Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

Hala Tuju Pembangunan

Hala Tuju Pembangunan

Objektif

  1. Merancang dan mengawal pembangunan Bandaraya Ipoh ke arah penggunaan tanah yang lebih optimum dan memelihara sumber-sumber alam semulajadi dan warisan.
  2. Menjana dan memperkukuhkan asas ekonomi yang berpotensi dan berdaya saing meliputi sektor perniagaan, perindustrian, pelancongan dan pertanian bagi menarik lebih ramai pelabur serta mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan kajian. Read More
  3. Merancang dan memperbaiki sistem pengurusan lalulintas, rangkaian laluan pejalan kaki, tempat letak kenderaan dan sistem pengangkutan awam yang lebih berkesan, menyeluruh dan bersepadu.
  4. Mewujudkan sebuah komuniti yang sejahtera melalui penyediaan perumahan berkualiti yang mampu dimiliki serta mempunyai akses kepada kemudahan masyarakat, infrastruktur dan utiliti.

WAWASAN DAN MATLAMAT PEMBANGUNAN PERINGKAT NASIONAL DAN NEGERI PERAK


Matlamat Rancangan Fizikal Negara.
Pembentukan Satu Rangka Spatial Negara Yang Efisien, Saksama Dan Mampan Untuk Memandu Pembangunan Keseluruhan Negara Ke Arah Mencapai Tahap Negara Maju Menjelang Tahun 2020.

Wawasan K-State .
Membangunkan Negeri Perak Berteraskan ICT sebagai Asas dan Tonggak Utama Untuk Membina Semula Ekonomi Dan Seterusnya Meningkatkan Tahap Sosio Ekonomi Negeri Perak Ke Arah Mencapai Status K-State Sepenuhnya Menjelang 2020

Matlamat Pembangunan Negeri Perak.
Menjadikan Negeri Perak K-State YangMaju Dan Makmur Melalui PembangunanICT, Sumberjaya Asli, Modal Insan,Ekonomi, Infrastruktur, KecemerlanganUrustadbir Dan Pengekalan KesejahteraanAlam Sekitar.

Matlamat Dasar Perbandaran Negara.
Mewujudkan Bandar Berwawasan Dengan Komuniti Dan Kehidupan Yang Sejahtera Menerusi Pembangunan Perbandaran Yang Mampan.

Wawasan Pembangunan Negeri Perak.
Meletakkan Negeri Perak Di Persada Dunia Berteraskan Pembangunan ICT dan Pendidikan Tinggi Yang Unggul.

Matlamat Perak Amanjaya.
Setiap lapisan Rakyat Negeri Perak dapatmenikmati keamanan dan kesejahteraan hidupmelalui peluang pendidikan dan kerjaya yangberkualiti, penjanaan pendapatan yang berkualitidan tahap kehidupan berkualiti.

  • halatuju