Cadangan Hierarki Pusat Perniagaan Dan Perkhidmatan
- Details
- Category: Teras2
- Hits: 1301
TERAS 2: PEMBANGUNAN EKONOMI BERSEPADU
STRATEGI : Mengukuhkan Pembangunan Perniagaan Dan Perkhidmatan Di Kawasan Pusat Bandar Mengikut Hierarki Dan Fungsi Yang Ditetapkan.
1. Cadangan Hierarki Pusat Perniagaan Dan Perkhidmatan
- Corak pembangunan dicadangkan tertumpu di koridor perbandaran sedia ada yang melibatkan pengukuhan aktiviti perniagaan dan perkhidmatan di rangkaian pusat petempatan.
- Program pembangunan semula kawasan perniagaan usang khususnya di Pusat Bandaraya Ipoh, Chemor, Tambun, Lahat dan Tanjung Rambutan.
- Penyediaan ruang lantai perniagaan baru tertumpu di Tanjung Rambutan, Bercham dan Tasek memandangkan penawaran daripada ruang lantai perniagaan komited dan ruang lantai kosong/tidak diduduki adalah mencukupi bagi menampung pertambahan penduduk sehingga tahun 2020.