Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

Pengurusan Kawasan Sensitif Alam Sekitar

STRATEGI :     PENGURUSAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) DAN PELAKSANAAN KAWALAN PEMBANGUNAN UNTUK MEMELIHARA SUMBER SEMULAJADI DAN MELINDUNGI DARI RISIKO BENCANA

  1. Pengekalan dan Pemuliharaan KSAS Hutan Simpan. Hutan Simpan Kekal Bukit Kinta dan Hutan Simpan Kekal Kledang Saiong dicadangkan untuk dipelihara sebagai KSAS Tahap II.
  2. Pengekalan dan Pemuliharaan KSAS Tanah Tinggi dan Cerun Curam. Ketinggian melebihi 1000m dan cerun curam melebihi 35 darjah dicadangkan untuk dipelihara sebagai KSAS Tahap I.
  3. Pengekalan dan Pemuliharaan KSAS Badan Air. Terdiri daripada Empangan Kinta dan Kawasan Tadahan Takat Pengambilan Air (Sungai Kinta, Sungai Senoi, Sungai Tapah dan Sungai Kinding) dipelihara sebagai KSAS Tahap I.
  4. Pemeliharaan dan Pemuliharaan Ekologi Bukit Batu Kapur. KSAS bukit batu kapur dicadangkan untuk dipulihara sebagai KSAS Tahap II. Dicadangkan tiada pembangunan baru dibenarkan dalam lingkungan 150m dari kawasan bukit kecuali aktiviti eko-pelancongan, penyelidikan dan pendidikan.
  • Kawasan_Sensitif_Alam_Sekitar
  • Keluasan_KSAS

Taksiran KSAS
Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) merupakan satu kawasan yang perlu diberi perhatian khusus atau pertimbangan sewajarnya sebelum sesuatu pembangunan dibenarkan dalam kawasan berkenaan atau kawasan berdekatan, di mana pembangunan yang tidak sesuai akan menjejaskan nilai sokongan hidup, kepelbagaian biologi atau menimbulkan potensi risiko bencana.

Artikel Berkaitan