Perusahaan Sarang Burung Layang-Layang

Garis Panduan Permohonan Lesen Premis Perusahaan Sarang Burung Layang-Layang

Perlu mendapatkan kelulusan perancangan dari segi kesesuaian tapak dan ulasan perancangan dari Jabatan Perancangan Bandar,Majlis Bandaraya Ipoh. Syarat – syarat kelulusan gunatanah dan bangunan perlu dipatuhi seperti :-

Garis Panduan Dan Syarat

  1. Kawasan yang dibenarkan

    Lot Perniagaan

    Lot perniagaan yang berkelompok yang tidak disempadani oleh kawasan perumahan seperti terletak di Pusat Bandar dan Pusat Perkhidmatan Utama yang usang dan terbiar boleh dimajukan.

    Lot Perusahaan

    • Lot Perusahaan Sesebuah
    • Lot Perusahaan Berkembar
    • Lot Perusahaan Teres

    Lot Pertanian

    • Bangunan yang terletak di tengah-tengah lot pertanian minima jarak garis panduan dengan sempadan tanah adalah 100 meter. ( Syarat dan garispanduan Jabatan Perhilitan)
    • Hanya satu unit bangunan di dalam lot pertanian dibenarkan dikjadikan rumah burung.

    2.  Kawasan yang tidak dibenarkan

    Lot Perumahan

    • Rumah sesebuah
    • Rumah teres
    • Rumah berkembar
    • Rumah pangsapuri ( semua jenis perumahan)

    Lot perniagaan

    Lot perniagaan yang sibuk dan sering dikunjungi orang ramai seperti pusat membeli belah, hotel, panggung wayang, dewan, restoran dan sebagainya.

    Bangunan sejarah

    Bangunan bersejarah / pusat Pemiliharaan Warisan (Heritage Building)

  2. Mengemukakan Pelan Bangunan Ke Unit Pusat Setempat (OSC) jika melibatkan pembinaan bangunan baru atau pengubahsuaian bangunan lama untuk dijadikan khusus kepada rumah burung.
  3. Pemilik premis perlu memohon Sijil Layak Menduduki dari Majlis sebaik sahaja ianya disahkan siap oleh orang yang berkelayakan (Arkitek/ Jurutera)
  4. Permohonan lesen perniagaan premis perlu dikemukakan kepada Jabatan Kesihatan, Bahagian Perlesenan untuk dipertimbangkan setelah ulasan perancangan dan kelulusan perancangan dan kelulusan pelan bangunan atau pengubahsuaian bangunan rumah burung diperolehi.
  5. Bayaran fee permohonan dikenakan ke atas lesen perusahaan burung walid sebanyak tidak melebihi RM500.00 dimasukkan di bawah Undang-Undang Kecil, Majlis Bandaraya Ipoh (dalam senarai trend, perniagaan dan perindustrian) seperti arahan kelulusan mesyuaratMMK, Bil 1487 bertarikh 14.12.2005.
  6. Mengambil tindakan ke atas pengusaha –pengusaha yang tidak memenuhi syarat – syarat garispanduan oleh Majlis bandaraya dan tindakan untuk memberhentikan dan berpindah ataumencari kawasan yang lebih bersesuaian.
  7. Sebarang wabak atau penyakit berjangkit yang akan membahayakan penduduk, berkaitan perusahaan burung layang-layang jika diumumkan oleh pihak berkuasa atau kementerian berkenaan maka pengusaha perlu memberhentikan operasi serta merta.
  8. Sekiranya operasi diarahkan berhenti oleh pihakmajlismaka tiada apa-apa pampasan yang layak dituntut oleh pengusaha terhadap majlis ini.

 

Syarat–Syarat Kelulusan

Syarat – Syarat Kelulusan Lesen Premis Perusahaan Sarang Burung Layang- Layang

  1. Bangunan baru dan pengubahsuaian bangunan lama perlu mendapat kelulusan pelan bangunan dan kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
  2. Sebarang pengubahsuaian bangunan melibatkan struktur mesti perlu ada pengesahan dari Jurutera Perunding.
  3. Penggunaan bunyi dan corong pembesar suara hendaklah dipasang menghadap kelangit pada sudut sekurangkurangnya 60 darjah dari aras lantai.
  4. Bunyi dari corong pembesar suara tidak melebihi 40 desibel diukur 6meter dari dinding bangunan.Masa untuk penggunaan bunyi dihadkan dari jam7.00 pagi sehingga 7.00 petang.
  5. Menggunakan peralatan moden yang boleh mengawal suhu dan kelembapan secara berjadual seperti penggunaan electrical humidiffier.
  6. Tingkat bawah dibenarkan untuk pejabat atau ruang memproses sarang diselenggarakan dengan baik dan bersih mengikut kelulusan Jabatan Kesihatan,Majis Bandaraya Ipoh.
  7. Lantai bangunan dan dinding (bahagian bawah) dibina dari bahan kalis/tebat air untuk memudahkan kerja penyucian manakala bagi dinding luar bangunan hendaklah sentiasa bersih dan dipasang lampu.
  8. Najis burung (guano) perlu dikumpul dan dikeluarkan dari premis secara berjadual bagi memastikan tiada gangguan, pencemaran atau bau busuk akibat daripada najis tersebut.
  9. Menyediakan tong sampah tertutup dan semua bahan buangan dimasukkan dalamkarung plastik sebelumdimasukkan dalam tong sampah.
  10. Memastikan premis tidak mendatangkan kacauganggu atau memudaratkan kesihatan awm seperti bau busuk, pembiakan nyamuk, lalat, dan vector serangga pembawa penyakit.
  11. Mematuhi syarat-syarat dan kelulusan Jabatan Haiwan dan Jabatan Perhilitan.
  12. Lesen dikeluarkan dari setahun ke setahun dan pihak majlis berhak untuk meraik balik lesen tersebut sekiranya gagal mematuhi syarat-syarat sedia ada dan terkini.
  13. Tindakan undang – undang boleh diambil jika pengusaha didapati melanggar syarat dan meneruskan operasi setelah diarahkan tutup atau berpindah mengikut undang-undang :-