- Details
- Hits: 3909
Sistem Maklumat Geografi / Sistem Maklumat Eksekutif, Majlis Bandaraya Ipoh.
Sistem Maklumat Perancangan atau ringkasannya adalah SiMAP, merupakan sebuah aplikasi GIS yang dibuat pengubahsuaian semula menerusi 'customization'. 'Customization' SiMAP boleh dilakukan menerusi dua cara iaitu kaedah aplikasi SiMAP Web atau SiMAP 'Stand Alone'. Kedua-dua kaedah mempunyai objektif yang sama iaitu untuk memaparkan lapisan-lapisan GIS, membuat carian maklumat GIS, mencapai laporan dan pelan Rancangan Tempatan, Pelan Kadaster, Pelan Perumahan, Pelan Jalan dan lain-lain.
- SIMAP Guna Tanah
- SIMAP Kemudahan Awam
- SIMAP Pelaburan
- SIMAP Pelancongan
- SIMAP Taska/Tadika/Pusat Jagaan
Modul GIS
Modul GIS menyediakan capaian ke peta Bandaraya Ipoh dan kawasan sekeliling. Terdapat beberapa lapisan maklumat yang boleh digunakan sebagai rujukan untuk membaca peta tersebut mengikut keperluan setiap pihak seperti berikut;
- SIMAP Gunatanah merupakan lapisan memaparkan gunatanah semasa.
- SIMAP Kemudahan Awam merupakan lapisan memaparkan lokasi kemudahan awam.
- SIMAP Pelaburan merupakan lapisan memaparkan taburan kawasan perniagaan dan perindustrian.
- SIMAP Pelancongan merupakan lapisan memaparkan taburan tempat-tempat penginapan, pusat makanan dan kawasan untuk dilawati.
- SIMAP Taska/Tadika/Pusat Jagaan merupakan lapisan memaparkan taburan pusat-pusat tersebut di kawasan Majlis Bandaraya Ipoh.
Bagaimanakah Anda Boleh Mencapai MBI GIS
Capaian boleh dibuat menggunakan alamat http://gis.mbi.gov.my dengan menggunakan web browser seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox atau pun Google Chrome.