Perusahaan Sarang Burung Layang-Layang
- Details
- Category: Garispanduan perniagaan
- Hits: 3205
Garis Panduan Permohonan Lesen Premis Perusahaan Sarang Burung Layang-Layang
Perlu mendapatkan kelulusan perancangan dari segi kesesuaian tapak dan ulasan perancangan dari Jabatan Perancangan Bandar,Majlis Bandaraya Ipoh. Syarat – syarat kelulusan gunatanah dan bangunan perlu dipatuhi seperti :-
Garis Panduan Dan Syarat
- Kawasan yang dibenarkan
- Mengemukakan Pelan Bangunan Ke Unit Pusat Setempat (OSC) jika melibatkan pembinaan bangunan baru atau pengubahsuaian bangunan lama untuk dijadikan khusus kepada rumah burung.
- Pemilik premis perlu memohon Sijil Layak Menduduki dari Majlis sebaik sahaja ianya disahkan siap oleh orang yang berkelayakan (Arkitek/ Jurutera)
- Permohonan lesen perniagaan premis perlu dikemukakan kepada Jabatan Kesihatan, Bahagian Perlesenan untuk dipertimbangkan setelah ulasan perancangan dan kelulusan perancangan dan kelulusan pelan bangunan atau pengubahsuaian bangunan rumah burung diperolehi.
- Bayaran fee permohonan dikenakan ke atas lesen perusahaan burung walid sebanyak tidak melebihi RM500.00 dimasukkan di bawah Undang-Undang Kecil, Majlis Bandaraya Ipoh (dalam senarai trend, perniagaan dan perindustrian) seperti arahan kelulusan mesyuaratMMK, Bil 1487 bertarikh 14.12.2005.
- Mengambil tindakan ke atas pengusaha –pengusaha yang tidak memenuhi syarat – syarat garispanduan oleh Majlis bandaraya dan tindakan untuk memberhentikan dan berpindah ataumencari kawasan yang lebih bersesuaian.
- Sebarang wabak atau penyakit berjangkit yang akan membahayakan penduduk, berkaitan perusahaan burung layang-layang jika diumumkan oleh pihak berkuasa atau kementerian berkenaan maka pengusaha perlu memberhentikan operasi serta merta.
- Sekiranya operasi diarahkan berhenti oleh pihakmajlismaka tiada apa-apa pampasan yang layak dituntut oleh pengusaha terhadap majlis ini.
Syarat–Syarat Kelulusan
Syarat – Syarat Kelulusan Lesen Premis Perusahaan Sarang Burung Layang- Layang
- Bangunan baru dan pengubahsuaian bangunan lama perlu mendapat kelulusan pelan bangunan dan kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
- Sebarang pengubahsuaian bangunan melibatkan struktur mesti perlu ada pengesahan dari Jurutera Perunding.
- Penggunaan bunyi dan corong pembesar suara hendaklah dipasang menghadap kelangit pada sudut sekurangkurangnya 60 darjah dari aras lantai.
- Bunyi dari corong pembesar suara tidak melebihi 40 desibel diukur 6meter dari dinding bangunan.Masa untuk penggunaan bunyi dihadkan dari jam7.00 pagi sehingga 7.00 petang.
- Menggunakan peralatan moden yang boleh mengawal suhu dan kelembapan secara berjadual seperti penggunaan electrical humidiffier.
- Tingkat bawah dibenarkan untuk pejabat atau ruang memproses sarang diselenggarakan dengan baik dan bersih mengikut kelulusan Jabatan Kesihatan,Majis Bandaraya Ipoh.
- Lantai bangunan dan dinding (bahagian bawah) dibina dari bahan kalis/tebat air untuk memudahkan kerja penyucian manakala bagi dinding luar bangunan hendaklah sentiasa bersih dan dipasang lampu.
- Najis burung (guano) perlu dikumpul dan dikeluarkan dari premis secara berjadual bagi memastikan tiada gangguan, pencemaran atau bau busuk akibat daripada najis tersebut.
- Menyediakan tong sampah tertutup dan semua bahan buangan dimasukkan dalamkarung plastik sebelumdimasukkan dalam tong sampah.
- Memastikan premis tidak mendatangkan kacauganggu atau memudaratkan kesihatan awm seperti bau busuk, pembiakan nyamuk, lalat, dan vector serangga pembawa penyakit.
- Mematuhi syarat-syarat dan kelulusan Jabatan Haiwan dan Jabatan Perhilitan.
- Lesen dikeluarkan dari setahun ke setahun dan pihak majlis berhak untuk meraik balik lesen tersebut sekiranya gagal mematuhi syarat-syarat sedia ada dan terkini.
- Tindakan undang – undang boleh diambil jika pengusaha didapati melanggar syarat dan meneruskan operasi setelah diarahkan tutup atau berpindah mengikut undang-undang :-
- (a) Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171
- (b) Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976, Akta 172
- (c) Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974, Akta 133
- (d) Undang – Undang Kecil Bangunan Seragam1984
- (e) Akta Perlindungan Hidupan Liar, 1972, Akta 76
- (f) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit, 1975