Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

KESALAHAN BERHUBUNG DENGAN PEMAJUAN YANG TELAH SIAP ATAU SEDANG DIUSAHAKAN TANPA KM

  1. Seksyen 27, Akta 172 memperuntukkan kesalahan berhubung dengan sesuatu pemajuan yang sedang atau siap diusaha atau dijalankan tanpa kebenaran merancang iaitu melanggar seksyen 19, Akta 172;
  2. PBPT boleh mengeluarkan notis untuk menghentikan aktiviti pemajuan tanpa kebenaran merancang tersebut atau mengarahkan supaya tanah tersebut dikembalikan kepada keadan asal jika aktiviti pemajuan itu masih berjalan; Read More
  3. Notis untuk memberhentikan aktiviti pemajuan tersebut dikeluarkan apabila PBPT berpendapat kebenaran merancang tidak akan diberi jika permohonan kebenaran merancang itu akan menghasilkan bentuk pemajuan dlam keadaan yang sedang atau telah dimajukan itu;
  4. Sekiranya PBPT masih tidak berpuas hati sebagaimana yang dikehendaki dalam notis itu, satu lagi notis menyatakan pelanggaran seksyen 19, Akta 172 boleh dikeluarkan dan seterusnya menghendaki daripada orang itu supaya suatu permohonan untuk kebenaran merancang berkenaan dengan aktiviti pemajuan tu disampaikan kepada PBPT itu;
  5. Pengeluaran notis ini tidak boleh dianggap bahawa kebenaran merancang akan diberi. Jika permohonan kebenaran merancang dikemukakan, proses seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 21 dan 22, Akta 172 akan dijadikan panduan;
  6. Keengkaran mematuhi arahan notis ini akan dikenakan denda sehingga RM 100,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya akan dikenakan dan denda tambahan sehingga RM 5,000.00 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu;
  7. Seterusnya jika tiada permohonan diterima oleh PBPT dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu maka satu notis lagi boleh dikeluarkan kepada orang yang menjalankan aktiviti pemajuan itu dan menghendaki supaya tanah berkenaan dipulihkan kepada keadaan yang dinyatakan dalam notis itu;
  8. Notis yang sama boleh dikeluarkan jika PBPT menolak permohonan untuk kebenaran merancang yang dibuat di atas; dan
  9. Akhirnya, mana-mana orang yang tidak mematuhi notis yang dikeluarkan ini adalah melakukan suatu kesalahan dan jika disbitkan boleh dikenakan denda sehingga RM 100,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya akan dikenakan dan denda tambahan sehingga RM 5,000.00 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu

Artikel Berkaitan