Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

Prakata

 prakata

Draf Rancangan Tempatan Ipoh (DRTI) 2020 yang disediakan di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) merupakan satu dokumen perancangan dan pembangunan guna tanah secara terperinci bagi seluruh Kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh sehingga tahun 2020.
Read MoreRancangan Tempatan ini juga mengandungi cadangan untuk memaju dan mengunakan tanah, melindungi dan memperelok alam sekitar dan landskap, memelihara topografi semulajadi, memelihara dan menanam pokok, mengadakan kawasan lapang, memelihara dan mengindahkan ciri dan rupa bangunan, memperbaiki sistem komunikasi dan pengurusan lalu lintas.

 


Draf RT Ipoh 2020 mengandungi

  1. Peta Cadangan Guna Tanah yang mengandungi cadangan pembangunan guna tanah dan fizikal secara terperinci mengikut lot.
  2. Penyataan Bertulis yang mentafsirkan dasar dan cadangan umum Rancangan Struktur Negeri Perak dan menterjemahkan semua cadangan pembangunan guna tanah fizikal secara bertulis untuk menjelaskan cadangan-cadangan yang terdapat di dalam Peta Cadangan Guna Tanah.
  3. Jadual Kelas Kegunaan Tanah menerangkan jenis dan aktiviti kegunaan tanah yang diberikan di setiap zon guna tanah di dalam Draf RT Ipoh 2020 ini mengikut blok perancangan.
  4. Piawaan Perancangan dan Garis Panduan Khusus mengandungi perincian perancangan seperti piawaian, reka bentuk umum dan keperluan spesifikasi untuk kebenaran merancang.
  5. Pengurusan dan Pelaksanaan yang mengandungi senarai cadangan projek, kos dan fasa pembangunan yang menjadi asas kepada agensi- agensi kerajaan dalam membuat permohonan peruntukan pembangunan.

Rancangan Tempatan ini akan menjadi panduan utama kepada semua pihak dalam merangka pembangunan Bandaraya Ipoh sehingga 2020 sebagai ‘IPOH BANDARAYA MAJU DAN SEJAHTERA’