GARIS PANDUAN INFILL, RE-PLACEMENT DAN RE-INSTATE
- Details
- Category: Garispanduan Warisan
- Hits: 2462
Garis Panduan Infill, Re-placement dan Re-instate adalah termasuk di dalam Bangunan Warisan Kategori 2 yang merujuk pada bangunan yang terletak dalam zon core dan tanah kosong atau lot yang mempunyai potensi untuk dimajukan. Kategori ini juga mengenalpasti bangunan yang telah dibangunkan atau yang dipinda melebihi had ketinggian yang sesuai dan tidak harmoni dengan deretan rumah kedai Kategori 2. Kategori ini adalah sangat penting bagi memastikan pembangunan boleh dilakukan secara berterusan dengan mengambil inisiatif yang positif bagi memelihara zon core.
Bangunan yang tiada nilai warisan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu:
- Pembangunan Infill dan Re-placement
- Pembangunan Infill - Tanah kosong atau lot kosong sediada atau bangunan bersifat sementara yang membolehkan pembangunan dilakukan
- Penggantian (Re-placement) - Bangunan sediada yang tiada nilai warisan atau nilai yang signifikan dimana pembangunan semula boleh dilakukan.
- Re-instatement - Membina semula fasad hadapan yang telah dipinda kepada rupa fasad awal yang disemak berdasarkan rupa fasad bangunan bersebelahan / berhampiran.
Ketinggian Bangunan
Lokasi : Dalam Core Zone
Kaedah : B ~ Pembangunan Baru Secara Infill dan Replacement Di Atas Lot Kosong Yang Dicadangkan di Persekitaran Warisan Rumah Kedai Kategori 2
GARIS |
KEDUDUKAN TANAH KOSONG DI DALAM DERETAN BANGUNAN (TINGKAT) |
PERSEKITARAN STREETSCAPE |
LEBAR BUKAAN BAHAGIAN HADAPAN |
PRASYARAT KETINGGIAN BANGUNAN BERSEBELAHAN DI BARISAN BELAKANG |
KETINGGIAN DIBENAR | |
BAHAGIAN HADAPAN |
DI BAHAGIAN BELAKANG |
|||||
B1 | Deretan Bangunan 2 Tingkat | Persekitaran warisan yang telah mempunyai bangunan melebihi 3 tingkat. | Lebih 12m (2 unit lot dan ke atas) | Melebihi 3 tingkat | Merujuk kepada profil bangunan kedai bersebelahan. | Maksima 5 tingkat |
B2 | Deretan bangunan 2 Tingkat | Terletak di dalam persekitaran warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kebudayaan |
Kurang 12m dan Lebih12m | Melebihi 3 tingkat | Merujuk kepada profil bangunan kedai bersebelahan | Maksima 3 tingkat. |
B3 | Pelbagai ketinggian dan gaya/era berbeza | Kawasan warisan | Tidak berkenaan | Melebihi 5 tingkat | Mengekalkan profil bangunan rumah kedai dengan bumbung curam. Tertakluk kepada HIA |
Kaedah B1
KAEDAH B1 UNTUK PEMBANGUNAN BARU SECARA INFILL ATAU REPLACEMENT.
Pembangunan Kaedah B1 adalah SATU kaedah yang boleh digunapakai pada pembangunan infill yang dicadangkan dalam barisan bangunan warisan 3 tingkat yang masih mengekalkan fasad bangunan sediada TETAPI persekitaran warisan yang telah mempunyai bangunan melebihi 3 tingkat. Kaedah B1 boleh diaplikasi kepada tanah lapang atau lot kosong. Kaedah B1 pembinaan baru dalam kawasan warisan. Kaedah B1 menekankan kepada mengekalkan profil rumah kedai dengan bumbung curam.
- Digunapakai untuk bangunan bersebelahan bangunan warisan atau persekitaran warisan yang melebihi 3 tingkat dan yang mempunyai mempunyai SAIZ LOT >12M. (2 unit lot dan ke atas).
- Telah terdapat pembangunan yang melebihi 3 tingkat pada deretan atau barisan belakang.
- Bahagian hadapan hendaklah dibina dengan merujuk kepada profil bangunan warisan bersebelahan dengan ritma /horizontal dan vertical bands
- Bahagian belakang boleh dibenarkan sehingga LIMA tingkat sahaja.
- Kemasan bumbung terracota, tingkap, kemasan lantai dan lain-lain hendaklah sesuai dengan bangunan warisan yang berhampiran.
- Jurutera bertauliah hendaklah mengesahkan kaedah dan method pembinaan dan meroboh tidak akan mengganggu bangunan warisan bersebelahan. Laporan HIA hendaklah dikemukakan oleh arkitek yang mengemukakan pelan.
- Laluan pejalan kaki (five footway) hendaklah disediakan dan selaras dengan laluan kakilima bangunan warisan dalam barisan lot.
- Mematuhi Garis panduan Perletakan Papan Tanda.
- Mematuhi Garis panduan Infill & Replacement
- Unit luar kompressor pendingin hawa tidak boleh diletakkan dibahagian fasad hadapan.
- Menggunakan skima warna yang sesuai dalam persekitaran warisan.
