Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

Meningkatkan Tahap Perkhidmatan Kemudahan Pengangkutan Awam

STRATEGI Meningkatkan Tahap Perkhidmatan Kemudahan Pengangkutan Awam Dan Pengurusan Permintaan Perjalanan Untuk Mencapai Pengangkutan Mampan

 

1.     Meningkatkan Perkhidmatan Kemudahan Pengangkutan Awam

a.     Kemudahan Pengangkutan Rel

  • Perkhidmatan Rel KTMB yang menghubungkan Kuala Lumpur – Ipoh dengan kemudahan stesen utama di Pusat Bandaraya Ipoh, Lahat, Chemor dan IGB dapat mewujudkan pilihan mod pengangkutan dan meningkatkan kemudahsampaian penduduk antara bandar.
  • Cadangan pembangunan Transit Aliran Ringan (LRT) dapat menghubungkan Pusat Bandar dengan Pusat Utama dan Pusat Tempatan iaitu Meru Raya, Station 18, Simpang Pulai, Tanjung Rambutan dan Menglembu.

b.     Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu

  • Terminal antara bandar (Intercity) dicadangkan di Meru Raya bagi menggantikan stesen bas sedia ada di Medan Gopeng.
  • Cadangan membangunkan Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu di kawasan Pusat Bandaraya Ipoh.
  • perkhidmatan
  • railway
  • train

Artikel Berkaitan