Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

Garispanduan Sukan dan Hiburan

Mengikut kelas kegunaan, sukan dan hiburan dapat dikelaskan kepada kategori berikut :


Kelas Kegunaan

  • Dewan permainan dan gelangang
  • Badminton
  • Dart
  • Karem
  • Ping Pong
  • Tenis


Padang dan Stadium

  • Bolasepak
  • Hoki
  • Ragbi
  • Polo
  • Lumba Kereta



Pusat Hiburan

  • Snooker
  • Metahon
  • Pusat Video
  • Gelanggang Selaju (Skating Rink)
  • Bowling



Taman dan Rekreasi

  • Taman kanak-kanak
  • Hutan lipur
  • Taman Permainan
  • Taman rekreasi



Dewan Tarian dan Bar

  • Bar
  • Pub
  • Disco
  • Rumah Urut
  • Dewan Konsert / Pawagam
  • Kasino / Binggo / Lumba Kuda



Garispanduan

Berdasarkan kepada sebab-sebab di atas, maka satu Polisi Pembangunan Sukan dan Hiburan telah disediakan seperti berikut:

Garis panduan ini adalah untuk menyediakan pawaian yang terperinci terhadap pembangunan sukan dan hiburan. Mengikut Kelas Kegunaan, Kelas Sukan dan Hiburan adalah disediakan bagi keguanaan semua atau salah satu daripda tujuan berikut

Oleh itu semua pembangunan Sukan dan Hiburan perlu mematuhi syarat-syarat berikut :

  1. Pembangunan aktiviti sukan dan hiburan mestilah mematuhi kelulusan perancangan dan pelan bangunan yang dikemukakan dan diluluskan oleh Majlis Bandaraya Ipoh.
  2. Kawasan persekitaran bagi pembangunan aktiviti sukan luaran hendaklah dilanskapkan mengikut arahan dan nasihat pihak Majlis Bandarya Ipoh.
  3. Penyediaan kemudahan awam seperti tempat pembuangan sampah, pili-pili air dan tandas awam di kawasan pembangunan aktiviti sukan dan hiburan hendaklah diselengara dengan bersih dan rapi.
  4. Mematuhi undang-undang kecil piawaian tempat letak kereta.
  5. Mematuhi syarat-syarat kesihatan dan JAwatan Kuasa Lalulintas.
  6. Pusat-pusat hiburan hendaklah diberi kebenaran Merancang dari setahun ke setahun.
  7. Digalakkan mematuhi Piawaian Sukan bagi setiap jenis permainan.
  8. Mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri dan Polis.
  9. Kelas Sukan dan Hiburan A, B, G dan H hendaklah menyediakan tempat letak kereta sepenuhnya.
  10. Pusat-pusat Hiburan tidak boleh menggunakan cermin gelap untuk tingkap dan kegunaan lain yang seumpamanya.




Syarat

Syarat-Syarat Kebenaran Merancang dan Tukar Syarat

1. Mematuhi kawalan peratusan.
2. Mematuhi undang-undang tempat letak kereta.
3. Mematuhi garispanduan sukan dan hiburan.
4. Mematuhi kelulusan Kerajaan Negeri bagi kategori pusat hiburan
5. Mendapat kelulusan Jabatan Polis bagi kategori dewan tarian, bar, rumah urut dan pusat hiburan.


Aktiviti-aktiviti yang serupa tetapi melibatkan penggunaan kenderaan, alat-alat bermotor dan senjata api adalah tidak dibenarkan kecuali :-

* Mendapat kelulusan daripada jabatan klang dan jentera dan badan-badan yang diiktiraf berkaitan dengan aktiviti tersebut.
* Pihak Majlis berpuashati dengan keselamatan orang ramai.
* Bagi aktiviti di dalam zon kediaman terbuka perlu merundingi jiran-jiran.



Nota :
Semua jenis aktiviti perjudian, mesin slot dan seumpamanya hendaklah
mematuhi Garis Panduan Aktiviti Perjudian dan Mesin Slot.