Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

Sekolah Convent

  • sm_convent
  • sm_convents_1907

Sekolah ini ditubuhkan dengan rasminya pada 7 januari 1907 dan pengasasnya ialah Sister St. Prudence., Pada awalnya sekolah ini dijadikan sebagai rumah anak-anak yatim. Pada ketika itu, sekolah ini dikenali dengan nama Convent Of Holly Infant Jesus. Orang yang terlibat dalam perlaksanaan sekolah ini adalah sekumpulan paderi-paderi perempuan.

Pada tahun 1927 dan 1929, 2 buah bangunan tambahan didirikan lagi bagi bilik-bilik darjah. Dalam pemerintahan Jepun, bangunan ini pernah digunakan sebagai pusat latihan dan Gakko. Apabila British kembali memerintah, ia menjalankan sistem pendidikan semula dan mengadakan sesi pengajian pagi dan petang.