Pameran dan Penjualan
- Details
- Category: Garispanduan perniagaan
- Hits: 2361
Dalam konteks garis panduan ini penjualan adalah suatu penawaran terhadap barangan yang telah siap digunakan atau barangan yang melibatkan pertukaran barangan dan wang di antara dua pihak. Manakala pameran adalah memperagakan sesuatu barangan yang telah siap atau yang belum diproses. Aktiviti-aktiviti pameran dan penjualan ini melibatkan aktiviti-aktiviti pameran dan penjualan ini melibatkan aktiviti sepertii pameran dan penjualan kenderaan-kenderaan baru, perabut, barangan elektrik dan sebagainya.
Latarbelakang
Mengikut kelas kegunaan, aktiviti pameran dan penjualan ini dapat dikategorikan kepada berikut :Kenderaan bermotor baru ;
- Kenderaan-kenderaan kelas D, E, E1 dan E2
- Kenderaan bermotor kelas F, G, H dan I
Nota : Mengikut Klasifikasi JAbatan Perlesenan Kenderaan.
Lain-lain bentuk pameran dan penjualan
Nota : seperti aktiviti pameran dan penjualan barangan perabut, elektrik dan sebagainya.
Aktiviti pameran dan penjualan ini perlu dirancang dan dikawal dengan sempurna seperti tidak memberi kesan yang negatif. Antara kesan-kesan negatif yang meungkin timbul hasil perkembangan aktiviti ini adalah :
- Menimbulkan masalah kesesakan jalan raya.
- Masalah astetik.
- Percanggahan dengan aktiviti-aktiviti persekitaran.
Tujuan
Merancang kewujudan aktiviti ini dengan cara yang lebih sistematik supaya tidak menimbulkan masalah.
Mengurangkan masalah kesesakkan lalulintas dan kekurangan tempat letak kereta bagi pengunjung.
Mengawal berlakunya percanggahan gunatanah dan bangunan.
Garispanduan
Garis panduan ini adalah untuk menyediakan piawaian yang terperinci terhadap aktiviti pameran dan penjualan. Mengikut Perintah Am Pembangunan Kelas B aktiviti pameran dan penjualan boleh dipertimbangkan di mana-mana premis yang dizonkan sebagai zon perdagangan terhad dan zon perdagangan terhad lot minimun 1 ekar dengan syarat aktiviti tersebut hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut :
- Bagi yang melibatkan pembinaan bangunan baru/ tambahan hendaklah mematuhi piawaian 'free-standing' dan pelan bangunan diluluskan oleh MBI.
- Mematuhi undang-undang kecil tempat letak kereta.
- Mematuhi syarat-syarat Jabatan Kesihatan MBI.
- Mematuhi syarat-syarat JAbatan Bomba.
- Bagi aktiviti pameran dan penjualan kenderaan baru, perkhidmatan servis tidak dibenarkan.
- Barangan pameran dan jualan hendaklah dalam bentuk yang telah sedia digunakan dan tidak dibenarkan kerja-kerja pemasangan di premis yang dicadangkan.
- Bagi lot kosong, bangunan yang dicadangkan untuk ruang pameran hendaklah mempunyai dinding yang dibuat daripada cermin.
- Kawasan tapak cadangan hendaklah di lanskap menurut keperluan Majlis.