Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

Pengenalan

Keperluan Penyediaan Rancangan Tempatan
Penyediaan Rancangan Tempatan adalah berdasarkan kepada keperluan di dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan pindaannya iaitu Akta A933 (1995) dan Akta A1129 (2001). Rancangan Tempatan Ipoh 2020 yang meliputi kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh adalah merupakan kesinambungan kepada Rancangan Struktur Ipoh (Pengubahan) 1998-2020 yang telah digunapakai oleh Kerajaan Negeri Perak amnya dan khususnya bagi Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Majlis Bandaraya Ipoh.

  • 1jilid


LAPORAN DRAF RANCANGAN TEMPATAN
Laporan Draf Rancangan Tempatan mengandungi tiga jilid iaitu :-

  1.  JILID I : Strategi dan Cadangan Pembangunan
  2. JILID II: Kawalan Perancangan
  3. JILID III: Pengurusan dan Pelaksanaan

Rancangan yang disediakan ini adalah meliputi perancangan sehingga tahun 2020 dan cadangan setiap sektor adalah berdasarkan kepada kajian lapangan serta penganalisaan ke atas data-data primer dan sekunder yang diperolehi sama ada di tapak ataupun daripada pihak-pihak yang berkaitan. Selain daripada itu, laporan ini turut mengambilkira dasar-dasar yang telah digariskan diperingkat nasional, negeri dan tempatan.

Fungsi Rancangan Tempatan

  1. Memperincikan aspirasi Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan menterjemahkan dasar Rancangan Struktur Negeri Perak di dalam Rancangan Tempatan Ipoh 2020.
  2. Menyediakan satu dokumen yang boleh dirujuk secara bersama oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Pihak Berkuasa Perancang Tempatan, jabatan serta agensi kerajaan yang berkaitan bagi tujuan penyelarasan pembangunan secara teratur.
  3. Membolehkan pihak Majlis Bandaraya Ipoh membuat penilaian sewajarnya terhadap sebarang permohonan kebenaran merancang.
  4. Panduan kepada pemaju di dalam membangunkan hartanah secara teratur dan bersistematik.
  5. Membolehkan pemilik tanah mengetahui potensi tanah serta serta jenis pembangunan yang boleh dijalankan pada masa hadapan.