekstur, bahan, profil dan struktur dalaman.
  • Dibenarkan hanya untuk kegunaan taman bumbung hijau (green roof garden).
  • Bagi pembangunan yang melibatkan kerja-kerja struktur work below ground level, satu kajian dilapidasi bangunan ediada dan bangunan persekitaran perlu untuk mengkaji tahap stuktur sediada.
  • Jack roof
  • Dibenarkan jika sekiranya bangunan bersebelahan mempunyai jack roof.
  • Dormer window baru
  • Dormer window adalah tidak dibenarkan.
  • Skylight
  • Skylight adalah tidak dibenarkan.

15.2  Tambahan  Fasad

  • Pindaan pada fasad untuk mematuhi garis panduan sahaja yang dibenarkan selain dari kerja-kerja baik pulih. Tambahan fasad belakang yang mematuhi garis panduan ketinggian yang dibenarkan hendaklah harmoni dengan bangunan sediada.
  • Bahan moden  dibenarkan tetapi haruslah rekaan bentuknya harmoni dan sepadan dengan fasad warisan tradisional dan sekeliling   dari segi tekstur, profil, warna dan prestasi
  • Bahan bumbung tradisional haruslah digunakan. Bahan seperti metal, asbestos sheet atau PVC adalah tidak dibenarkan.

15.3 Kemasan

  • Kemasan yang sesuai dan selaras dengan bangunan sediada adalah digalakkan. Penggunaan bahan yang berkilat dan kaca adalah tidak digalakkan
  • Dibenarkan – kemasan lantai haruslah sama dengan yang sedia ada dari segi tekstur, warna dan bahan.
  • Bahan kemasan yang sama atau berhampiran dengan yang asal adalah  digalakkan.

15.4 Asas dan cerucuk

  • Kaedah penggalian kerja untuk asas baru (cerucuk untuk bangunan dua tingkat) adalah tertakluk kepada kelulusan jurutera.
  • Kaedah atau method of statement untuk menyokong dan memastikan struktur berdekatan dijaga dengan baik perlu diluluskan sebelum kerja-kerja dimulakan.

16.0  Menara Telekomunikasi

ITEM REKA BENTUK ASAL - KAEDAH PEMBINAAN KEPERLUAN / KEADAAN  NOTA

 16.0 MENARA TELEKOMUNIKASI

  •  Menara telekomunikasi atau sebagainya di atas bumbung atau gantries sebaris dengan sisi bangunan.
  • Sebarang bentuk menara di atas bumbung, fasad bahagian laman belakang adalah tidak dibenarkan. 
 

 

 

 

Insentif

INSENTIF PERANCANGAN DAN PEMAJUAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN KATEGORI 2.

Pemohon boleh memohon untuk mendapatkan insentif bagi perancangan dan pemajuan pemuliharaan bangunan warisan kategori 2 dan ianya tertakluk kepada budi nicara pihak MBI dan keperluan agensi teknikal berkaitan.

Insentif Core Zone Buffer Zone
Penghapusan pembesaran jalan Dibenarkan Tidak dibenarkan. Pengecualian mengikut merit.
Penghapusan pembesaran lorong belakang Dibenarkan Tidak dibenarkan. Pengecualian mengikut merit.
Membenarkan penyesuaian penggunaan semula Dengan Kebenaran Dengan Kebenaran
Pengecualian peruntukan parkir Pengecualian 70% Dengan Kebenaran

 

Pelan Lampiran

  • RAJAH 5.2 JENIS BANGUNAN K2-270514
  • Rajah 5.1bangunan warisan kategori 2_260514

 

Bagi pembangunan yang melibatkan kerja-kerja struktur work below ground level, satu kajian dilapidasi bangunan ediada dan bangunan persekitaran perlu untuk mengkaji tahap stuktur sediada.

Ipoh

Bangunan Bulan Bintang 1940
Bangunan Chevrolet
Bangunan Chung Thye Phin
Bangunan Overseas Bank
Bangunan SPA Perak Muzium
Bangunan awal stesen keretapi
Bomba lama ipoh
Hugh Low Street 1887
HughLowStreet
Ipoh Club
Jalan Panglima
Jalan Sultan Yusuf 1962
bangunanpersekutuan
lam looking bazar
market- jalan laxamana
ntmarket
pejabat pos lama ipoh
simee

Artikel Berkaitan