Kaedah B2
KAEDAH B2 UNTUK PEMBANGUNAN INFILL & REPLACEMENT
Pembangunan Kaedah B2 adalah kaedah yang boleh digunapakai pada pembangunan infill yang dicadangkan dalam barisan bangunan warisan 2 tingkat yang masih mengekalkan fasad bangunan sediada dan persekitaran warisan yang yang mempunyai nilai sejarah & kebudayaan.
Kaedah B2 boleh diaplikasi kepada tanah lapang atau lot kosong atau bangunan yang tidak mempunyai nilai warisan berdasarkan kajian inventori bangunan yang dilakukan.
Kaedah B2 adalah pembangunan infill pembinaan baru dalam kawasan warisan. Kaedah B2 menekankan kepada mengekalkan profil rumah kedai dengan bumbung curam dan profil bangunan rumah kedai.
- Digunapakai untuk bangunan bersebelahan bangunan warisan atau persekitaran warisan 2 tingkat dan yang mempunyai mempunyai SAIZ LOT <12M. (rajah 9) & SAIZ LOT >12m.
- Telah terdapat pembangunan yang melebihi 3 tingkat pada deretan bangunan belakang.
- Bahagian hadapan hendaklah dibina dengan merujuk kepada profil bangunan warisan bersebelahan dengan ritma /horizontal dan vertical bands.
- Bahagian belakang boleh dibenarkan sehingga TIGA tingkat sahaja.
- Kemasan bumbung terracota, tingkap, kemasan lantai dan lain-lain hendaklah sesuai dengan bangunan warisan yang berhampiran.
- Jurutera bertauliah hendaklah mengesahkan kaedah dan method pembinaan dan meroboh tidak akan mengganggu bangunan warisan bersebelahan. Laporan HIA hendaklah dikemukakan oleh arkitek yang mengemukakan pelan.
- Laluan pejalankaki (five footway) hendaklah disediakan dan selaras dengan laluan kakilima bangunan warisan dalam deretan lot.
- Mematuhi Garis panduan Perletakan Papan Tanda.
- Mematuhi Garis panduan Infill & Replacement.
Kaedah B3
KAEDAH B3 UNTUK PEMBANGUNAN INFILL & REPLACEMENT
Pembangunan Kaedah B3 adalah kaedah yang boleh digunapakai pada pembangunan infill yang dicadangkan dalam zone warisan yang telah mempunyai bangunan sediada dalam pelbagai ketinggian dan gaya/era yang berbeza. Kaedah B3 adalah pembangunan infill pembinaan baru dalam kawasan warisan. Kaedah B3 menekankan kepada mengekalkan profil rumah kedai dengan bumbung curam dan profil bangunan rumah kedai untuk mengekalkan kepentingan OUV kawasan warisan dan memastikan pembangunan baru seterusnya dilakukan dengan sensitif.
- Telah terdapat pembangunan yang melebihi 5 tingkat pada deretan bangunan
- Kemasan bumbung terrakota, tingkap, kemasan lantai dan lain-lain hendaklah sesuai dengan bangunan warisan dalam kawasan warisan dan persekitaran yang berhampiran atau bangunan warisan bersebelahan.
- Jurutera bertauliah hendaklah mengesahkan kaedah dan method pembinaan dan meroboh tidak akan mengganggu bangunan warisan bersebelahan dan berhampiran. Laporan HIA hendaklah dikemukakan oleh arkitek yang mengemukakan pelan.
- Laluan pejalankaki (five footway) hendaklah disediakan dan selaras dengan laluan kakilima bangunan warisan dalam barisan lot.
- Mematuhi Garis panduan Perletakan Papan Tanda.
- Mematuhi Garis panduan Infill & Replacement.
RE-INSTATE
Kaedah C digunapakai kepada bangunan warisan kategori 2 yang telah menjalankan kerja-kerja pindaan pada fasad sahaja dan masih mengekalkan struktur asal dan profil asal bangunan tanpa mematuhi garis panduan . Kerja-kerja berkenaan adalah seperti menukar rupa rekabentuk tinggkap, membuang elemen-elemen senibina yang melambangkan gaya senibina dan era bangunan, menukar fasad pada kemasan lain seperti dinding kaca, menutup tingkap sediada dengan papan, konkrit, papantanda dan lain-lain. Kaedah ini adalah perlu digunapakai dengan mengadakan semakan kepada bangunan warisan bersebelahan kerana rumah kedai selalunya dibina dalam deretan.
- Digunapakai untuk memperbaiki fasad hadapan, baikpulih, dan menaiktaraf fasad supaya dapat mengembalikan rupa asal bangunan
- Semua perincian dan kemasan dan warna hendaklah sama dengan asal.
- Jurutera bertauliah hendaklah mengesahkan kaedah dan method pembinaan dan meroboh tidak akan mengganggu struktur asal bangunan warisan sediada dan bersebelahan dan berhampiran.
- Laporan HIA hendaklah dikemukakan oleh arkitek yang mengemukakan pelan,
- Mematuhi Garis panduan Perletakan Papan Tanda.
- Mematuhi Garis panduan Kategori 2 Dan Kaedah Aplikasi.