Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

KEBENARAN MERANCANG YANG PERLU DIRUJUK KEPADA JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI

KEBENARAN MERANCANG YANG PERLU DIRUJUK KEPADA JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SETERUSNYA KEPADA MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA (MPFN) UNTUK MENDAPAT NASIHAT MENGIKUT PERUNTUKAN SUBSEKSYEN 22(2A), AKTA 172

  • Pembangunan perbandaran baru bagi penduduk yang melebihi sepuluh ribu (10,000 orang) atau meliputi suatu kawasan yang melebihi seratus (100 hektar) hektar atau kedua-duanya.
  • Sesuatu pemajuan bagi pembinaan apa-apa infrastuktur atau kemudahan utama, termasuk :
  1. Kerja-kerja infrastruktur negara seperti lapangan terbang, pelabuhan laut, landasan keretapi dan lebuhraya, dan
  2. Kerja-kerja kemudahan negara seperti pembinaan empangan, stesen janakuasa utama dan tapak pembuangan sisa toksid.

Sesuatu pemajuan yang melibatkan kawasan di puncak atau lereng bukit, dalam kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan sensitif alam sekitar dalam sesuatu rancangan pemajuan.

Pihak Berkuasa Perancang Tempatan akan merujuk kepada Jawatankuasa Perancang Negeri dan seterusnya Jawatankuasa perlu merujuk kepada Majlis Perancang Fizikal Negara untuk mendapatkan nasihat dan pandangan sebelum membuat keputusan terhadap sesuatu permohonan yang dikemukakan.

Artikel Berkaitan