Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

Soalan Lazim (FAQ)

Perancangan Bandar
APAKAH ITU RANCANGAN PEMAJUAN?

Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) memperuntukkan bahawa pihak berkuasa peancang tempatan (PBPT) perlu menyediakan Rancangan Tempatan manakala Rancangan Struktur disediakan oleh Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri (JPBD).


Subseksyen 2(1) memperuntukkan "rancangan pemajuan" berhubung dengan sesuatu kawasan, ertinya-

 

  • Rancangan tempatan bagi kawasan itu; atau
  • Jika tiada rancangan tempatan bagi kawasan itu, rancangan struktur bagi kawasan itu, dan
  • Berhubung dengan mana-mana tanah atau bangunan, ertinya rancangan pemajuan, sebagaimana yang ditakrifkan sedemikian, bagi kawasan di mana tanah atau bangunan itu terletak.

Mengandungi dasar dan cadangan bagi memenuhi keperluan sosial dan ekonomi penduduk melalui pembentukan struktur fizikal yang teratur serta alam sekitar yang selesa.

Back to top
APAKAH PERANCANGAN BANDAR?

Perancangan Bandar dikenali sebagai "Perancangan fizikal" atau "perancangan kegunaan tanah". Dengan lain perkataan ianya adalah satu seni dan sains dalam membentuk pertumbuhan dan pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi kawasan-kawasan bandar dan juga luar bandar.

Back to top
SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM MERANCANG BANDAR?

Di Semenanjung Malaysia, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri sama-sama bertanggungjawab ke atas perancangan bandar dan desa, di mana Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia berfungsi memberi nasihat secara menyeluruh ke atas dasar-dasar perancangan negara kepada semua Kementerian, Jabatan Kerajaan dan separa Kerajaan. Manakala Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri berfungsi untuk memberi nasihat kepada Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di negeri masing-masing di samping mengawal pembangunan.

Back to top
AKIBAT TANPA PERANCANGAN?

Bandar dan desa akan tumbuh dengan tidak terkawal menyebabkan kegunaan tanah tidak optimum dan berlakunya percanggahan fungsi gunatanah. Maka dengan itu, wujudlah satu persekitaran masyarakat yang tidak selesa dan harmoni.

Back to top
APAKAH PEMBANGUAN MAMPAN?

Pembangunan mampan ialah "pembangunan yang memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan bagi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar demi kesejahteraan bersama tanpa menjejaskan keperluan generasi seterusnya".Pembangunan mampan juga mengimbangkan pembangunan ekonomi dengan keperluan-keperluan sosial dan alam sekitar.

Back to top
SIAPAKAH PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN ANDA?
Subseksyen 5(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172) memperuntukan kuasa kepada PBT untuk menjadi pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT).

Ini bermaksud mana-mana PBT seperti majlis daerah, majlis perbandaran, majlis atau dewan bandaraya atau mana-mana perkataan lain yang bermaksud ia sebagai PBT adalah PBPT dalam kawasan pentadbiran

Back to top
APAKAH FUNGSI PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN?
  1. Memproses permohonan pelan pembangunan
  2. Mengawal aktiviti pembangunan gunatanah
  3. Mengeluarkan garis panduan dan piawaian perancangan
  4. Menyelaras dan melaksanakan dasar dan strategi pembangunan
  5. Menjalankan kajian dan kaji selidik perancangan.
Back to top
APAKAH PERANAN AWAM DALAM PENYEDIAAN RANCANGAN PEMAJUAN?

Anda selaku orang awam boleh menyumbang pendapat konstruktif sebagai input dalam perancangan bandar melalui penyertaan awam pada peringakat publisiti dalam proses penyediaan rancangan pemajuan Penyertaan Awam merupakan satu proses yang penting dalam perancangan bagi memastikan rancangan pemajuan seperti rancangan struktur(RS) dan rancangan tempatan (RT) dapat memenuhi hasrat dan pandangan masyarakat umum.

