GARIS PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENILAIAN IMPAK WARISAN (HERITAGE IMPACT ASSESSMENT-HIA)
- Details
- Category: Garispanduan Warisan
- Hits: 4073
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENILAIAN IMPAK WARISAN (HERITAGE IMPACT ASSESSMENT-HIA)
Penyediaan Laporan Penilaian Impak Warisan perlu disediakan ke atas mana-mana projek atau kerja yang akan dijalankan dalam kawasan zon utama (core), zon penampan (buffer) dan kawasan yang bersempadan dengan kawasan penampan. Penyediaan Laporan Penilaian Impak Warisan adalah penting bagi memastikan Bandar Ipoh akan terus mempunyai bangunan-bangunan warisan yang bernilai tinggi dan berada didalam senarai lokasi warisan dunia dimasa akan datang.
KEPERLUAN KEPADA LAPORAN PENILAIAN IMPAK WARISAN (HIA)
Secara umumnya penyediaan Laporan Penilaian Impak Warisan diperlukan jika ianya melibatkan :
- Kawasan utama (core zone).
- Zon penampan (buffer zone) atau,
- Kawasan yang bersempadanan dengan zon penampan.
- Pembinaan bangunan atau struktur baru.
- kerja-kerja restorasi , pindaan, tambahan, adaptive re-use.
Laporan Penilaian Impak Warisan perlu dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kesan projek yang dicadangkan ke atas tapak, bangunan atau struktur berdasarkan kepada hasil Survei Lapangan. Jangkaan atau prediction yang bakal terjadi perlu dijalankan oleh individu yang berkelayakan.
NILAI-NILAI KEUNGGULAN SEJAGAT BANDAR WARISAN IPOH
Setiap tapak warisan dunia perlu mengekalkan nilai-nilai keunggulan sejagatnya (outstanding universal values) dalam kawasan warisan dikekalkan. Untuk itu, pematuhan kepada garis panduan adalah perlu supaya ianya akan dapat mengelakkan berlakunya nilai-nilai keunggulan sejagat terganggu dan aset warisan akan tidak dapat diselamatkan.
Nilai-nilai keunggulan sejagat bagi Bandar Ipoh boleh menggunakan kriteria berikut :
Criteria (i) :
* exhibit an important interchange of human values, over a span of time or within a cultural area of the world, on developments in architecture or technology, monumenal arts, town planning or landscape design.
Kriteria ini adalah merujuk kepada nilai sosio-budaya pelbagai bangsa dan agama yang telah menghasilkan pembangunan dalam teknologi bangunan dan senibina, pembentukan Bandar dan lanskap yang berasaskan kepada industri perlombongan bijih timah.
Criteria (ii) :
* bear a unique or at least exceptional testimony to a cultural tradition or to a civilization which is living or which has disappeared.
Kriteria ini merujuk kepada nilai yang unik ataupun satu testimoni kebudayaan tradisi kehidupan yang sedang terancam yang berasaskan perlombongan bijih timah. Kriteria ini juga boleh digunakan bagi merujuk kepada aktiviti perlombongan yang biasa dilakukan di Sungai Kinta pada zaman kegemilangannya dulu yang kini sudah tidak lagi kelihatan.
Criteria (iii) :
* be an outstanding example of a type of building, architectural or technological ensemble, or landscape which illustrates (a) significant stage (s) in human history.
Kriteria ini merujuk kepada asset warisan senibina yang mempamerkan gaya, karektor dan elemen yang menarik terutama pada rumah kedai. Kriteria ini juga merujuk kepada perkembangan teknologi yang berubah mengikut timeline dengan pengaruh elemen luar yang disembiosiskan dengan senibina tempatan yang boleh dirujukkan sebagai sejarah peradaban manusia.
GARIS PANDUAN UMUM
Setiap pembangunan baru, kerja-kerja restorasi, konservasi bangunan yang dijalankan dalam kawasan utama (core) dan kawasan penampan (buffer) perlu :
- Memastikan nilai-nilai atau kriteria keunggulan sejagat (outstanding universal values) tidak terganggu.
- Mengambilkira signifikan kebudayaan bangunan atau kawasan tersebut.
- Mematuhi kod bangunan dan garis panduan perundangan berkaitan supaya tidak merosakkan signifikan bangunan tersebut.
- Mematuhi prinsip-prinsip asas konservasi seperti berikut :
- Mengekalkan elemen-elemen keaslian (authenticity) dan integriti yang menjadi identiti
- Tidak meruntuhkan sebahagian atau keseluruhan bangunan kategori 1
- Mengekalkan struktur dalaman yang asal,
- Mengekalkan permukaan (surface) asal bangunan dengan tidak mengecat pada permukaan yang tidak dicat pada sebelumnya.
