Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

Penamaan Skim

Objektif menyediakan Penamaan Skim Pembangunan adalah seperti berikut :-

 

Menamakan semua pembangunan baru mengikut garis panduan yang disediakan supaya seragam dan menyerapkan identiti tempatan.

Menamakan semula semua skim yang telah dimajukan sepenuhnya mengikut garis panduan yang disediakan supaya seragam dan mempunyai sempadan fizikal yang jelas.

Menggunakan 'zon utama’ penamaan sebagai nama tempatan dan 'zon kecil' (boleh ubah)sebagai gantinama alternatif bagi taman supaya dapat menunjukkan lokasi skim secara lebih terperinci.

Menyediakan konsep penamaan sekim pembangunan yang boleh diselaraskan dengan garis panduan penamaan jalan.

Penamaan Jalan

 

Matlamat

Lokasi Tapak Dalam Kawasan MBI

 

Setiap jalan yang dinamakan perlu mempunyai nama zon penamaan supaya lokasi di kawasan mana jalan tersebut terletak, dapat dikesan dengan mudah.

 

Lokasi Jalan Dalam Sesuatu Zon Penamaan

 

Penggunaan istilah jalan yang berbeza atau penggunaan perkataan zon kecil boleh digunakan supaya lokasi jalan dalam sesuatu zon penamaan secara lebih terperinci boleh diketahui.

 

Hirarki Jalanraya

 

Hirarki jalanraya boleh diklasifikasi berdasarkan fungsi dan ciri-ciri jalanraya tersebut. Seterusnya ia diterjemahkan melalui penggunaan istilah jalan yang berbeza supaya pengguna jalanraya dapat mengetahui bahawa ia sedang melalui samada jalan utama, jalan susur, jalan mati atau jalan keliling.

 

 

Pernomboran Bangunan

 

Sistem Penetapan Nombor

Nombor-nombor bangunan akan ditetapkan oleh Majlis berdasarkan kepada pelan ukur yang telah diluluskan.

Penetapan nombor-nombor bangunan akan dibuat sebaik sahaja Jabatan ini dimaklumkan tentang kelulusan Pelan-Pelan Bangunan berkenaan atau menerima permohonan daripada pemaju/pemilik.

Pemaju/pemilik akan dimaklumkan tentang nombor-nombor bangunan yang telah ditetapkan.