Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

Sekolah St.Michael Ipoh

  • Sek_St_Michael_kini
  • Sekolah_St_Michael

Sekolah St. Michael merupakan salah sebuah sekolah yang tertua di negeri Perak. Bangunan ini telah didirikan pada tahun 1912. Sekolah St. Michael diasaskan oleh 2 orang mubaligh Kristian iaitu 'Father J.B. Coppin dan 'Father Visitor James Byrne'. Pada 1912, 'Father Byrne' mendapat tapak sekolah ini dengan harga $6000 pada waktu itu dan pada Disember tahun itu juga, sekolah ini dimulakan dengan 37 orang murid lelaki di dalam sebuah bangunan rumah Melayu separuh batu dan separuh kayu. Tapak sekolah ini adalah sebahagian rumah perkampungan Melayu lama yang dikenali sebagai Kampung Pisang. Guru besar pertama sekolah ini ialah P.J. Mor Singh. Pada 16 ogos 1920, Mr. P.J. Mor Singh telah meletakkan jawatannya dan ia ambil alih oleh 2 orang mubaligh Kristian, iaitu Brother Paul dan Vernier-Auguste.

Arkitek sebenar yang merekabentuk Sekolah St Michael ini adalah 'Father Vernier-Auguste' yang juga merekabentuk 'Chapel of St. Francis Institution' di Melaka dan 'St. John Institution' di Kuala Lumpur. Arkitek yang melakukan 'submitting' kepada 'Kinta Sanitary Board' pada watu itu adalah 'Stark and McNeil'. Pada masa itu 'Kinta Sanitary Board' lambat memberikan kelulusan dan kontraktor yang menguruskan cadangan bangunan ini telah pula meninggal dunia, maka diwaktu itu pelan rekabentuk bangunan sekolah ini juga telah dibuat perubahan beberapa kali.

"The surviving drawings show that there were three successsive stages in the designing of the building. The first version was an exercise in the colonial Baroque style which had the stamp of Catolicism upon it but was devoid of inspiration. The second was more pretentious and might be termed Scottish Baronial. The design which was finally built was strongly ecclesiastical in feeling, in the Gothic vernacular, simple in its detailing.." - Kinta Valley.

Semasa Pendudukan Jepun

Pada 17 disember, tentera British telah berundur diwaktu penaklukan Jepun dan sekolah ini telah dijadikan sebagai markas tentera Jepun dan bilik-bilik rawatan pesakit. Bangunan ini juga pernah dijadikan sebagai ibu pejabat pentadbir Negeri Perak dari tahun 1942 hingga 1945. Pada 23 disember 1941 kapal terbang Jepun pernah menembak bangunan tersebut dan telah menyebabkan kerosakan yang teruk seterusnya memaksa semua Paderi lari dari sekolah ini.