- Details
- Category: Info Jabatan
- Hits: 3345
Fungsi
Berdasarkan kepada keperluan-keperluan jabatan ini dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang besar dalam mengawal dan merancang arah pembangunan Bandaraya Ipoh,
perluasan sempadan Majlis dari 387.63km persegi kepada, perluasan pemakaian Akta 172, Akta A 933 pindaan 1995, dan Akta A1129 pindaan 2001 serta pertambahan peranan dalam rancangan-rancangan pembangunan, penguatkuasaan, rundingan, seranta dan pendidikan, penyelidikan dan pengemaskinian maklumat ke arah memantapkan Jabatan Perancang Bandar khususnya dan Majlis amnya maka 5 bahagian telah diwujudkan iaitu:
- Kawalan Pembangunan
- Rancangan Pemajuan
- Penyelidikan dan Projek Khas
- Penguatkuasaan Perancangan
- Bahagian Pentadbiran
Misi dan Visi Jabatan Perancangan Bandaraya
Merancang pembangunan bandaraya Ipoh dengan mengambil kira faktor fizikal, ekonomi dan sosial untuk mencapai taraf kehidupan wargakota yang lebih berkualiti.