Fungsi Bahagian
- Details
- Category: Info Jabatan
- Hits: 3391
Fungsi Bahagian
Bahagian Kawalan Pembangunan
Memproses permohonan, menyelaras dan mengawal semua pembangunan fizikal bagi menentukan pembangunan yang sesuai dan teratur dalam kawasan Majlis berdasarkan kepada rancangan pemajuan dan perancangan yang wajar.
Tujuan Kawalan Pembangunan
Aktiviti ini penting untuk memastikan pembangunan yang dihasilkan bersesuaian dengan keperluan berikut:
- Teratur dan tersusun mengikut dasar-dasar perancangan, Pelan Pembangunan, Rancangan Tempatan dan keperluan kawalan pembangunan pihak berkuasa tempatan.
- Memastikan kehendak dan dasar kerajaan dipatuhi.
- Memasti kehendak Akta, Undang-undang, enakmen yang telah ditetapkan dipatuhi.
- Mematuhi kehendak prosedur, peraturan, kaedah dan piawaian.
Peruntukan Kuasa Undang-Undang
- Kanun Tanah Negara (Akta 65) dan pindaan
- Akta 172 - Akta Perancangan Bandar dan Desa
- Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan)
Alat-Alat Kawalan Pembangunan
Senarai alat Kawalan Pembangunan adalah seperti berikut,
- Jenis atau pembangunan guna tanah yang dibenarkan.
- Kepadatan penduduk.
- Nisbah plot.
- Kawasan plinth.
- Anjakan bangunan.
- Jarak antara bangunan.
- Ketinggian bangunan.
- Kawasan lapang dan rekreasi.
- Tempat letak kereta.
- Kemudahan masyarakat.
- Jalan raya.
- Landskap.
- Ciri-ciri senibina.
- Infrastruktur dan utiliti .
- Pemotongan dan penambakan tanah.
- Alam sekitar.
- Saliran dan perparitan.
- Dasar kerajaan.
- Piawaian bagi sesuatu pembangunan khusus.
- Caj pembangunan .
Bahagian Rancangan Pemajuan
Memastikan MBI mempunyai Rancangan-Rancangan Pemajuan seperti yang dikehendaki di dalam Akta Perancang Bandar Dan Desa (Akta 172).
Tujuan
- Mengemukakan garispanduan mengenai pendekatan, bentuk dan kandungan yang perlu diambilkira dalam penyediaan Rancangan Tempatan.
- Memenuhi kehendak-kehendak Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, (Akta 172).
- Memenuhi kehendak-kehendak Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 1995, (Akta A933).
- Menghasilkan Rancangan Tempatan yang seragam lebih berkualiti, lebih daya laksana dan mudah difahami oleh orang awam.
- Manual ini menggantikan manual terdahulu yang digunapakai sejak tahun 1993.