Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

PENGUATKUASAAN PERANCANGAN BANDAR

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) memperuntukkan kuasa bagi pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) bertindak sebagai penguatkuasa. Sebagai penguatkuasa, PBPT boleh mendakwa mana-mana pihak yang melakukan kesalahan di bawah akta ini. Semua kerja yang melibatkan pembangunan, perlu terlebih dahulu mendapatkan kebenaran merancang dari PBPT.

Dalam erti kata yang lain, semua perkara perlu dirujuk kepada PBPT terlebih dahulu Bagaimanapun terdapat perkara-perkara yang tidak memerlukan kebenaran merancang dan perkara tersebut adalah terkecuali dari penguatkuasaan ini.

 

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA (RFN)

Rancangan Fizikal Negara merupakan rancangan reruang negara yang memberi panduan strategik mengenai arah dan corak pembangunan kegunaan dan pemeliharaan tanah (15-20 tahun ). Subseksyen 6B(2), Akta 172 memperuntukkan draf rancangan fizikal negara hendaklah :-

  1. Merupakan sesuatu pernyataan bertulis yang merumuskan dasar strategik bagi maksud menentukan haluan dan arah aliran am pemajuan fizikal bagi negara ;
  2. Disertakan dengan apa-apa rancangan petunjuk sebagaimana yang perlu untuk menjelaskan dasar strategik; dan
  3. Mengandungi perkara lain sebagaimana yang ditetapkan atau yang ditentukan oleh Majlis dalam mana-mana hal yang tertentu.


FUNGSI RFN

  1. Mengukuhkan perancangan negara melalui dimensi reruang dalam polisi ekonomi negara;
  2. Menyelaras agensi sektoral melalui penyediaan peruntukan reruang dalam polisi sektoral;
  3. Mambentuk rangka kerja untuk perancangan di peringkat negeri dan tempatan; dan
  4. Membentuk polisi perancangan fizikal.

APAKAH RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK)?

Disediakan di bawah peruntukan seksyen 16b, Akta 172

Pengarah Negeri atau PBPT boleh menyampaikan kepada JPN berkenaan dengan cadangan menyediakan Rancangan Kawasan Khas.

Merupakan suatu kawasan khas yang ditetapkan sebagai kawasan bagi :

Pengolahan khas dan terperinci dengan cara pemajuan;

Pemajuan semula;

Pengelokan;

Pemuliharaan atau amalan pengurusan sebahagiannya dengan satu kaedah dan sebahagian lagi dengan kaedah yang lain bagi seluruh atau sebahagian kawasan khas itu; dan

Jenis pengolahan yang dicadangkan

Subseksyen 16B(2), Akta 172 memperuntukkan JPN hendaklah menentukan sama ada Pengarah Negeri atau PBPT yang bertanggungjawab menyediakan suatu rancangan bagi kawsan khas itu.

Subseksyen 16B(3), Akta 172 memperuntukkan Rancangan Kawasan Khas.

disediakan dengan cara yang sama sebagaimana Rancangan Tempatan itu disediakan.

Rancangan Kawasan Khas perlu dimasukkan panduan pelaksanaan dan pengurusan yang terperinci.

Rancangan Kawasan Khas hendaklah mempunyai kuat kuasa seperti suatu Rancangan Tempatan.

Tempoh masa penyediaan Rancangan Kawasan Khas tidak melebihi enam (6) bulan utnuk pembangunan segera, pembangunan semula atau kawasan pengurusan sesuatu kawasan.

 

 

FUNGSI RANCANGAN KAWASAN KHAS

 

 

Sebagai panduan terperinci dalam kawalan dan perancangan bagi kawasan yang telah dikhaskan; dan

Sebagai alat pemangunan yang teratur dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

APAKAH RANCANGAN STRUKTUR (RS)?

 

Rancangan Struktur diperuntukkan di bawah seksen 7 hingga 11B Bahagian III, Akta 172. Draf rancangan struktur bagi Negeri itu adalah suatu pernyataan bertulis yang merumuskan dasar dan cadangan am pihak Berkuasa Negeri (PBN) itu berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah di dalam Negeri itu, termasuklah langkah untuk ;

 

Memperelok persekitaran hidup dari segi fizikal;

Memperelok perhubungan, menguruskan lalu lintas;

Memperelok kesejahteraan sosioekonomi dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi; dan

Untuk memudahkan pemajuan yang mampan.

