CADANGAN GUNA TANAH BP 2 : STATION 18 – PENGKALAN – BANDAR BOTANI
- Guna tanah tepubina meliputi 61.09% daripada keluasan BP dimana guna tanah kediaman meliputi 41.16% yang terdiri daripada skim perumahan terancang serta pengekalan kawasan kampung baru, kampung tersusun dan kampung tradisi.
- Pembangunan kawasan perindustrian meliputi kira-kira 6.25% dan guna tanah perniagaan meliputi kira-kira 4.48% daripada keluasan BP.
- Kawasan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah dicadangkan untuk dikekalkan bagi kegunaan pusat latihan penerbangan dan pesawat komersil.