- Tidak menggantikan mana-mana bahagian pada bangunan dengan bahan binaan yang baru.
- Tidak menukar corak asli (asal) pada mana-mana bahagian.
Mengambil kira impak visual (visual impact) yang mana bangunan /
monumen yang akan dibina perlu :
- Mematuhi syarat ketinggian yang telah ditetapkan bagi satu-satu kawasan.
- Mewujudkan keharmonian bangunan warisan yang berhampiran dari segi imej atau setting sebagai bandar warisan.
- Mengelakkan penonjolan yang keterlaluan (prominent) sehingga boleh menenggelamkan satu-satu bangunan atau monumen yang sediada.
- Mengambilkira pandangan daripada beberapa arah termasuk dari luar buffer zone, ground level atau pejalan kaki dan lain-lain.
PENGECUALIAN PENYEDIAAN HIA
Perkara-perkara berikut adalah dikecualikan daripada menyediakan
Laporan Penilaian Impak Warisan (Heritage Impact Assessment-HIA) :
- Kerja-kerja pemuliharaan kecil-kecilan atau kerja-kerja pembaikan bagi mengembalikan fabrik yang signifikan (yang diketahui sebagai bahan asal) tanpa menggunakan material baru melainkan untuk tujuan pembaikan.
- Kerja-kerja pembaikan yang mana ianya :
- Melibatkan kerja-kerja penggantian kabel, paip, pendawaian dan alat keselamatan kebakaran yang tidak merosakkan atau mengubah fabrik yang signifikan.
- Melibatkan kerja-kerja pembaikan atau gantian kepada yang hilang atau rosak yang menyamai rupabentuk fabrik sediada.
- Kerja-kerja pembaikan kecemasan.
- Kerja-kerja pengecatan yang mana ianya :
- Tidak melibatkan gangguan atau pembuangan lapisan melainkan ianya telah berlaku pengelupasan.
- Melibatkan lapisan pada permukaan yang sesuai bagi tujuan perlindungan.
- Menggunakan skim warna dan jenis cat yang sama seperti warna cat asal.
- Kerja-kerja keselamatan seperti menaikkan pagar keselamatan sementara, scaffolding, sistem pengawasan rapi (surveillance system) bagi menghalang kemasukan tanpa kebenaran yang tidak akan memberi kesan terhadap fabrik yang signifikan.
- Penyelenggaraan berkala.
- Kerja-kerja pembersihan seperti membuang tumbuhan yang menumpang pada struktur atau permukaan bangunan.
- Kawalan trafik dan projek kajian bukan fizikal.
- Pembelian bangunan, monumen atau tapak.
- Pemasangan struktur sementara untuk tempoh tidak lebih 4 minggu dengan syarat ianya tidak dipasang di lokasi yang boleh merosakkan atau membahayakan signifikan satu-satu fabrik termasuk lanskap atau menghalang secara visual penting kepada satu-satu bangunan atau monumen.
- Pemindahan sementara objek boleh alih (tidak melebihi tempoh 3 bulan) bagi tujuan :
- Penyelenggaraan
- Konservasi
- Keselamatan
- Pameran
- lKerja-kerja pengubahsuaian atau pemasangan fabrik baru yang tidak berpotensi menghilangkan signifikan bangunan.
- Kerja-kerja eskavasi yang mana :
- Kajian arkelogi telah disediakan yang disediakanberdasarkan Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Warisan Negara.
- Kerja-kerja eskavasi atau gangguan tanah yang akan memberikan kesan yang kecil kepada relik arkeologi termasuk ujian tanah untuk pengesahan relik tanpa merosakkan atau memindahkannya ke tempat yang lain.
- Kerja-kerja eskavasi atau gangguan tanah bagi tujuanuntuk menyelenggara atau memperbaiki struktur asas
- bangunan tersebut yang tidak akan memberi kesan kepada relik yang lain.
- Kerja-kerja eskavasi atau gangguan tanah bagi tujuan mendedahkan tanda-tanda kajian yang digunakan untuk kerja-kerja survei tanah.
- Perubahan kegunaan bangunan yang mana ianya :
- Tidak melibatkan pengubahsuaian pada fabrik, susun atur atau setting asal.
- Tidak melibatkan penghapusan kegunaan utama bangunan semasa ianya telah didirikan.
- Kerja-kerja penyelenggaraan lanskap yang terdiri seperti :
- Mencabut rumput, menyirami, mengawal serangga dan pembajaan yang bertujuan untuk memanjangkan jangka hayat tanaman tanpa menjejeskan susun atur, kontur, jenis tumbuhan atau lain-lain signifikan bentuk lanskap.
- Memangkas (bagi tujuan mengawal saiz, membaiki rupa bentuk atau membuang penyakit, tumbuhan yang telah mati atau yang membahayakan).
