Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

TANPA MENURUT KEBENARAN MERANCANG YANG DIBERI ATAU SYARAT-SYARATNYA

  1. Seksyen 28, Akta 172 memperuntukkan sesuatu pemajuan yang sedang atau telah siap diusaha atau dijalankan tanpa menurut kebenaran merancang yang telah diberikan atau syarat-syarat kebenaran merancang itu dianggap telah melanggar seksyen 20, Akta 172; Read More
  2. PBPT boleh mengeluarkan notis untuk menghentikan aktiviti pemajuan itu yang tanpa menurut kebenaran merancang yang telah diberikan termasuk syarat-syarat kebenaran merancang itu atau mengarahkan tanah tersebut dikembalikan kepada keadaan asal jika aktiviti pemajuan itu masih berjalan;
  3. Notis untuk memberhentikan aktiviti pemajuan tersebut dikeluarkan apaila PBPT berpendapat kebenaran merancang tidak akan diberi jika permohonan kebenaran merancang itu akan menghasilkan bentuk pembangunan dalam keadaan yang sedang atau telah dibangunkan itu;
  4. Sekiranya PBPT masih tidak berpuashati sebagaimana yang dikehendaki dalam notis itu, satu lagi notis menyatakan pelanggaran seksyen 20, Akta 172 boleh dikeluarkan dan seterusnya menghendaki daripada orang itu supaya suatu permohonan untuk kebenaran merancang berkenaan denga aktiviti pemajuan itu disampaikan kepada PBPT itu;
  5. Pengeluaran notis ini tidak boleh dianggap bahawa kebenaran merancang akan diberi. Jika permohonan kebenaran merancang dikemukakan, proses seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 21 dan 22, Akta 172 akan dijadikan panduan;
  6. Keengkaran mematuhi arahan notis ini akan dikenakan denda sebanyak RM 100,000.00 atau penjara tidak melebihi enam (6) bulan dan denda tambahan sehingga RM 5,000.00 bagi setiap hari kesalahn itu berterusan selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu;
  7. sekiranya PBPT masih tidak menerima permohonan kebenaran merancang dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, satu lagi notis boleh dikeluarkan kepada orang yang menjalankan aktiviti pemajuan itu supaya mematuhi dan menepati kebenaran merancang yang telah diberikan sebelum ini dan syarat-syaratnya. Jika ini tidak tercapai maka tanah berkenaan hendaklah dipulihkan semula kepada keadaan sebelum pembangunan itu dijalankan; dan
  8. Jika orang yang menjalankan aktiviti pembangunan itu masih enggan untuk mematuhi notis di atas dalam tempoh yang dinyatakan maka dia telah melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh dikenakan denda segingga RM 100,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-keduanya akan dikenakan dan denda tambahan sehingga RM 5,000.00 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu.

Artikel Berkaitan