Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

Sekolah Anglo Chinese

  • angloc-jalan lahat 1914
  • angloc1

Sekolah Anglo Chinese dibina pada tahun 1895. Pada awalnya ia merupakan sebuah gereja bagi orang-orang Kristian. Kemudian pembinaan bangunan ini mula berkembang dari satu bangunan kayu kecil sehingga menjadi sebuah bangunan konkrit 2 tingkat yang besar. Antara tokoh-tokoh yang berjasa dan terlibat dalam perkembangan sejarah bangunan ini ialah Revered W.E. Horley, Revered C. Proebstel, Percy B. BELL DAN Dr. Ho Seng Ong.

Revered W.E. Horley merupakan pengetua yang pertama yang bertugas selama 30 tahun, iaitu bermula 1895 hingga 1925. Beliau bertanggungjawab terhadap pembukaan Sekolah Anglo Chinese. Di samping itu, beliau telah mendirikan asrama pertama sekolah ini pada tahun 1901 untuk memperingati hari ulangtahun ke-30 sekolah ini. Beliau membelanjakan sebanyak rm 115,000.00 untuk kepentingan sekolah ini. Perkembangan seterusnya dinamakan era kesuling yang bermula pada tahun 1948 hingga 1974, yang memakan masa selama 34 tahun dan membelanjakan sejumlah rm 161, 000.00.

 

Data Asas Bangunan

Alamat bangunan

Jalan Lahat, Ipoh.

Pemilik

Kerajaan

Tahun dibina

1895

Ketinggian

2 tingkat

Kategori

Bangunan sesebuah

senibina

Senibina Dutch

Kegunaan asal

Sekolah gereja (Kristian)

Kegunaan semasa

Sekolah