Perniagaan Perkhidmatan
- Details
- Category: Garispanduan perniagaan
- Hits: 2719
Industri perniagaan perkhidmatan adalah merupakan aktiviti yang dikelaskan sebgai aktiviti yang menjual barangan siap seperti menjual dan mengecas bateri, menjual dan memasang tayar, menjual alat-alat ganti kereta dan jentera kecil, aksessori kereta dan dobi layan diri. Aktiviti-aktiviti perniagaan perkhidmatan ini hendaklah mematuhi garispanduan industri ringan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Latarbelakang
Garis panduan ini adalah bagi menyediakan kemudahan kepada pengguna bagi mendapatkan perkhidmatan sehampir yang mungkin dalam kawasan kediaman. Garis panduan ini juga adalah bertujuan mengatasi masalah yang wujudkan oleh aktiviti ini seperti :- Kacau ganggu terhadap lalulintas
- Menggunakan ruangan tempat letak kereta bagi menjalankan operasi
- Pertambahan aktiviti ini adalah tidak terkawal
Mengikut kelas kegunaan, aktiviti perniagaan perkhidmatan adalah seperti berikut :
- Menjual dan mengecas bateri
- Menjual dan memasang tayar
- Menjual alat-alat ganti kereta dan jentera kecil
- Menjual alat-alat aksesori kereta
- Dobi (menggunakan sumber tenaga elektrik)
- Memberi perkhidmatan hawa dingin kereta
Tujuan
Garis panduan pembangunan perniagaan perkhidmatan disediakan atas sebab-sebab berikut :- Menyediakan perkhidmatan ini di tempat yang mempunyai kemudahan sampingan yang wajar kepada pengguna
- Bagi mengawal pertumbuhan aktiviti tersebut di kawasan perdagangan
- Mengawal aktiviti ini supaya tidak menimbulkan kacau ganggu pada persekitaran.
Garispanduan
Lampiran ini adalah untuk menyediakan piawaian yang terperinci terhadap kewujudan aktiviti perniagaan perkhidmatan. Mengikut Perintah Am Pembangunan Kelas B1 aktiviti perniagaan perkhidmatan boleh dipertimbangkan di mana-mana kawasan yang dizonkan sebagai zon perdagangan dengan syarat aktiviti tersebut hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut :
- Mempunyai jalan susur bagi premis yang berhadapan dengan jalan saraf kecuali bagi aktiviti mencetak menjilid.
- Premis hendakllah tidak melebihi 200 mp.
- Pemohon dihendaki menyewa ruangan tempat letak kereta di hadapan premis cadangan bagi yang berkaitan.
- Tiada bantahan dari jiran bersebelahan.
- Mematuhi syarat-syarat Jabatan Kesihatan.
- Mematuhi sayarat-syarat Jabatan Bomba.
- Mematuhi kawalan kuasa jentera.
- Kebenaran ini adalah mengikut kesesuaian semasa dan boleh ditarik balik kelulusan pada bila-bila masa tanpa sebarang pampasan.