Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

Pengurusan Kualiti Alam Sekitar

STRATEGI :    PENGURUSAN KUALITI ALAM SEKITAR BERDASARKAN KONSEP 'PENCEGAHAN PENCEMARAN' DAN PERANCANGAN ALAM SEKITAR' BERPADU.

  1. Pengurusan Kualiti Air Bagi Meningkatkan Kualiti Sungai Kinta, Sungai Pari dan Sungai Pinji. Semua pembangunan perindustrian dan pelepasan efluen di kawasan ini adalah tertakluk kepada Piawai A di bawah peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kumbahan dan Efluen) Perindustrian), 1979. Semua kawasan perindustrian digalakkan mencapai tahap pelepasan sifar air kumbahan sebelum tahun 2020 melalui proses pengitaran semula air sisa.
  2. Pengurusan Kualiti Udara Melalui Penyediaan Zon Penampan yang Mencukupi. Zon penampan sekurang-kurangnya 250m perlu disediakan di antara perindustrian dan kawasan perumahan baru serta menjalankan pemantauan di kawasan perindustrian tersebut.
  3. Pengawalan Pencemaran Bunyi Bising Melalui Kajian Pemodelan Bunyi. Semua kawasan perumahan baru dicadangkan menyediakan zon penampan sekurang-kurangnya 50m daripada jalan-jalan utama serta zon penampan 30m daripada kawasan komersial. Kajian pemodelan bunyi dicadangkan untuk kawasan pembangunan baru di kawasan lapangan terbang, jalan raya atau landasan keretapi baru dalam lingkungan 250m kawasan sensitif bunyi seperti kawasan perumahan, hospital dan sekolah.
  • Perancangan_Alam_Sekitar
  • alamsekitar-legend

Artikel Berkaitan