Apa itu Perancangan
- Details
- Category: Info Jabatan
- Hits: 19271
Apa itu Perancangan
Perancangan berkait rapat dengan masalah semasa sesuatu tempat pada satu jangka masa tertentu. Ianya berfungsi sebagai satu cara bagi menyelesaikan masalah atau merupakan cara-cara untuk merancang atau merancang secara terbaik (1). Berbagai definisi dikemukakan mengenai perancang dan di antaranya menyatakan perancangan.
"as an activity concerned with making choices about future opinions, taking into account probabilities and value of what may be achieved, and then securing the implementation of the chosen option"(2).
Dari segi konsepnya perancangan selalunya dilihat dari 2 aspek,
'Blueprint planning/ master plan' - Dibuat dalam bentuk pelan pembangunan fizikal seperti pelan perkawasanan, pelan gunatanah, pelan kawalan kepadatan dan sebagainya.
'Proses planning' - Perancangan dilihat sebagai satu proses yang berterusan.
Secara umumnya perancangan adalah merupakan satu proses yang berterusan yang bukan hanya terlibat dengan penyediaan pelan tetapi juga merumuskan cara-cara dan peringkat-peringkat ke arah penyelesaian masalah. Dengan kata lain perancangan adalah menentukan apa yang perlu dibuat pada satu masa oleh seseorang. Dan ini melibatkan beberapa peringkat kerja.
Setiap tindakan ini selalunya melibatkan penyediaan pelan-pelan berdasakan keperluan perancangan tersebut. Tiga peringkat pelan yang perlu disediakan dalam mana-mana perancangan pun adalah,
Pelan yang menunjukkan keadaan semasa
Pembangunan yang ditetapkan
Pelan Cadangan
Dalam mana-mana perancangan sekali pun kriteria yang digunakan bagi merekabentuk sesuatu pelan itu adalah,
Apakah tujuan utama di dalam penyediaan pelan tersebut,
Apakah masalah utama yang hendak diatasi,
Bagaimana cara mengatasinya?
Selain dari fahaman di atas perancangan juga di lihat sebagai:
"an exercise in which a government first chooses social objectives, then sets various targets and finally organised a framework for implementing, coordinating and monotoring a development plan"(3).
Definasi ini menunjukan perancangan itu sebagi satu proses yang bermula dari kegiatan menyediakan pelan pembangunan sehinggalah kepada pelaksanaannya. Definisi lainnya melihat perancangan sebagai
"The art and science of ordering the use of land and sitting of buildings and communication routes so as to secure the maximum practicable degree of economy, convenience and beauty"(4). and "an attempt to formulate the principles that should guide us in creating a civilised physical background for human life (5), whose main impetus is thus.... for seeing and guiding change"(6).
Dengan kata lain perancangan melibatkan peruntukan tapak yang sesuai, pada masa yang sesuai, di tempat yang sesuai, di tempat yang sesuai bagi sekumpulan penduduk.