Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

Garispanduan Kedai Binatang Peliharaan

Garispanduan Kedai Binatang Peliharaan


Pengenalan

Binatang pemeliharaan/ kesayangan adalah binatang yang dipelihara di dalam atau dipersekitaran rumah sebagai teman untuk memenuhi masa lapang tanpa mengharapkan apa-apa pulangan komersial daripadanya.

 

Latarbelakang

Binatang-binatang yang sering dijadikan binatang pemeliharaan adalah binatang jinak dan tidak merbahaya seperti burung, kucing, arnab, anjing dan seumpamanya.

Bagi memenuhi kehendak-kehendak penggemar binatang ini maka wujudlah kedai-kedai menjual binatang pemeliharaan di sekitar bandaraya ini. Walaupun aktiviti kedai binatang pemeliharaan ini diperlukan oleh sebahagian dari orang ramai, kewujudannya telah menimbulkan pelbagai masalah seperti :-

  • Kacauganggu dari segi bau busuk, bunyi bising dan kekotoran premis
  • Ketidaksesuaian penggunaan premis apabila bersebelahan dengan aktiviti-aktiviti seperti premis yang menjual makanan
  • Menimbulkan penyakit




Tujuan

Garis panduan kedai binatang pemeliharaan ini disediakan di atas sebab-sebab berikut :

  • Untuk menyediakan kemudahan membeli binatang pemeliharaan dipremis yang bersih, selesa dan mudah dikunjungi oleh pengguna
  • Mengawal kemungkinan berlakunya kacauganggu dari segi bau busuk, bunyi bising dan kekotoran hasil dari aktiviti tersebut
  • Membantu memupuk semangat cintakan binatang



Cadangan

Berdasarkan kepada faktor-faktor di atas maka satu polisi kedai binatang pemeliharaan telah disediakan seperti berikut:

Garis panduan ini adalah untuk meyediakan garis panduan yang terperinci terhadap kedai binatang pemeliharaan. Berdasarkan kepada kelas kegunaan, aktiviti ini adalah tergolong dalam kelas perkedaian. Ia dianggap sebagai perlu bagi menyediakan kemudahan mendapatkan bekalan binatang pemeliharaan yang dikehendaki oleh pecinta binatang.

Semua aktiviti-aktiviti kedai binatang pemeliharaan perlu mematuhi syarat-syarat berikut :

  1. Premis yang menjual binatang pemeliharaan tidak dibenarkan bersebelahan dengan premis yang menjual makanan dan minuman.
  2. Hanya 1 unit premis menjual binatang pemeliharaan dibenarkan beroperasi di dalam satu deretan rumah kedai dan ia tidak boleh melebihi 200 meter persegi.
  3. Premis hendaklah sentiasa dijaga supaya bersih dan tidak berbau busuk.
  4. Binatang-binatang yang diperniagakan hendaklah diletakan di dalam kandang/ sangkar yang sesuai dan dikawal supaya berkeliaran.
  5. Mematuhi syarat-syarat Jabatan Kesihatan.
  6. Mematuhi syarat-syarat Jabatan Perhilitan.

Garispanduan Gerai Berkelompok

Gerai berkelompok adalah merupakan satu aktiviti di mana beberapa penjaja dikumpulkan dan dipusatkan di satu tempat dan berkongsi kemudahan-kemudahan yang sama. Aktiviti ini merupakan satu jenis perniagaan yang penting di negara ini bagi memberi kemudahan ruang niaga kepada peniaga kecil dan kemudahan mendapatkan bahan-bahan keperluan kepada penduduk berhampiran.

Read more: Garispanduan Gerai Berkelompok

Piawaian Perkedaian

Perkara Piawaian 

Saiz Lot

Rumah Kedai

 

 

                                                      

  1. 20’ x 70’
  2. 20’ x 75’
  3. 25’x 80’

                                                                         

Gerai
  1. 10’ x 20’
  2. 13’ x 32’
  3. 14’ x 20’
  4. 16’x 40’
  5. 8’x 12’

Pasar

0.03 Ekar (0.01 ha)

Stesen Minyak

12,000 kp

Saiz jalan dan bilangan unit.

Lorong Belakang
  1. 20’
  2. 30’ – bagi Pusat Bandar
Jalan Susur

50’

Maksimum Jumlah Unit

10% dari jumlah unit-unit bagi sesuatu pembangunan.

Artikel Berkaitan