- Seksyen 26, Akta 172 memperuntukkan kesalahan seseorang sama ada atas kehendaknya sendiri atau tidak apabila menjalankan aktiviti pemajuan tanpa kebenaran merancang.

- Denda sebanyak RM 500,000.00 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya akan dikenakan jika didapati bersalah.Denda tambahan sehingga RM 5,000.00 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu;
- Sekiranya orang yang melakukan kesalahan itu tidak dapat dikesan, subseksyen 26(2), Akta 172 memperuntukkan pemunya tanah itu adalah bertanggungjawab kerana telah membenarkan sesuatu perbuatan yang menjadi suatu kesalahan tiu dilakukan; melainkan kalau pemunya tanah dapat membuktikan sebaliknya