Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

Pembangunan Rizab Simpanan Khas

Garispanduan Pembangunan Rizab Simpanan Khas

Rizab Simpanan Khas merupakan tapak yang dirizabkan di dalam sesuatu pembangunan perumahan untuk dibangunkan sebagai kegunaan awam yang tertentu mengikut permintaan dan keperluan semasa. Keluasan Rizab Simpanan Khas yang perlu disediakan adalah mengikut piawaian yang ditetapkan dalam garispanduan pembangunan kediaman dan garis panduan pembangunan industri. Bagi pembangunan kediaman keluasan yang perlu disediakan adalah berpandukan kepada jumlah unit kediaman yang dicadangkan dan bagi pembangunan industri berpandukan kepada keluasan tapak.



Latarbelakang

Mengikut interpretasi dalam Kanun Tanah Negara, tanah rizab bermaksud tanah yang pada masa ini yang dirizabkan untuk tujuan awam mengikut peruntukan seksyen 62 atau lain-lain undang-undang tanah sebelum ini. Penggunaan yang dibenarkan di atas yang dizonkan sebagai rizab simpanan khas ini hanyalah untuk menyediakan perkhidmatan masyarakat daripada kategori berikut :

  1. Pelajaran
  2. Perkhidmatan kesihatan
  3. Perkhidmatan Kebajikan masyarakat
  4. Kemudahan agama
  5. Perkhidmatan bomba
  6. Perkhidmatan polis
  7. Kemudahan pasar dan pusat penjaja


Walaupun tanggungjawab untuk menyediakan kegunaan awam ini merupakan bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain agensi kerajaan, usaha-usaha seperti ini yang ingin dijalankan oleh pihak swasta dan persatuan perlu digalakkan.

Mengikut seksyen 63-1, Kanun Tanah Negara, 'Pihak berkuasa Negeri bolehlah, atas permohonan yang dibuat oleh pegawai yang ada pada masa itu mempunyai kawalan ke atas mana-mana tanah rizab atau oleh sesiapa atau mana-mana badan lain yang terlebih dahulu mendapat kelulusan pegawai itu, dari masa ke semasa memberi pajakan keseluruhan atau mana-mana bahagiannya untuk apa jua tempoh yang tidak melebihi 21 tahun.



Tujuan

Polisi pembangunan Rizab Simpanan Khas ini disediakan untuk tujuan berikut :

  1. Mengenalpasti perkhidmatan-perkhidmatan masyarakat yang sesuai dijalankan di atas rizab simpanan khas.
  2. Menggariskan syarat-syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh pihak swasta untuk memajukan rizab simpanan khas.
  3. Memastikan supaya penggunaan rizab simpanan khas memberi manfaat oelh penduduk setempat mengikut keperluan mereka.

Cadangan

Garispanduan ini adalah untuk menyediakan piawaian yang terperinci terhadap pembangunan Rizab Simpanan Khas. Pembangunan Rizab Simpanan Khas perlu mematuhi syarat-syarat berikut :

Kebenaran

Kebenaran Pemajuan

  • Semua penggunaan tapak Rizab Simpanan Khas di bawah kawalan MBI mestilah mendapat persetujuan daripada Majlis.

Permohonan

Permohonan tapak

  • Permohonan tapak Rizab Simpanan Khas hanya boleh dipertimbangkan sekiranya dipohon oleh agensi-agensi kerajaan dan akan digunakan untuk kegunaan awam yang tidak bermotifkan keuntungan. Antara agensi yang boleh dipertimbangkan untuk mengambilnya adalah pembangunan surau/ masjid oleh Majlis agama, sekolah oleh jabatan pendidikan dan dewan orang ramai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kegunaan

Kegunaan Rizab

Kegunaan yang digalakkan di atas rizab simpanan khas adalah kemudahan yang dapat memberi faedah kepada penduduk di kawasan tersebut. Kemudahan-kemudahan yang dimaksudkan adalah :

  • Surau/ masjid
  • Pusat Penjaja
  • Pasar
  • Dewan
  • Tempat l;etak kereta
  • Tempat letak kenderaan berat sementara
  • Rukun Tetangga
  • Lain-lain kegunaan keagamaan hendaklah mendapat kelulusan pejabat Menteri Besar

Usahasama

Usahasama Dengan Pihak Swasta

Cadangan pengelibatan pihak swasta secara usaha sama dengan pihak MBI boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

  • Mematuhi kadar sewa tapak atau jangka masa penggunaan tapak yang akan ditetapkan oleh Majlis.
  • Sebarang pembangunan yang dijalankan di atas tapak tersebut akan menjadi milik MBI selepas tamat tempuh perjanjian dan tidak akan diganti dengan sebarang pampasan.
  • Memulihkan keadaan tapak kepada keadaan asal sekiranya dikehendaki oleh MBI.
  • Mematuhi garis panduan aktiviti yang berkaitan

Aktiviti

Aktiviti-aktiviti Kemasyarakatan

  • Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti tadika, Kemas dan lain-lain yang seumpamanya boleh dibenarkan di dalam bangunan yang telah dibina dengan kelulusan Majlis di atas Rizab Simpanan Khas

Lain-lain

  • Aktiviti-aktiviti yang tidak melebihi sebulan boleh dipertimbangkan di atas tapak rizab simpanan khas.

Artikel Berkaitan