- Membuang atau mencabut pokok yang akan digantikan dengan pokok daripada sepsis yang sama di lokasi yang sama.
- Merawat pokok oleh pakar yang berkelayakan yang diperlukan bagi tujuan penyihatan tumbuhan atau pokok tersebut. (mana-mana pihak yang bercadang untuk melakukan kerja-kerja yang dinyatakan pada semua para di atas perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Jawatan Kuasa Teknikal yang dianggotai oleh Jabatan warisan Negara).
KELAYAKAN INDIVIDU UNTUK PENYEDIAAN LAPORAN PENILAIAN IMPAK WARISAN (HERITAGE IMPACT ASSESSMENT-HIA.
KELAYAKAN INDIVIDU UNTUK PENYEDIAAN LAPORAN PENILAIAN IMPAK WARISAN (HERITAGE IMPACT ASSESSMENT-HIA.
Secara umumnya, kesemua laporan perlu dilakukan oleh pakar-pakar berkaitan dalam warisan kebudayaan yang seterusnya akan dinilai dan diluluskan oleh jawatankuasa penilaian di peringkat negeri yang turut dianggotai oleh wakil jabatan warisan negara dan hanya orang-orang yang berkelayakkan sebagai professional bertauliah. Kelayakan individu bagi penyediaan Laporan Penilaian Impak Warisan (Heritage Impact Assessment-HIA) adalah individu yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dan ke atas dalam mana-mana bidang seperti berikut :
- Seni Bina atau Alam Bina
- Perancang Bandar dan Desa
- Kejuruteraan Bangunan
- Reka Bentuk Lanskap Bandar
- Konservasi Bangunan
PERINCIAN PANDUAN MENGENAI PENYEDIAAN LAPORAN PENILAIAN IMPAK WARISAN (HIA)
Isi kandungan Laporan Penilaian Impak Warisan (Heritage Impact Assessment - HIA) :
- Pengenalan
- Ringkasan sejarah bangunan, kawasan atau tapak serta latar belakang projek yang akan dijalankan.
- Penyataan nilai-nilai keunggulan sejagat yang berkaitan
- Inventori lengkap bangunan, tapak atau monumen yang terlibat.
- Kajian lapangan yang mengandungi :
- Gambar-gambar setiap bangunan atau struktur termasuk bahagian luar dan dalaman juga bangunan atau struktur di sekeliling.
- Architectural appraisal tentang bangunan bersejarah dan struktur yang berkaitan.
- Instrumen perundangan yang berkaitan di bawah lingkungan kawasan projek yang dicadangkan (contohnya : Pelan Pengurusan Pemeliharaan, Rancangan Kawasan Khas (RKK) dan lain-lain.)
- Penerangan Mengenai Projek Yang Dicadangkan (termasuk gambaran model projek yang dicadangkan)
- Penilaian Impak Warisan
- Impak penonjolan (outstanding)
- Impak visual
- Impak alam sekitar
- Impak trafik
- Impak kebudayaan
- Impak latar langit (skyline)
- Impak skap bumbung (roofscape)
- Impak bunyi
- Impak pelancongan
- Impak sebagai Tapak Warisan Dunia
- Hasil kajian dan Cadangan Mitigasi (Mitigation Measures) (merujuk kepada cadangan memperbaiki keadaaan atau mengurangkan potensi kerosakan bagi memelihara rupa bentuk atau karektor warisan. Cadangan mitigasi juga perlu menyertakan Master Layout Plan bersama semua perincian pembaikan dan pelan lanskap).
- Maklumat Sisipan (Appendices)
- Pelan A3 projek yang dicadangkan beserta lokasi.
- Lukisan projek yang dicadangkan.
- Pandangan perspektif sebelum dan selepas pelaksanaan projek.
- Bibliografi.
Format Cetakan laporan
- Laporan Penilaian Impak Warisan (Heritage Impact Assessment –HIA) hendaklah dicetak dalam bentuk :-
- Potrait
- Kertas saiz A4
- Kertas 80 gsm
- Kulit keras berwarna
- Cetakan laporan hendaklah berwarna bagi gambargambar, peta dan lain-lain yang berkaitan.
- Untuk tulang buku hendaklah ditulis tajuk laporan font ARIAL 20 UPPERCASE, tuliskan juga bulan dan tahun laporan disiapkan.
Sebagai contoh : LAPORAN PENILAIAN IMPAK WARISAN (HERITAGE IMPACT ASSESSMENT-HIA) Masjid Panglima, September 2013
Menyediakan satu poket fail di akhir laporan untuk dimasukkan satu cakera padat iaitu : Softcopy Laporan Penilaian Impak Warisan (Heritage Impact Assessment –HIA)