Menggalakkan Kemasukan Pelaburan
- Details
- Category: Teras2
- Hits: 895
STRATEGI Menggalakkan Kemasukan Pelaburan Di Dalam Sektor Perindustrian Bagi Mengukuh Dan Menjana Pertumbuhan Ekonomi Setempat.
1. Pembangunan Kluster Perindustrian Yang Berdaya Saing
- Seluas 780.56 hektar telah dizonkan sebagai kawasan perindustrian baru.
- Kawasan-kawasan industri mengikut kategori dan kluster akan dapat memudahkan pelabur untuk mengenalpasti potensi dan pilihan kawasan perindustrian mengikut pengkhususan aktiviti dan menjadikan kawasan perindustrian lebih berdaya maju.
KLUSTER PERINDUSTRIAN
Kluster Industri Elektronik - di kawasan Perdagangan Bebas Kinta dan Kawasan Perindustrian Klebang.
Kluster Industri Hi-Tech - dicadangkan di kawasan pembangunan komited Perak Hi-Tech.
Kluster Industri Automatif - di kawasan Perindustrian IGB dan kawasan pembesaran yang dicadangkan merangkumi aktiviti penjualan kenderaan dan aktiviti servis dan bengkel kenderaan.
Kluster Industri Seramik - dicadangkan di kawasan Perindustrian Seramik.
Kluster Industri Makanan - dicadangkan di kawasan Perindustrian Pengkalan sedia ada.
Kluster Industri Kejuruteraan dan Kimpalan - dicadangkan di kawasan perindustrian sedia ada di Falim dan Menglembu.
Kluster Industri Perkayuan dan Perabot - dicadangkan di kawasan Perindustrian Kanthan.