Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

APAKAH RANCANGAN TEMPATAN (RT)?

Disediakan bawah peruntukan seksyen 12 hingga 16A, Akta 172

  1. Mengandungi peta-peta dan pernyataan bertulis yang disokong oleh garis panduan pelaksanaan,
  2. Menerangkan dengan lebih terperinci segala cadangan-cadangan PBPT untuk pemajuan dan penggunaan tanah
  3. Menterjemahkan dan memperincikan dasar-dasar strategik Rancangan Struktur
  4. Subseksyen 12(3), Akta 172 mentafsirkan bahawa sesuatu draf Rancangan Tempatan hendaklah mengandungi suatu peta dan suatu pernyataan bertulis.
  5. Perenggan 12(3)(a), Akta 172 mengadakan rumusan dan perincian yang difikirkan sesuai oleh PBPT mengenai cadangannya bagi memajukan, menggunakan tanah dalam;
  • Melindungi dan memperelok alam sekitar dari segi fizikal;
  • Memelihara topografi semulajadi;
  • Memperelok landskap;
  • Memelihara dan menanam pokok dalam;
  • Mengadakan tanah lapang dalam;
  • Memelihara dan mengindahkan ciri dan rupa bangunan dalam;
  • Memperbaiki sistem komunikasi dalam; dan
  • Mengendalikan lalu lintas dalam kawasan Rancangan Tempatan

Merupakan satu dokumen rasmi yang mentafsirkan dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum yang terkandung di dalam Rancangan Struktur kepada bentuk fizikal yang legih terperinci dan praktikal.

 

FUNGSI RANCANGAN TEMPATAN

  1. Menterjemahkan strategi-strategi Rancangan Struktur yang mengandungi polisi dan cadangan am PBPT berkenaan dengan kuasa tempatan;
  2. Menyediakan garis panduan bagi kawalan pembangunan.
  3. Dasar-dasar dan cadangan dalam Rancangan Tempatan akan digunakan sebagai asas untuk menyelaraskan keputusan-keputusan,aturcara pembangunan, perbelanjaan awam dan persendirian terhadap kawasan yang diliputi oleh Rancangan Tempatan; dan
  4. Mengemukakan isu-isu dan cadangan yang terperinci kepada orang awam,

Pelan-pelan tempatan akan menjadi garis panduan bagi urusan mengatur dan mengawal pembangunan di kawasan yang diliputi oleh pelan-pelan tersebut;


KENAPA RANCANGAN TEMPATAN DIPERLUKAN ?

  1. Melaksanakan strategi Rancangan Struktur dengan lebih terperinci.
  2. Menerangkan dengan lebih jelas dasar kawalan perancangan bandar.
  3. Mampu menerangkan kepada pihak awam tentang isu-isu perancangan yang terperinci.
  4. Membolehkan pemilik, pemaju dan pihak lain mengetahui bagaimana tanah-tanah mereka terlibat dengan perancangan semasa dan akan datang.

Artikel Berkaitan