Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

KEPERLUAN PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DALAM RANCANGAN PEMAJUAN

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA (RFN) DAN RANCANGAN WILAYAH (RW).
Bagi RFN dan RW, publisiti boleh dilakukan secara pentadbiran melalui proses rundingan seperti sesi dialog, seminar, bengkel dan simposium; dan Terdapat garis panduan yang mencadangkan proses publisiti di Peringkat Awal dan di Peringkat Draf dilaksanankan secara perundingan bersama kumpulan-kumpulan yang berkepentingan nasional.
Read More

RANCANGAN STRUKTUR (RS)
Pemberitahuan awal secara pentadbiran sebelum Asas Rujukan RS dimantapkan; Peringkat Laporan Pemeriksaan seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 9(1); dan Peringkat DRS seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 9(2), 9(3), 9(5),11B(3) dan 11B(4), Akta 172.


RANCANGAN TEMPATAN (RT)
Pemberitahuan awal sebelum memulakan penyediaan DRT seperti yang diperuntukkan Pihak awam berperanan penting dalam semua peringkat perancangan sama ada sebelum, semasa atau selepasnya di bawah seksyen 12A, Akta 172; dan Peringkat DRT seperti yang dipeuntukkan di bawah subseksyen 13(1) dan 13(2), Akta 172.


RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK)
Pemberitahuan awam sebelum memulakan penyediaan Draf RKK seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 12A, Akta 172; dan Peringkat Draf RKK seperti yang termaktub di bawah subseksyen 16B(2) dan 16B(3), Akta 172 .


MENGAPA PERANAN AWAM PENTING ?

  1. Pihak awam adalah pihak yang terlibat secara langsung terhadap pembangunan yang dijalankan. Sesuatu pembangunan yang dimajukan akan dihuni oleh pihak awam sebagai penduduk tempatan;
  2. Pihak awam berperanan penting dalam semua peringkat perancangan sama ada sebelum, semasa atau selepasnya.
  3. Pihak agensi pelaksana seperti jabatan awam memerlukan tindak balas atau responsif daripada pihak awam pada peringkat awal agar perancangan yang dijalankan tidak terkeluar daripada matlamat merancang untuk rakyat. Ini adalah selaras dengan konsep Hubungan MANUSIA Dengan MANUSIA; dan
  4. Peranan awam dapat membantu pihak pelaksana bagi membuat perancangan dengan lebih berkesan. Ini adalah kerana pihak awam merupakan penduduk tempatan yang tinggal di dalam kawasan perancangan. Pihak awam secara asasnya lebih mengetahui apa sebenarnya yang diperlukan di dalam kehidupan tempatan.

Artikel Berkaitan