Pameran Kenderaan Terpakai
- Details
- Category: Garispanduan perniagaan
- Hits: 2801
Aktiviti pameran kenderaan terpakai adalah merupakan aktiviti yang melibatkan pameran dan jualan kenderaan-kenderaan bermotor yang terpakai (second hand value). Kenderaan terpakai yang dimaksudkan dalam garispanduan ini adalah seperti kereta, van, lori, traktor dan lain-lain kenderaan yang bermotor tidak termasuk dalam kelas A, B, B1, B2, B3 dan C (sepertimana kelas menurut Jabatan Perlesenan Kenderaan). Pada masa kini aktiviti-aktiviti ini adalah dibenarkan beroperasi di kawasan-kawasan yang dizonkan sebagai zon perdagangan dan zon industri.
Latarbelakang
Mengikut kelas kegunaan aktiviti pameran kenderaan terpakai dikelaskan kepada kategori berikut :Nota : Klasifikasi kenderaan di atas adalah mengikut Jabatan Perlesenan Kenderaan.
Aktiviti-aktiviti mempamer dan menjual kenderaan terpakai ini adalah merupakan aktiviti sokongan kepada pertumbuhan ekonomi Bandaraya Ipoh. Walau bagaimanapun kewujudan aktiviti ini jika tidak dikawal akan menyebabkan masalah seperti berikut :
- Masalah astetik di sepanjang jalan-jalan utama dan jalan keluar/masuk ke Bandaraya Ipoh.
- Masalah dari segi percanggahan gunatanah dan tiada garispanduan khas sebagai alat pengawalan.
- Melambatkan pembangunan lot kosong perdagangan. Walau bagaimanapun ia berpotensi untuk dibangunkan.
- Menjual alat-alat aksesori kereta.
Tujuan
Garis panduan pameran kenderaan ini disediakan untuk tujuan berikut :- Mengenalpasti tapak yang sesuai bagi menjalankan perniagaan pameran kenderaan terpakai.
- Mengawal kewujudan perniagaan pameran kenderaan terpakai ini supaya tidak tertumpu di kawasan yang berpotensi untuk pembangunan yang lebih sesuai.
- Menggariskan syarat-syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi dan pengusaha aktiviti pameran kenderaan terpakai.
- Mengelakkan tanah-tanah kosong yang belum dibangunkan dari terbiar dan memberi pulangan pendapatan kepada pemilik berkaitan.
Garispanduan
Garis panduan ini adalah untuk meyediakan piawaian yang terperinci terhadap kewujudan aktiviti pameran kenderaan terpakai.
Mengikut Perintah Am Pembangunan Kelas B1 aktiviti pameran kenderaan terpakai boleh dipertimbangkan di mana-mana lot kosong yang dizonkan sebagai zon perdagangan terhad dan zon perdagangan terhad minimum lot 1 ekar dengan syarat aktiviti tersebut hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut :
- Tapak cadangan bagi aktiviti perniagaan pameran kenderaan terpakai ini hendaklah dirata dan diturap dengan menggunakan samada batu kecil atau tar bagi keseluruhan tapak cadangan.
- Hanya sebuah bangunan pejabat sahaja dibenarkan dan jika ianya berbentuk separa kekal ianya hendaklah tidak melebihi 400 kaki persegi dan hendaklah mengemukakan pelan bangunan untuk kelulusan Majlis.
- Jika melibatkan cadangan teduhan kenderaan pameran hendaklah berbentuk canopy / pagola.
- Tapak bagi cadangan perniagaan pameran kenderaan terpakai ini tidak dibenarkan bersebelahan dengan perniagaan yang sama.
- Mendapat kelulusan daripada Jabatan Polis.
- Mematuhi syarat-syarat Jabatan Kesihatan.
- Menyediakan cadangan landskap yang bentuk teduhan dan hiasan yang diluluskan oleh Pihak Majlis.
- Mempunyai ingress dan engress yang mempunyai jarak pemisah 30 kaki antara satu sama lain.
- Susunatur bagi petak pameran kenderaan hendaklah dikemukakan kepada Majlis untuk kelulusan.
- Hanya satu pengusaha sahaja dibenarkan bagi satu tapak yang dicadangkan.
- Kelulusan ini hanya diberikan dari setahun ke setahun dan Majlis pada bila-bila masa boleh membatalkan kebenaran tanpa persetujuan pemohon.