Back to top
BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBERI CADANGAN DAN BANTAHAN AWAM?
  • Memeriksa dan menyemak laporan Draf Rancangan Struktur (DRS) atau Draf Rancangan Tempatan (DRT)
  • Mengemukakan borang bantahan awam DRS atau DRT secara manual atau digital
  • Menghadiri majlis publisiti dan bantahan awam yang dianjurkan oleh jabatan ini dan PBPT.
Back to top
MENGAPA PERANAN AWAM PENTING?
Pihak awam berperanan penting dalam semua peringkat perancangan sama ada sebelum, semasa atau selepasnya.
Pihak agensi pelaksana seperti jabatan awam memerlukan tindakbalas atau responsif daripada pihak awam pada peringkat awal agar perancangan yang dijalankan tidak terkeluar daripada matlamat merancang untuk rakyat.Ini selaras dengan konsep Hubungan MANUSIA Dengan MANUSIA
Peranan awam dapat membantu pihak pelaksana membuat perancangan dengan lebih berkesan. Ini adalah kerana pihak awam merupakan penduduki tempatan yang tinggal di dalam kawasan perancangan.
Back to top
APAKAH LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP)?

Laporan teknikal yang menerangkan dan menjelaskan mengenai cadangan tapak pemajuan bagi memudahkan pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) dalam menjalankan proses kebenaran merancang.

Back to top
APAKAH KANDUNGAN LCP?

Subseksyen 21A (1) memperuntukkan kandungan LCP seperti di bawah:

  • Konsep dan justifikasi pemajuan;
  • Peta Lokasi dan pelan tapak;
  • Butir-butir hak milik tanah dan sekatan,jika ada ( darisegi fizikal, topografi, air dan tadahan air dan bentuk semulajadi, jenis tumbuh-tumbuhan dan butir-butir bangunan.
  • Analisis gunatanah dan kesannya terhadap tanah yang bersempadan
  • Apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan(PBPT).
Back to top
BILA DAN SIAPAKAH YANG MEMERLUKAN LCP?

LCP perlu disediakan bagi mengiringi setiap permohonan cadangan pembangunan di dalam sesuatu kawasan PBPT.


Dikehendaki pada peringkat seperti berikut:

  • Permohonan ubah jenis kegunaan tanah
  • Permohonan kelulusan pelan susunatur
  • Permohonan kelulusan pendirian bangunan
  • Permohonan kelulusan ubah jenis kegunaan bangunan
  • Permohonan pecah bahagian dan cantuman lot.
Back to top
SIAPAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB MENYEDIAKAN LCP?

Subseksyen 21c(a) dan 21c(b) memperuntukkan semua pelan, butir-butir, pelan susun atur dan dokumen lain hendaklah disediakan oleh:

  • Seseorang yang kelayakannya ditetapkan dibawah perenggan 58(2)(h) atau;
  • Seseorang yang berhak berbuat sedemikian di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.
  • Perenggan 58(2)(h) memperuntukkan kelayakan oarang-orang yang boleh menyediakan atau menyampaikan rancangan-rancangan, dokumen-dokumen, butir-butir dan pelan susun atur bagi maksud-maksud Akta 172 ini.
  • Subseksyen 13(1) Akta Perancang Bandar 1995 (Akta 538) memeperuntukkan hak seseorang Perancang Bandar berdaftar dianggap pihak yang layak menyediakan LCP.
Back to top
Kebenaran Merancang
APA KAITAN KEBENARAN MERANCANG DENGAN PEMBANGUNAN

Kebenaran merancang merupakan proses dalam mendapat kelulusan perancangan untuk sesuatu projek pembangunan seperti berikut:

  • Kelulusan tukar syarat tanah
  • Kelulusan pelan susun atur ( kebenaran merancang)
  • Kelulusan pelan pra-perhitungan
  • Kelulusan pelan pembangunan
Back to top
TAHUKAH ANDA KEBENARAN MERANCANG MEMPUNYAI TARIKH LUPUT

Subseksyen 24 (1) memperuntukan tempoh sah suatu kebenaran merancang hanya 12 bulan daripada tarikh ia diberi.

Dalam tempoh tersebut, kerja-kerja tapak bangunan perlu dijalankan seperti mana yang terdapat di dalam kelulusan kebenaran merancang.

Subseksyen 24(2) memperuntukan tempoh sah tersebut tidak dipakai bagi kebenaran merancang yang tidak melibatkan kerja-kerja bangunan.

Subseksyen 24(3) memperuntukkan suatu kebenaran merancang itu boleh dipohon untuk dilanjutkan tempohnya yang akan luput dengan memohon kepada PBPT untuk tempoh lanjutan atau tempoh lanjutan tambahan.

