Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

BAGAIMANA PIHAK AWAM BOLEH TERLIBAT DALAM RANCANGAN PEMAJUAN ?

Penyediaan rancangan pemajuan memberi kesan secara langsung kepada penduduk tempatan dan Akta 172 membolehkan orang awam mengambil bahagian di dalam penyediaannya;

 

  1. Seksyen 12A memperuntukkan sebelum memulakan penyediaan Rancangan Tempatan, PBPT hendaklah mengadakan publisiti awal berkenaan dengan draf Rancangan Tempatan yang akan disediakan itu.
  2. Subseksyen 13(2) memperuntukkan setelah draf Rancangan Tempatan disediakan, PBPT perlu menyediakan salinan laporannya untuk diedarkan dan dipamerkan untuk pemeriksaan awam tidak kurang daripada empat (4) minggu.
  3. Pihak awam boleh membuat bantahan sekira terkilan dengan perkara-perkara yang terkandung di dalam draf Rancangan Tempatan. Seranta draf Rancangan Tempatan boleh dilanjutkan lagi untuk tempoh tidak melebihi empat (4) minggu atas permintaan pihak awam.
  4. Notis pemberitahuan dan pengumuman kepada pihak awam dikehendaki disiarkan dalam tiga keluaran akhbar seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 13(2).
  5. Sekiranya Rancangan Tempatan telah dilulus dan diwartakan, semua aktiviti pembangunan mestilah mematuhi Rancangan Tempatan tersebut.

 

SIAPA BOLEH DIHUBUNGI UNTUK RANCANGAN PEMAJUAN ?

Bagi mendapatkan maklumat atau laporan berkaitan dengan Rancangan Struktur boleh menghubungi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa negeri yang berkenaan. Manakala bagi Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas pula boleh merujuk kepada PBPT atau JPBD Negeri berkenaan.