Pemancar Telekomunikasi
- Details
- Category: Garispanduan Utiliti
- Hits: 5288
Garis Panduan Kawalan Perancangan Menara Pemancar Telekomunikasi
Kehendak Pembinaan
Pembinaan semua menara pemancar telekomunikasi hendaklah berpandukan kepada jarak minimum dalam jadual berikut :-
-
- Jarak Minimum Menara Dari Bangunan Terdekat (Meter)
- Penjelasan : ukuran-ukuran jarak dalam jadual ini ditetapkan bagi memastikan jarak minimum bagi memenuhi keperluan estatika dan untuk keselamatan fizikal para penghuni bangunan (misalnya daripada alat perkakas terjatuh daripada menara – falling objects) bukan jarak bagi keselamatan daripada menara, kerana tahap sinaran adalah rendah. Ukuran ini memenuhi piawaian regulatory Framework On The Sharing of Radiocommunications Infrastruktur (REG – R002), Jabatan Telekomunikasi Malaysia; 1Ogos 1998.
- Ukuran- ukuran dalam jadual ini dikira antara tepi menara dan tepi bangunan dan,
- Ukuran jarak dalam jadual ini meliputi jarak menara dengan bangunan seperti kabin berdekatan menara yang merupakan sebahagian daripada sistem pemancar telekomunikasi.
- Pembinaan manara telekomunikasi berdekatan bangunan institusi seperti rumah ibadat, hospital, sekolah dan dewan orang ramai harusmengikut jarak bagi bangunan jenis kediaman.
- Kawasan menara hendaklah dipagar sepenuhnya dengan menyediakan pintu laluan masuk yang terkawal;
- Sekiranya didirikan di kawasan cerun,menara telekomunikasi hendaklah dilengkapi dengan sistem perparitan serta diambil langkah- langkah penstabilan cerun yang sewajarnya. Ini adalah untukmenjamin keselamatan dan kestabilan cerun dan menara;
- Pemotongan tanah yang minimum dan setaka tmencukupi sahaja untuk kerja-kerja binaan hendaklah dilaksanakan bagi kerja- kerja di atas tapak tanah yang bercerun; dan
- Permukaan tanah yang terdedah disebabkan kerja- kerja pembinaan ini hendaklah diambil langkah penstabilan segera untuk mengekalkan daripada berlakunya hakisan.