Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

Garispanduan Gerai Berkelompok

Gerai berkelompok adalah merupakan satu aktiviti di mana beberapa penjaja dikumpulkan dan dipusatkan di satu tempat dan berkongsi kemudahan-kemudahan yang sama. Aktiviti ini merupakan satu jenis perniagaan yang penting di negara ini bagi memberi kemudahan ruang niaga kepada peniaga kecil dan kemudahan mendapatkan bahan-bahan keperluan kepada penduduk berhampiran.


Aktiviti ini beroperasi setiap hari ataupun bermusim. Gerai berkelompok yang beroperasi setiap hari dijalankan di dalam bangunan kekal dan separuh kekal manakala gerai berkelompok yang bermusim dijalankan di kawasan terbuka.

 



Latarbelakang

Mengikut kelas kegunaan, gerai berkelompok dapat dikelaskan kepada kategori berikut :

Gerai berkelompok yang menjual makanan dan minuman

a. Pusat penjaja premis rumah kedai
b. Pusat penjaja dalam kompleks perniagaan
c. Pusat penjaja di atas lot perdagangan/rezab simpanan khas dan rezab pusat penjaja.

Gerai berkelompok bermusim

a. Pasar Malam
b. Pasar mingu
c. Pasar tani

Pasar

Pasar Borong

Walaupun aktiviti di bawah kelas gerai berkelompok ini merupakan elemen bandar yang penting kerana memberi perkhidmatan barangan yang murah tetapi ianya juga menimbulkan beberapa masalah seperti berikut :
 

  1. Kacau ganggu dari segi kesesakkan lalulintas, kebersihan dan bunyi bising.
  2. Saingan kepada peniaga dipremis perdagangan.
  3. Percangahan dari segi guna tanah dan rupa bentuk bandar.



Tujuan

Garis panduan pembangunan gerai berkelompok ini disediakan di atas sebab-sebab beriikut :
 

  1. Menyelesaikan masalah penjaja yag bertaburan di sekitar Bandaraya Ipoh.
  2. Menyediakan perkhidmatan yang selesa, bersih dan teratur kepada penduduk Bandaraya.
  3. Mengawal kemungkinan berlakunya kacauganggu dari segi kesesakkan, pencemaran bau, bunyi dan pandangan.
  4. Mengawal supaya aktiviti ini tidak akan menjejaskan pembangunan dan permintaan terhadap rumah kedai.
  5. Mengawal rekabentuk supaya harmoni dengan pembangunan persekitaran.

Garispanduan

Garis panduan ini adalah untuk menyediakan piawaian yang terperinci terhadap pembangunan gerai berkelompok. Mengikut kelas kegunaan, kelas gerai berkelompok terdiri dari penjualan makanan dan minuman, gerai bermusim, pasar dan pasar borong.


Semua pembangunan gerai berkelompok selain daripda gerai berkelompok bermusim perlu mematuhi syarat-syarat berikut :
 

  1. Pembangunan pusat penjaja ini mesti mematuhi kelulusan perancangan dan pelan bangunan yang dikemukakan dan diluluskan oleh Majlis Bandaraya Ipoh.
  2. Kawasan persekitarannya hendaklah dilanskap mengikut arahan/nasihat oleh Majlis Bandaraya Ipoh.
  3. Penyewaan ruang niaga hendaklah diberi keutamaan kepada penjaja-penjaja yang sedang beroperasi disekitar kawasan tersebut.
  4. Penyediaan kemudahan awam seperti tempat pembuangan sampah pusat, pili-pili air dan tandas awam hendaklah diselenggarakan dengan bersih dan rapi.
  5. Menyediakan kemudahan tempat letak kereta yang mencukupi sekurang-kurangnya mengikut nisbah 2:1 dan tempat meletak motosikal sekurang-kurangnya mengikut nisbah 3:1. Piawaian 250 kp bagi suatu tempat letak kereta akan dipakai jika ianya terletak dalam banguan perdagangan.
  6. Penjaja mestilah mempunyai lesen penjaja yang sah daripada Majlis Bandaraya Ipoh dan mematuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan MBI.
  7. Kebenaran kelulusan kegunaan tapak untuk gerai berkelompok ini hanyalah bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh pelan bangunan diluluskan. Kelulusan boleh dilanjutkan setelah mendapat persetujuan dari MBI. Garispanduan ini tidak dikenakan ke atas pusat penjaja dalam bangunan rumah kedai dan kompleks perniagaan.
  8. Pihak Majlis Bandaraya Ipoh tidak akan bertanggungjawab di dalam apa-apa bayaran pampasan jika pemohon dikehendaki berpindah atau diperintah berhenti daripada menjalankan pusdat ini oleh MBI.
  9. Pihak MBI berhak memansuh dan menamatkan Kebenaran Merancang (KM) ini jika pemohon didapati melanggar syarat-syarat yang dikenakan dan tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap pemohon.
  10. Kadar sewa yang dikenakan hendaklah mendapat persetujuan daripda pihak MBI.
  11. Pemaju gerai berkelompok adalah bertanggungjawab ke atas kebersihan kawasan tapak pusat penjaaja dan memberi perkhidmatan yang berpatutan kepada penyewa-penyewa.
  12. Peraturan menetapkan 30 % daripda penyewaan ruang niaga akan ditentukan oleh MBI sekiranya terdapat keperluan.
  13. Barang-barang yang dijual di gerai berkelompok mestilah dari jenis makanan dan minuman serta barang keperluan dapur sahaja.
  14. Gerai berkelompok mestilah menyediakan ruang niaga atau petak perniagaan minimum 100 kp (10' x 10') dan maksimum 225 kp (15' x 15').
  15. Rekabentuk bangunan perlu dipersetujui oleh MBI dan akan dipertimbangkan mengikut kesesuaian tapak.
  16. Gerai berkelompok bermusim tidak perlu mematuhi syarat di atas tertakluk ianya termasuk mengikut takrif di bawah seksyen 19 (2) (d). Akta 172. Bagaimanapun persetujuan daripada MBI hendaklah diperolehi.