Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

Pengurusan dan Pelaksanaan Projek

Pelaksanaan Projek
RT IPOH 2020 perlu dijadikan sebagai asas di dalam merancang dan melaksanakan projek-projek oleh jabatan-jabatan atau agensi kerajaan dan juga sebagai panduan pelaburan kepada pihak swasta dan individu di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh. Draf RT IPOH 2020 telah mencadangkan sebanyak 35 projek untuk dilaksanakan oleh MBI serta agensi-agensi pelaksana yang berkaitan. Projek-projek ini merangkumi sektor perniagaan dan perkhidmatan, perindustrian, perumahan, pelancongan/reka bentuk bandar, institusi dan kemudahan masyarakat, pengangkutan dan lalu lintas, infrastruktur dan utiliti serta kawasan lapang dan rekreasi. Usaha dan kerjasama yang berterusan antara MBI dan agensi-agensi berkaitan serta pihak swasta amat penting untuk memajukan kawasan-kawasan pembangunan baru yang dicadangkan.

 

Tempoh Pelaksanaan Projek
Pelaksanaan Rancangan Tempatan IPOH 2020 ini dijangka akan bermula pada tahun 2011 di bawah dua (2) fasa pelaksanaan pembangunan yang telah dikenalpasti selaras dengan tempoh pelaksanaan RANCANGAN MALAYSIA LIMA TAHUN (RMLT).

  • √ Fasa 1 (RMK 10) : Tahun 2011 – 2015
  • √ Fasa 2 (RMK 11) : Tahun 2016 – 2020