Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

Institusi Dan Kemudahan Masyarakat

STRATEGI : Menyediakan Institusi Dan Kemudahan Masyarakat Yang Mencukupi, Berkualiti Yang Diintegrasi Dengan Pembangunan Perumahan

 

1.   Menyediakan Kemudahan Pendidikan Peringkat Rendah dan Menengah Yang Mencukupi.

  • Sebanyak 10 buah sekolah bersepadu dicadangkan di kawasan tepu bina dan kawasan pembangunan baru bagi menangani masalah kedapatan tanah yang terhad.
  • 4 buah sekolah menengah dan rendah turut dicadangkan bagi menampung keperluan tambahan sehingga tahun 2020.

 

2.   Pembangunan Institusi Pendidikan Berteraskan ICT di Meru Raya.

  • Cadangan bagi mewujudkan hub pendidikan wilayah utara yang berteraskan multimedia di Meru Raya seluas 100 hektar. Cadangan pusat pengajian tinggi ini menjurus kepada penawaran program dalam menyokong pembangunan K-Perak.
  • Cadangan pembangunan institusi pendidikan tinggi di Meru Raya melibatkan cadangan Kampus Cawangan Universiti Multimedia dan Kolej Komuniti Ipoh.

 

3.   Pembangunan Kemudahan Keselamatan

Kemudahan Keselamatan

Balai Polis

  • Cadangan bit polis akan dilaksanakan melibatkan cadangan 17 bit polis di kawasan kejiranan, kawasan pusat bandar dan juga kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi ke arah mewujudkan bandar selamat.

Balai Bomba dan Penyelamat

  • 5 buah balai bomba baru dicadangkan di Bandar Seri Botani, Tanjung Rambutan, Bandar Baru Klebang, Jelapang dan Menglembu.
  • Cadangan dibuat dengan mengambilkira tadahan penduduk, jenis guna tanah dan hierarki petempatan

 

4.   Pembangunan Kemudahan Kesihatan

Kemudahan Kesihatan Kemudahan Kesihatan

  • Dicadangkan 6 klinik kesihatan yang baru di kawasan tepu bina dan ia boleh di integrasikan sebagai komponen dalam pembangunan kompleks komuniti.

 

  • Cadangan_Kemudahan_Pendidikan
  • Institusi_Dan_Kemudahan_Masyarakat
  • Kemudahan_Keselamatan

Artikel Berkaitan