Mengatakan pertalian cadangan itu dengan cadangan am bagi pemajuan dan penggunaan tanah dalam kawasan berjiran yang mungkin dijangka menyentuh kawasan itu; dan

Mengandungi perkara lain sebagaimana yang ditetapkan atau yang ditentukan oleh Majlis atau Jawatankuasa dalam mana- mana hal

Mengandungi atau disertakan dengan gambar rajah, gambaran dan bahan perihalan yang difikirkan sesuai oleh Pengarah Negeri untuk maksud menjelaskan atau menerangkan cadangan dalam rancangan itu, atau yang ditetapkan, atau dalam mana-mana hal tertentu ditentukan dalam arahan yang diberikan oleh Majlis atau Jawatankuasa; dan gambar rajah, gambaran, dan bahan perihalan itu hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada rancangan itu.

 

 

FUNGSI RANCANGAN STRUKTUR

Mentafsirkan dasar negara dan wilayah;

Menentukan matlamat, polisi dan cadangan umum;

Menyediakan rangka kerja untuk penyediaan Rancangan Tempatan;

Menyediakan garis panduan untuk kawalan pembangunan;

Menyediakan asas panduan dan menggalakkan pembangunan; dan

Membentangkan isu-isu dan keputusan-keputusan

APAKAH RANCANGAN TEMPATAN (RT)?

Disediakan bawah peruntukan seksyen 12 hingga 16A, Akta 172

  1. Mengandungi peta-peta dan pernyataan bertulis yang disokong oleh garis panduan pelaksanaan,
  2. Menerangkan dengan lebih terperinci segala cadangan-cadangan PBPT untuk pemajuan dan penggunaan tanah
  3. Menterjemahkan dan memperincikan dasar-dasar strategik Rancangan Struktur
  4. Subseksyen 12(3), Akta 172 mentafsirkan bahawa sesuatu draf Rancangan Tempatan hendaklah mengandungi suatu peta dan suatu pernyataan bertulis.
  5. Perenggan 12(3)(a), Akta 172 mengadakan rumusan dan perincian yang difikirkan sesuai oleh PBPT mengenai cadangannya bagi memajukan, menggunakan tanah dalam;
  • Melindungi dan memperelok alam sekitar dari segi fizikal;
  • Memelihara topografi semulajadi;
  • Memperelok landskap;
  • Memelihara dan menanam pokok dalam;
  • Mengadakan tanah lapang dalam;
  • Memelihara dan mengindahkan ciri dan rupa bangunan dalam;
  • Memperbaiki sistem komunikasi dalam; dan
  • Mengendalikan lalu lintas dalam kawasan Rancangan Tempatan

Merupakan satu dokumen rasmi yang mentafsirkan dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum yang terkandung di dalam Rancangan Struktur kepada bentuk fizikal yang legih terperinci dan praktikal.

 

FUNGSI RANCANGAN TEMPATAN

  1. Menterjemahkan strategi-strategi Rancangan Struktur yang mengandungi polisi dan cadangan am PBPT berkenaan dengan kuasa tempatan;
  2. Menyediakan garis panduan bagi kawalan pembangunan.
  3. Dasar-dasar dan cadangan dalam Rancangan Tempatan akan digunakan sebagai asas untuk menyelaraskan keputusan-keputusan,aturcara pembangunan, perbelanjaan awam dan persendirian terhadap kawasan yang diliputi oleh Rancangan Tempatan; dan
  4. Mengemukakan isu-isu dan cadangan yang terperinci kepada orang awam,

Pelan-pelan tempatan akan menjadi garis panduan bagi urusan mengatur dan mengawal pembangunan di kawasan yang diliputi oleh pelan-pelan tersebut;


KENAPA RANCANGAN TEMPATAN DIPERLUKAN ?

  1. Melaksanakan strategi Rancangan Struktur dengan lebih terperinci.
  2. Menerangkan dengan lebih jelas dasar kawalan perancangan bandar.
  3. Mampu menerangkan kepada pihak awam tentang isu-isu perancangan yang terperinci.
  4. Membolehkan pemilik, pemaju dan pihak lain mengetahui bagaimana tanah-tanah mereka terlibat dengan perancangan semasa dan akan datang.

Artikel Berkaitan