Bahagian Rancangan Pemajuan
Memastikan MBI mempunyai Rancangan-Rancangan Pemajuan seperti yang dikehendaki di dalam Akta Perancang Bandar Dan Desa (Akta 172).
Tujuan
- Mengemukakan garispanduan mengenai pendekatan, bentuk dan kandungan yang perlu diambilkira dalam penyediaan Rancangan Tempatan.
- Memenuhi kehendak-kehendak Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, (Akta 172).
- Memenuhi kehendak-kehendak Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 1995, (Akta A933).
- Menghasilkan Rancangan Tempatan yang seragam lebih berkualiti, lebih daya laksana dan mudah difahami oleh orang awam.
- Manual ini menggantikan manual terdahulu yang digunapakai sejak tahun 1993.