APAKAH RANCANGAN PEMAJUAN?
- Details
- Category: Maksud
- Hits: 6731
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) memperuntukkan bahawa pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) perlu menyediakan rancangan tempatan manakala rancangan struktur disediakan oleh Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri.
Subseksyen 2 (1) Akta 172 memperuntukkan “rancangan pemajuan“, berhubung dengan sesuatu kawasan, ertinya :-
Rancangan tempatan bagi kawasan itu; atau
Jika tiada rancangan tempatan bagi kawasan itu, rancangan struktur bagi kawasan itu, dan
Berhubung dengan mana-mana tanah atau bangunan, ertinya
Rancangan pemajuan, sebagaimana yang ditakrifkan sedemikian, bagi kawasan di mana tanah atau bangunan itu terletak.
Mengandungi dasar dan cadangan bagi memenuhi keperluan sosial dan ekonomi penduduk melalui pembentukan struktur fizikal yang teratur serta alam sekitar yang selesa.