Back to top
APAKAH KEBENARAN MERANCANG?
Merupakan kebenaran secara bertulis daripada pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT). Kebenaran merancang adalah kelulusan yang diperlukan setelah kelulusan tukar syarat tanah diperolehi, yang mana ia adalah sebelum proses pelan bangunan diteruskan
Back to top
SIAPAKAH YANG MEMBERIKAN KEBENARAN MERANCANG?
Bagi kawasan dalam Majlis perbandaran/ majlis daerah/ majlis tempatan, kebenaran merancang dikeluarkan oleh PBT berkenaan yang merupakan PBPT kawasan berkenaan. Bagi kawasan di luar sesebuah PBT, kebenaran merancang dikendalikan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa( JPBD) Negeri.
Back to top
APAKAH KEGUNAAN KEBENARAN MERANCANG?
  • Sebagai mengawal perancangan dan pembangunan tanah.
  • Kebenaran merancang juga merupakan satu bentuk tanggungjawab kepada pihak yang meluluskan dan menjalankan kerja-kerja pemajuan dan pembangunan.
Back to top
Garispanduan Perancangan
APA ITU GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN

Merupakan kenyataan bertulis yang digunakan untuk mengawal pembangunan agar bersifat seragam, selesa dan selamat dalam aktiviti gunatanah.Setiap pemajuan oleh sesiapapun, perlu mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan.

Back to top
APA KEPENTINGAN GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN
Sekiranya tiada garis panduan dan kawalan pembangunan bandar, akan berlaku masalah-masalah perbandaran yang serius Akibat tiada perancangan dan kawalan, wujud kawasan sesak seperti di kawasan setinggan.
Back to top
Perundangan
APAKAH LEMBAGA RAYUAN

Lembaga Rayuan memberi peluang kepada seseorang untuk mengemukakan rayuan sekiranya merasa terkilan atau tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) untuk pertimbangan semula keputusan tersebut kepada Lembaga Rayuan.

Back to top
APAKAH JENIS-JENIS RAYUAN DALAM LEMBAGA RAYUAN

Kes-kes rayuan boleh dikemukakan mengikut peruntukan dalam Akta 172 seperti berikut:

Perenggan 23(1)(a) dan 23(1)(b) memperuntukkan rayuan terhadap kebenaran merancang sekiranya seseorang terkilan dengan: Keengganan PBPT untuk memeberi kebenaran merancang atau syarat-syarat yang dikenakan dalam kebenaran merancang Rayuan oleh pemilik tanah berjiran yang telah membantah di bawah subseksyen 21(6) berhubung permohonan untuk kebenaran merancang

Subseksyen 25(9) memperuntukkan rayuan terhadap amaun pampasan sekiranya seseorang terkilan dengan:

  • Apa-apa amaun pembayaran balik atau
  • Pampasan yang ditawarkan atau dibayar kepadanya daripada PBPT mengenai pembatalan dan pengubahsuaian kebenaran merancang dan pelan bangunan.

Subseksyen 30(2) memperuntukkan rayuan terhadap notis rekuisisi( permintaan) oleh PBPT sekiranya seseorang terkilan dengan:

Menghendaki supaya diberhentikan penggunaan itu

Mengenakan apa-apa syarat bagi penggunaan tanah itu yang berterusan dinyatakan dalam notis rekuisisi itu.

Menghendaki supaya langkah yang dinyatakan dalam notis rekuisisi itu diambil untuk mengubah atau memindahkan bangunan atau kerja itu

Subseksyen 30(7)memperuntukkan rayuan terhadap pampasan notis rekuisisi(permintaan)daripada PBPT sekiranya seseorang tidak berpuas hati dengan:

Jumlah amaun pampasan yang telah diberikan kepadanya berbanding dengan jumlah kerosakan atau menyebabkan susut nilai ke atas tanah.

Back to top
Pemuliharaan Warisan
APAKAH MAKSUD PEMELIHARAAN BANGUNAN WARISAN?
  1. Pemeliharaan merupakan satu proses penjagaan sesuatu tempat atau bangunan bagi tujuan mengekalkan corak, kebudayaan dan keadaan asalnya.
  2. Mengekalkan warisan senibina bangunan ini juga melibatkan proses penyelenggaraan, pengekalan, pemeliharaan, pembinaan semula dan pengubahsuaian.
Back to top
You cannot ask a new question, because you do not have the needed permissions.

Artikel Berkaitan